SUARA BEBAS TUARAN

RM30j Di Belanjakan, Masaalah Air Di K.Penyu Belum selesai, Salah Siapa?


Kerajaan telah pun membelanjakan RM30 juta tetapi sehingga ke hari ini Jabatan Air masih gagal menyelesaikan masalah bekalan air di Kuala Penyu dan Menumbok dan ini bermakna peruntukan RM30 juta untuk menyelesaikan perkara ini tidak sampai kepada rakyat, demekian kata Datuk Lajim Haji Ukin selaku Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Beaufort.
  • “Apa sudah jadi dan mana pegawai-pegawai dan jurutera air? Mengapa membiarkan masalah ini berlarutan sedangkan kerajaan telah pun mengeluarkan perbelanjaan yang besar atas cadangan mereka sendiri namun masalah air di daerah ini masih belum dapat diatasi.
    Pegawai-pegawai Jabatan Air tidak memperdulikan masalah itu dan apabila dihubungi mereka asyik memberikan berbagai alasan,” kata beliau.
  • Selanjut nya menurut beliau. "“Surau, masjid dan sekolah tiada air dan masalah ini juga lebih rumit kepada penduduk apabila berlaku orang meninggal dunia dan juga ketika mengadakan majlis perkahwinan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.”
  • Dalam ucapannya lajim memberitahu beberapa hari lalu beliau bersama Wakil Rakyat Kuala Penyu, John Teo Mau Seng telah mengadakan tinjauan untuk melihat sendiri masalah bekalan air setelah menerima aduan penduduk.
  • “Hasil daripada tinjauan itu mendapati banyak paip yang pecah dan air kelihatan mengalir terbuang begitu sahaja namun terus dibiarkan berlarutan tanpa sebarang tindakan,” tegasnya.
  • “Saya ada bukti, saya sudah mengambil gambar dan mendapati banyak paip air yang bocor atau patah dan ada batang paip yang patah itu terpaksa disambung sendiri oleh penduduk kampung. Kita juga mendapati di kebanyakan tempat di mana tangki-tangki air yang telah dibina sejak beberapa tahun lalu juga didapati semuanya kosong dan kini hanya menjadi gajah putih,” kata Lajim.
Beliau berkata, dia membuat teguran terhadap Jabatan Air kerana masalah yang berlaku ini sudah berlarutan sejak bertahun-tahun dan seolah-olah tidak pernah diselesaikan walaupun kerajaan menyalurkan peruntukan RM30 juta untuk mengatasinya.
Hingga setakat ini , belum ada sebarang jawapan dari pehak Jabatan Air Daerah atau pun Negeri mengenai masaalah air yang dihadapi oleh penduduk daerah Kuala Penyu.
Sumber: NST
24 comments:

bekalan air merupakan keperluan kepada semua orang. semoga masalah air yang berlaku dapat diselesaikan.


hal ini perlu dikaji dan disiasat, peruntukan RM30j adalah byk dan mencukupi untuk menyelesaikan masalah air di Kuala Penyu. mengapa ia blum juga selesai?


Masalah ini perlu disiasat serta merta dan mencari dalangnya. Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan sahaja.


Ini menjadikan tanda tanya, kemana hilang duit peruntukkan yang telah diberikan itu. Harap kerajaan akan menyiasat perkara ini.


Inilah masalah orang sekarang, tidak melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan menyusahkan orang sebaliknya. Peruntukkan telah diberikan, tapi masalah penduduk tetap tidak selesai.


Saya rasa penyiasatan perlu dilakukan oleh pihak tertentu untuk memastikan kemana hilang duit yang telah diperuntukkan sebanyak rm30juta tersebut tetapi masalah air itu tetap bermasalah.


ini salah kedua-dua pihak, pengusaha tidak melakukan kerja dengan betul dan bersungguh-sungguh manakala kerajaan pula salah kerana tidak memantau perjalanan projek yang ditetapkan dari masa ke semasa. oleh itu, jangan tunggu berita dan aduan saja pastikan pemantauan dilakukan senbaiknya.


Memang bersimpati dengan keadaan penduduk Kuala Penyu. Saya yakin pihak Jabatan Air pasti akan terus mengambil tindakan terhadap masalah ini. Cuma kadang2 sana tersebut 'tersekat' di pihak atasan.


dimanakah wang itu? inilah persoalan pertama yang muncul di fikiran setelah membaca artikel ini..


walaupun setelah disalurkan peruntukkan yang banyak, masalah tersebut masih berlanjutan...salah siapakah? adakah berlaku penyelewengan?


masalah air bukan sahaja membebankan rakyat malah boleh menjejaskan perniagaan seperti restoran..


diharap masalah air di k.penyu akan diselesaikan segera..


siasatan harus dilakukan bagi memastikan jika ada berlakunya penyelewengan peruntukkan sebanyak RM30j untuk menyelesaikan isu masalah air di k.penyu yang mana masih berlanjutan..


peruntukan RM30j bukanlah sedikit, seharusnya masalah air ini dah selesai. hal ini perlu diperjelaskan dan diselesaikan.


diharapkan masalah air yang dihadapi dapat diselesaikan. wang yang diperuntukkan oleh kerajaan juga perlulah digunakan sebaiknya. air merupakan pekara penting dalam kehidupan seharian.


