SUARA BEBAS TUARAN

Proses Penjualan Empangan Bakun Meragukan?

Labels:

Dijangka Empangan Hidroelektrik Bakun yang dijadual mula menakung air bulan depan mungkin tidak akan beroperasi sepenuhnya, kata Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong (foto).
Kia Soong berkata ia berikutan permintaan bekalan tenaga elektik di Sarawak tidak tinggi berbanding 2,400 megawatt yang mampu dihasilkan empangan berkenaan.
  • "Saya rasa mereka akan mula dengan satu, dua kawasan. Saya tidak rasa mereka akan buka penuh 2,400 Megawatt itu.
  • "Pada tahun 70-an sehingga kini, mereka belum membuat tinjauan pasaran untuk mengenal pasti permintaan tertentu seperti projek yang hendak dijalankan," katanya kepada TV Selangor.
    Sabtu lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata projek empangan Bakun akan dijual kepada kerajaan Sarawak.
  • "Saya jangkakan ada skandal juga dalam penjualan Bakun oleh Sarawak. Saya tidak tahu bagaimana mereka mahu meneruskan projek ini. Dari mana mereka mahu ambil wang untuk beli empangan ini dari kerajaan?", soal Kia Soong lagi.
  • Kia Soong mengesyaki wujud penyelewengan dalam penjualan empangan Bakun kepada kerajaan Sarawak dan mempersoal dari mana kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Taib Mahmud memperoleh wang.
  • "Saya jangkakan ada skandal juga dalam penjualan Bakun oleh Sarawak. Saya tidak tahu bagaimana mereka mahu meneruskan projek ini. Dari mana mereka mahu ambil wang untuk beli empangan ini dari kerajaan?" katanya.
Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, banyak pihak menyedari projek Empangan Bakun tidak ekonomik dan hanya bertujuan untuk menguntungkan pihak tertentu sahaja.
Bagaimapun, projek kendalian Kementerian Kewangan itu terpaksa diteruskan berikutan desakan pihak berkepentingan walaupun menggunakan hampir RM6 bilion Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).
"Semua pencarum KWSP seperti saya, kita anggarkan dekat RM6 bilion diambil dari KWSP. Sekarang hendak tahu apa cara wang ini akan dikembalikan," katanya
.
Sumber: TV Selangor
9 comments:

Walaupun mendapat bantahan daripada ramai pihak, tapi kenyataannya, Empangan Bakun ini dah hampir siap. Hanya diharapkan bahawa Empangan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.


harap dengan adanya empangan Bakun akan membawa manfaat kepada semua.


lakukan siasatan jika penjualan empangan ini meragukan. apapun, empangan bakun ini penting dalam menjana elektrik untuk penduduk sarawak.


kerajaan patut pertimbangkan untuk menyalurkan bekalan tenaga elektik Bakun ini ke Sabah.


Jika projek ini tidak dapat beroperasi dengan jayanya, usaha selama ini hanya akan tingal sia2..Rakyat hanya boleh berharap itu ini tetapi yang mengendalikan projek ini perlu memikirkan tentang kebaiikan rakyat hasil dari pembinaan projek ini.


empangan ini akan menghasilkan bekalan tenaga yang banyak. semoga apa yang dilakukan membawa kebaikan kepada penduduk Sarawak.


empangan bakun ini perlu bagi menjana tenaga elektrik, kena dipastikan projek ini benar2 berjaya.


Minta masalah bakun dam diselesaikan secepat mgkn supaya semua rakyat dapat menikmati kelebihannya. Jangan biar alang2 terbengkalai.


Diharapkan Empangan ini boleh memanfaatkan rakyat dan impak negatif boleh dikurangkan sebaik mungkin.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails