

Kerajaan Singapura digesa mengambil pendekatan seimbang dalam menangani cabaran media baru seperti khidmat Internet jalur lebar generasi akan datang.
Ibu bapa juga digesa memainkan peranan memantau penggunaan Internet di kalangan anak mereka.
Justeru,untuk melaksanakan mekanisme yang dapat membantu pengguna melayari sekitaran media baru. Jawatankuasa Semakan Penapisan (CRC) Singapura, dalam saranannya, berpendapat perlu ada kerjasama tiga pihak antara;
Namun, Kerajaan masih perlu berupaya mengharamkan laman yang membawa ancaman kepada keselamatan negara, seperti yang menggalak pengganasan atau ekstremis.
Bagi membantu ibu bapa, CRC menyarankan agar Kerajaan mewajibkan firma Internet menyediakan khidmat penapisan yang mudah digunakan.
Sumber: CyNews
Ibu bapa juga digesa memainkan peranan memantau penggunaan Internet di kalangan anak mereka.
Justeru,untuk melaksanakan mekanisme yang dapat membantu pengguna melayari sekitaran media baru. Jawatankuasa Semakan Penapisan (CRC) Singapura, dalam saranannya, berpendapat perlu ada kerjasama tiga pihak antara;
- Kerajaan
- Industri
- Orang Ramai
- Menurut laporan yang dikeluarkan CRC semalam, cabaran Internet amat meluas dan sukar bagi pihak berkuasa mengawalnya.
- 'CRC akur bahawa mereka yang mempunyai kemahiran teknologi berupaya mengatasi sebarang sekatan yang dikenakan pihak berkuasa.
- 'Namun, masih ada lapisan masyarakat yang perlukan dan inginkan bantuan berkaitan penggunaan media oleh diri mereka dan anak-anak mereka,' kata CRC dalam laporannya.
- Contohnya, Kerajaan digesa menyemak undang-undang untuk mengambil kira khidmat media baru.
- CRC turut menyarankan agar Kerajaan menarik balik senarai 100 laman Internet yang diharamkan dan diganti dengan penapisan di peringkat khidmat Internet.
Namun, Kerajaan masih perlu berupaya mengharamkan laman yang membawa ancaman kepada keselamatan negara, seperti yang menggalak pengganasan atau ekstremis.Bagi membantu ibu bapa, CRC menyarankan agar Kerajaan mewajibkan firma Internet menyediakan khidmat penapisan yang mudah digunakan.



September 17, 2010 10:50 AM
Negara kita patut belajar daripada Singapora dalam pelbagai aspek.
September 17, 2010 11:12 AM
semoga masalah ini dapat ditangani oleh pihak berkuasa.
September 17, 2010 11:13 AM
langkah bijak diperlukan bagi menangani cabaran media baru. yang penting sekali adalah komitmen dan kesedaran bagi menghadapi cabaran yang wujud.
September 17, 2010 11:29 AM
semua pihak harus mengambil peranan penting dalam mengawal pengaruh internet yang merupakan satu cabaran media yang amat sukar nak ditangani.
September 17, 2010 11:40 AM
Semua ibu bapa dinasihati untuuk sentiasa memantau anak dalam penggunaan internet.
September 17, 2010 1:29 PM
kerajaan Malaysia juga perlu menggunakan pendekatan yang sama atau lebih baik dari yang di gunakan oleh kerajaan Singapura bagi menghadapi cabaran media baru ini.
September 18, 2010 9:40 AM
Kerjasama semua pihak bersama dengan usaha kerajaan amat diperlukan jika kita inginkan yang terbaik untuk rakyat dan negara.
September 19, 2010 8:57 PM
penggunaan media baru seperti internet sememangnya adalah amat mencabar dan segala yang negatif dengan mudah dilayari oleh segenap pengguna tanpa batasan. harus kedua-dua pihak bekerjasama untuk mengawal penggunaan berleluasa tanpa batasan. apa yang ditakuti apabila nilai-nilai kemanusiaan semakin hilang akibat pencemaran berleluasa media baru ini..
September 19, 2010 8:59 PM
tidak dinafikan bahawa cabaran media baru terhadap pengguna adalah amat menakutkan jika tidak dikawal
September 19, 2010 9:01 PM
diakui bahawa internet adalah ruang yang tiada batasan samada kebaikan atau keburukan. namun penggunaannya harus lebih menjurus kepada kebaikan.
September 20, 2010 9:59 AM
Pengguna haruslah tahu cara yang baik menggunakan internet supaya mendapatkan manfaat yang baik dan mengurangkan kesan negatif yang ada.
Post a Comment