Bila memikirkan peruntukan sebanyak RM30 Juta yang telah pun di belanjakan demi untuk keperluan air di daerah Kuala Penyu, saya pun turut merasa heran mengapa masaalah air maseh berlanjutan disana.

Dalam isu ini, agak nya banyak perkara yang harus di kenal pasti terlebih dehulu sebelum kita menuduh sembaranagan siapa kah sebenar nya yang perlu di persalahkan.
Apa lagi kalau kita bukan menetap/ tinggal di kawasan yang terlibat.

Selalu nya, dalam kes yang begini besar dan penting , Jabatan Air Sabah (JAS) jarang melakukan ‘radical blunder’ yang akan mengundang agensi saperti SPRM , Wakil-Wakil Rakyat dsn masuk campur tangan dalam urusan mereka .

Namun dari apa yang dilapurkan, perkara ini berlaku juga. Terasa ingin juga kita mendengar penjelasan lanjut dari wakil JAS.

Dengan berpandukan pengalaman dan hypothesis yang rasional, saya nyatakan di sini beberapa perkara yang mungkin berkaitan dengan kes ini, antara nya;
1) Peruntukan yang di katakana telah di belanja, sebenar belum pun diterima dengan sepenuh nya
2) Peruntukan yang di bagi tidak mencukupi untuk menangani kos sebenar projek yang di rancangkan untuk tujuan;
a) Pembinaan loji yang boleh menanggung kapasiti air yang besar
b) Pembinaan semula saluran paip baru mengganti paip lama yang sudah tidak releven
3) Program pembinaan komplek saluran air di Daerah Kuala Penyu di lakukan mengikut fasa yang berskala ( step by step). Justru itu ia nya akan memakan masa yang lama ( kadang-kadang mengambil masa bertahun2 lama nya)
4) Masaalah kontraktor yang di pilih tidak mempunyai keupayahan yang changgih. Kekurangan
a) Pekerja mahir
b) Kekurangan facilities dan machineries yang sesuai
c) Kekurangan kewaangan capitol dsn
5) Masaalah pengambilan tanah ‘private’ serta kos, menghalang pelancaran projek.

Dalam pada itu, kadang-kadang projek lambat di laksanakan kerana di dalangi oleh ahli-ahli politik yang mahu percent yang tinggi dsn. Rundingan demi rundingan


sekurang2nya pihak jabatan air tampil memberikan penjelasan kepada rakyat yang terjejas kenapa hal ini boleh berlaku sedangkan peruntukan telah pun diberikan oleh kerajaan. mungkin rakyat boleh bertolak ansur jika alasan yang dikemukakan itu munasabah. jangan biarkan rakyat melontarkan pelbagai andaian dan tanggapan negatif.


Diharapkan penjelasan yang lanjut diberikan supaya rakyat memahami situasi sebenar.


Banyak pihak yang bertanggung jawap dalam pekara ini.
Saudara Solymone telah mengurai dengan jelas.


Pemantauan tidak dijalankan dengan baik oleh pihak yang berkenaan.
Kualiti agensi yang bertanggung jawap sangat lemah.


Duit dipakai, kerja tidak siap?
Jika benar nak cari siapa yang salah, tentu boleh dapat jika bertekad.


Kita tunggulah penjelasan daripada pihak berkuasa dahulu.


Rakyat tidak bising jika output yang dihasilkan sempurna.


saya tertarik dengan hujah sdr.solymone berhubung dengan isu ini..rasional dan mungkin benar dengan faktor2 yang dihuraikan. namun yang pasti, isu masalah air di K.Penyu sudah berlarutan sehingga mengundang rasa hairan dan keraguan di kalangan penduduk. maka adalah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa penduduk sudah berasa bosan dengan alasan2 yang sama saja dari pihak berkenaan..harus ada satu penjelasan dari pihak berwajib yang benar2 boleh diterima oleh penduduk berhubung dengan isu ini..

namun, mereka yang mengalami masalah ini saja yang tahu akan kekecewaannya..bak kata orang "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".

setiap masalah pasti ada puncanya..dan punca inilah yang harus diteliti dan diatasi.

apa pun, diharap agar masalah ini diberi perhatian yang sewajarnya dan akan diselesaikan segera.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails