

Pakatan Rakyat yakin akan berjaya menggugat fixed deposit undi Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak. Disamping itu dijangka rakyat Malaysia Timur akan mengepalai barisan mengubah sejarah negara kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).
Memandangkan bilangan penduduk sabah dan sarawak yang tertumpu di lembah Klang semakin meningkat, pelbagai kesukaran yang mereka hadapi namun mereka tidak punya ruang untuk mengadu segala masalah yang dihadapi.
Turut dilaporkan di ibu kota, ramai pengemis dari Sabah yang gagal memperolehi wang yang cukup untuk pulang semula ke Sabah dilihat mengemis dan mencari makanan lebihan di belakang restoran-restoran seperti kedai mamak, KFC dan McDonalds.
Sumber: TV Selangor
- Bercakap kepada lebih 500 warga Sabah, Sarawak dan Labuan yang memeriahkan Pesta Borneo di Kompleks Sukan PKNS Petaling Jaya semalam, Anwar berkata keyakinan beliau diuja oleh sokongan yang ditunjukkan masyarakat setempat semasa melawat Limbang dan Lawas di Sarawak minggu lalu.
Trend semasa di Sabah dan Sarawak menunjukkan rakyat Malaysia Timur mendahagakan perubahan selepas hak mereka diabaikan sejak 53 tahun lalu.- “Kita telah merdeka selama 50 tahun dan yang akan tentukan perubahan untuk keadilan, hak asasi, hormat budaya, untuk hormat agama, untuk hormat sesama manusia yang akan tentukan Sabah dan Sarawak” kata Anwar.
- Anwar menegaskan anak- anak generasi muda Sabah dan Sarawak harus ada kesedaran berpolitik dan mendesak pemerintah mengagihkan harta kekayaan negara secara saksama.
- Menurut Anwar lagi, yang akan tentukan misi dan masa depan kita adalah anak-anak muda Malaysia dan ini termasuklah dari sabah dan Sarawak
- “Kita lawan bukan kerana kita dendam. Kita lawan bukan nak rompak tanah orang, kita lawan nak pertahan tanah kita sendiri. Kita bukan tuntut hak orang. Kita bagi tahu orang diatas. Jangan rompak hak rakyat kita” kata Anwar.
Realiti sebenar yang berlaku kini memperlihatkan ramai rakyat yang hidup susah, tertindas, tertipu dan gagal mendapat pekerjaan apabila tiba di Semenanjung Malaysia. Malah, ada yang terpaksa melacurkan diri di bandar-bandar utama Semenanjung demi menyambung kelangsungan hidup.
Rakyat Sabah Sarawak dikatakan merantau mencari pekerjaan akibat daripada kemunduran taraf ekonomi mendorong rakyat Sabah Sarawak untuk berhijrah ke Semenanjung. Mereka yang ditemui melahirkan rasa kesal dengan janji-janji kerajaan negeri Sabah dan Sarawak di bawah Umno-BN.
Turut dilaporkan di ibu kota, ramai pengemis dari Sabah yang gagal memperolehi wang yang cukup untuk pulang semula ke Sabah dilihat mengemis dan mencari makanan lebihan di belakang restoran-restoran seperti kedai mamak, KFC dan McDonalds.



September 7, 2010 8:24 AM
Diharapkan kerajaan akan membuat apa yang terbaik untuk rakyat tempatan.
September 7, 2010 8:30 AM
PR perlu selesaikan masalah penindasan dan penganaiyaan terhadap rakyat di Pulau Pinang terlebh dahulu. Penduduk Kampung Permatang Tepi Laut, Batu Maung iaitu Kampung nelayan yang dihuni sepenuhnya oleh orang Melayu yang mempunyai kira-kira 100 buah rumah dan wujud sejak 70 tahun lalu kini bakal berhadapan untuk dirobohkan untuk tujuan pembangunan. Ini adalah kampung melayu kedua selepas Kampung Jalan Pokok Asam di Jelutong yang akan dirobohkan selepas Hari Raya Aidifitri ini.
September 7, 2010 8:44 AM
setakat ini dilihat BN masih lagi kukuh di Sabah dan Sarawak. pada PRU akan datang, rakyat akan membuat pilihan berdasarkan penilaian mereka sendiri terhadap komitmen yang ditunjukkan oleh mana-mana parti yang bertanding.
September 7, 2010 8:57 AM
Ini adalah sangat menyedihkan.. Saya sebagai rakyat Sabah turut mahu melihat perubahan secara positif di kalangan belia-belia muda Sabah dan Sarawak terutamanya di bahagian pedalaman.
September 7, 2010 9:10 AM
PKR kini sedang berusaha untuk merampas Sabah dan Sarawak daripada BN. apaun, Sabah dan Sarawak adalam merupakan kubu kuat BN dan bukan mudah bagi PKR untuk menguasai Sabah dan Sarawak.
September 7, 2010 1:04 PM
rata-rata masyarakat Sabah dan Sarawak menyokong BN. bukan mudah untuk PR ingin menguasai kedua-dua negeri ini.
September 7, 2010 1:16 PM
walaupun PKR kini mula mengalihkan tumpuannya ke Sabah dan Sarawak, namun, sokongan rakyat Sabah dan sarawak terhadap BN tetap kukuh. PKR kena berusaha lebih.
September 7, 2010 2:37 PM
seramai lebih 28 juta rakyat Malaysia hari ini belum tentu terpengaruh dengan janji2 yang dibuat oleh mana2 parti politik. rakyat lebih bijak, matang dan profesional dalam menilai setiap parti berdasarkan reputasi dan tindakan yang benar2 nampak kesungguhan mereka dalam membela nasib rakyat dan memajukan negara. oleh itu, serapkan semua janji2 itu di negeri2 jajahan PR terlebih dahulu sebelum meyakinkan seluruh rakyat malaysia.
September 8, 2010 10:04 AM
PRU-13 tidak lama lagi, rakyat akan menelitikan prestasi setiap parti untuk memastikan kerajaan yang berkemampuan akan memimpin negara kita.
September 9, 2010 4:55 PM
BN sedang membawa perubahan di Sabah.
September 11, 2010 6:00 PM
Belum sampai masa belum tahu lagi. Rakyat Malaysia Timur masih menilai siapa yang mampu meneruskan perubahan yang mereka mahu.
September 13, 2010 10:09 AM
Segalanya akan didedahkan bila PRU-13 nanti. Tunggu dan lihat.
September 13, 2010 11:59 AM
Kehendak rakyat sekarang lebih rumit dibanding dulu. Rakyat perlu pembangunan yang berterusan, bukan pembangunan ara maggi mee.
Post a Comment