
Polis menahan 80 orang disyaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam satu operasi bersepadu IPD di sini dalam dalam operasi yang diadakan di sekitar pekan Keningau bermula jam 4.00 hingga 6.00 petang baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed berkata, 15 daripada yang ditahan pada petang itu dibebaskan kerana berjaya menunjukkan dokumen mereka yang sah.
Dalam masa yang sama Zahari meminta pemimpin-pemimpin masyarakat seperti Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar memastikan kampung masing-masing tidak didatangi oleh PATI.
Katanya, kedatangan PATI di kampung-kampung boleh mengancam keselamatan penduduk kerana mereka menganggu anak-anak gadis malah menganggu harta benda penduduk.
Sumver: NST
Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed berkata, 15 daripada yang ditahan pada petang itu dibebaskan kerana berjaya menunjukkan dokumen mereka yang sah.
- “Mereka yang ditahan terdiri dari 22 rakyat Filipina dan 58 rakyat Indonesia ditahan untuk pemeriksaan dan dokumentasi,” katanya kepada media di sini kelmarin.
Zahari memberitahu, mereka yang tidak mempunyai dokumen akan dirujuk kepada Imigresen untuk tindakan lanjut.- Ketua Polis Daerah itu berkata, operasi yang dijalankan itu adalah mengesan dan menahan PATI yang dipercayai mengancam keselamatan dan menganggu orang ramai terutama gadis-gadis tempatan di sekitar pekan.
- Katanya, mengikut pemantauan polis remaja rakyat asing yang tidak bekerja kebanyakannya melepak di kawasan pekan dan dikhuatiri menyumbang kepada kegiatan jenayah.
- Justeru itu katanya, polis akan meneruskan operasi dari masa ke masa bagi mengesan dan menahan mana-mana rakyat asing yang melepak di kawasan pekan.
- Katanya, kebanyakan rakyat asing dari Filipna dan Indonesia yang datang di negeri ini menngunakan pasport lawatan sosial tetapi terus tinggal dan mencari pekerjaan di sini.
- “Tindakan ini adalah salah dan tidak membenarkan mereka bekerja tinggal di negeri ini,” tegas Zahari.
- Juteru itu katanya, rakyat tempatan diingatkan agar jangan mengambil pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah.
- “Penduduk kampung perlu bekerjasama dengan polis untuk menangani masalah kedatangan PATI di negeri ini khususnya di kawasan Pedalaman,” kata Zahari.
Dalam masa yang sama Zahari meminta pemimpin-pemimpin masyarakat seperti Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar memastikan kampung masing-masing tidak didatangi oleh PATI.Katanya, kedatangan PATI di kampung-kampung boleh mengancam keselamatan penduduk kerana mereka menganggu anak-anak gadis malah menganggu harta benda penduduk.




September 3, 2010 8:13 AM
operasi seperti ini wajar diteruskan agar jumlah PATI dapat dikurangkan. operasi seperti ini juga diharap dapat mengurangkan masalah berkaitan PATI.
September 3, 2010 8:16 AM
masyarakat tempatan juga perlu bekerjasama dengan polis dalam membenteras isu PATI ini. penduduk tempatan juga diharap agar tidak mengambil PATI sebagai pekerja.
September 3, 2010 8:47 AM
tahniah kepada polis Keningau atas kejayaan mereka menahan PATI di keningau. harap lebih ramai PATI dpt dikesan.
September 3, 2010 9:10 AM
kerajaan melalui Jabatan Imigresen tidak mampu 'mencari' PATI yang bersembunyi di setiap ceruk kota mahupun desa dan tidak termasuk di hutan-hutan belantara tanpa kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan dan masyarakat. para majikan juga perlu memberi kerjasama untuk tidak menggajikan PATI semata-mata ingin mengaut keuntungan berlipat kali ganda kerana tidak perlu membayar kos permit mereka atau sekadar dapat membayar gaji lebih murah.
September 3, 2010 9:13 AM
Tindakan polis menahan 80 orang disyaki PATI adalah wajar. Isu ini jangan dibiarkan kerana kedatangan mereka boleh mengancam keselamatan penduduk kerana mereka menganggu anak-anak gadis malah menganggu harta benda penduduk.
September 3, 2010 9:14 AM
tingkatkan kawalan dan hapuskan amalan rasuah di sempadan perairan dan pintu masuk negara. kenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menjadi dalang membawa PATI ini masuk ke negara kita.
September 3, 2010 9:36 AM
Satu khabar yang sangat baik, harap polis akan terus melakukan rondaan dan pemeriksaan susulan dan berterusan untuk menangani masalah ini.
September 3, 2010 9:39 AM
Kepada orang tempatan, janganlah mengambil pekerja yang tidak sah, kerana ini akan menyusahkan diri sendiri. Ambillah pekerja yang betul-betul menggunakan Pas Lawatan Berkerja.
September 3, 2010 10:34 AM
Teruskan usaha, jika kita bertekad, satu hari nanti pasti kita berjaya membanteras PATI.
September 3, 2010 11:21 AM
terlalu ramai PATI yang menetap di Sabah, kesemua mereka perlu dikesan dan ditahan. pihak berkuasa perlu lebih kerap membuat operasi dalam membanteras PATI ini.
September 4, 2010 2:35 AM
isu PATI bukanlah sesuatu yang baru di sabah. isu ini telah menjadi duri dalam daging bagi penduduk tempatan negeri sabah di mana sehingga kini belum ada 1 pun jalan penyelesaian yang benar2 berkesan bagi menyelesaikan isu ini.
September 4, 2010 2:40 AM
isu ini berlanjutan disebabkan oleh karenah birokrasi dalam pemerintahan di mana para pemimpin berdolak-dalik @ acuh tak acuh untuk menyelesaikan isu ini. ramai pemimpin sabah yang menggesa agar kerajaan persekutuan memberikan kuasa kepada kerajaan negeri menguruskan hal ini namun nampaknya kerajaan persekutuan bersikap seperti 'masuk telinga kiri, keluar telinga kanan'..rakyat sabah amat memahami isu ini berbanding dengan kerajaan persekutuan..biarlah rakyat sabah sendiri menguruskan isu ini jika kerajaan persekutuan tidak mampu atau lemah berhubung dengan isu ini.
September 4, 2010 2:44 AM
kerajaan seharusnya memutuskan hubungan diplomatik bagi mana2 negara yang enggan bekerjasama berhubung dengan isu PATI di negeri sabah.dengan ini memudahkan kita melakukan 'pembersihan' PATi tanpa perlu risau menjejaskan hubungan diplomatik yang sedia ada dengan negara2 yang terlibat disebabkan rakyat mereka yang tidak tahu erti undang2.
September 4, 2010 9:21 AM
Cara yang lebih berkesan diperlukan untuk memastikan PATI dibanteras secara keseluruhan. Tindakan tegas juga perlu diambil. Semoga satu hari nanti kita boleh mencapai sifar PATI.
September 6, 2010 10:40 PM
Bagus la tu. Teruskan usaha tangkap pati2 di Sabah ni biar sampai sifar pati. hihi
September 6, 2010 10:45 PM
Masyarakat tempatan haruslah sahut seruan si Zahari ni. Bagi kerjasama supaya lagi cepat hal ni dapat diselesaikan.
September 6, 2010 10:47 PM
Betul tu maxi. Majikan terutamanya janganlah asyik mahu untung ja, jalankan juga t/jawab sosial utk masa depan negeri kita yg tercinta ni.
September 6, 2010 10:49 PM
Masyarakat tempatan pun harus jalankan t/jawab juga. Jangan kasi sewa rumah sama pati.. Sama paling penting, jangan kunun kahwin sama pati ba.. aduii agak2 juga la bah kunun. Tapi kalau pendatang tu ada izin lain cerita la:P
September 6, 2010 10:52 PM
Apapun saya harap isu pati ini dapat diselesaikan dengan baik. Kalaupun pati ni tak mo balik p tempat asal dorang, buat sesuatu agar pati ini dengan rela hati balik ke tempat mereka semula :)
September 8, 2010 9:58 AM
Kerajaan negara asal PATI ini juga perlulah sama-sama bertanggungjawab memastikan rakyat mereka itu tidak menceroboh negara kita secara haram.
Post a Comment