SUARA BEBAS TUARAN

Sikap Buruk Pemandu Punca No 1 Kemalangan

Labels:
Sikap buruk dan pemandu yang pentingkan diri sendiri merupakan faktor negara mencatat jumlah kemalangan jalan raya yang tinggi, demikian hasil tinjauan pendapat oleh Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya (Mufors).
Tinjauan pendapat yang dijalankan secara dalam talian itu menunjukkan bahawa daripada 1,500 responden, 36.6 peratus atau 549 responden merasakan sikap buruk dan pentingkan diri sendiri merupakan faktor utama kemalangan dan kematian di jalan raya.

  • "Turut menjadi faktor yang menyumbang kepada jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya yang tinggi ialah kesilapan manusia dan pemandu yang cuai (30 peratus)," kata Mufors dalam kenyataan di sini, Selasa.
  • Punca lain yang turut menyebabkan kemalangan ialah;
  1. keadaan jalan (15peratus),
  2. kurangnya penguatkuasaan (10 peratus),
  3. hukuman terhadap pesalah jalanraya tidak cukup berat (6.9 peratus) dan
  4. keputusan yang boleh dipersoal sepertidiskaun untuk saman trafik (6.6 peratus). Statistik kerajaan menunjukkan secara purata 18 kematian sehari berlaku di jalan raya di negara ini.
  • Mufors adalah projek komuniti yang diwujudkan bagi membolehkan rakyat Malaysia menyuarakan pandangan dan kebimbangan mereka mengenai keselamatan jalan raya di negara ini.
  • Inisiatif Mufors itu yang bermula 18 Ogos tahun lepas dibuat melalui laman web www.mufors.org.my, dengan dibantu oleh PLUS Expressways Berhad (Plus).
  • Pengerusi Mufors Noorizah Abdul Hamid yang juga Pengarah Urusan Plus berharap rakyat Malaysia melayari laman web itu dan mengambil bahagian dalam tinjauan pendapat itu serta menyuarakan kebimbangan mereka mengenai sikap pengguna jalan raya di negara ini.
Mufors turut melancarkan pertandingan filem pendek bertemakan "Attitudes of Roads - A Malaysian Journey" untuk penuntut Institusi Pengajian Tinggi, yang menawarkan hadiah menarik termasuk wang tunai RM10,000 bagi pemenang setiap kategori.
Sumber: BERNAMA, mStar
22 comments:

Berhati-hati bila berada di jalan raya untuk memastikan keselamatan diri dan juga pengguna jalan raya yang lain.


pemandu seharusnya mempunyai sikap berhati-hati dan mengikut paraturan jalan raya. janganlah bersikap pentingkan diri sehingga boleh menyebabkan kemalangan.


Semua pemandu tidak harus bersikap buruk dan mementingkan diri sendiri.Sentiasalah mematuhi peraturan jalan raya.


berhati-hati di jalan raya, bertolak ansur dan jgn cuai.


Its the driver's attitude that determines whether he or she is a careful driver. All drivers must follow the rule of driving. Don't be a selfish reckless driver!


tidak dinafikan sikap adalah punca utama. walau sebanyak mana kempen yang dianjurkan kerajaan dan NGO, jika individu itu sendiri mengabaikan ciri2 keselamatan, kemalangan tetap akan berlaku. mungkin hukuman atau peranan undang2 boleh menggerakkan kesedaran pengguna jalan raya supaya lebih berhemah semasa memandu.


Setuju. Mungkin kita patut mencontohi sikap/ tindakan negara luar yang tidak berani memandu melebihi had laju kerana tidak mahu lesen memandu ditarik. Kamera pengawasan juga sepatutnya lebih banyak diletakkan di beberapa 'hotspot'.


pemandu perlu bersikap mematuhi undang-undang ketika berada di jalan raya dan jangan lah bersikap pentingkan diri sendiri. ini bagi mengelakkan kemalangan.


setuju bahawa sikap buruk pemandu merupakan punca no 1 kemalangan di Malaysia. bayangkan sehingga ops ke 10 pun dah berbelas orang mati...sememangnya para pemandu tidak sayangkan nyawa sendiri.


para pemandu hari ini tidak sayangkan nyawa dan hanya mementingkan diri untuk memecut kereta supaya cepat sampai ke destinasi


pemandu harus bersikap berhati2 semasa dijalan raya, bertolak ansur dan bertinbangrasa, ingatlah keselamatan diri dan keluarga anda.


sikap ego dan pentingkan diri sendiri harus dibuang..pemandu haruslah sentiasa bersikap positif dan berhemah semasa memandu bagi mengelak sebarang kemungkinan kemalangan..


hukuman yang lebih berat harus dikenakan kepada pemandu yang cuai seperti pergantungan lesen memandu seumur hidup..


selain itu, pihak berkenaan harus sentiasa menyelenggara jalan raya agar sentiasa dalam keadaan yang terbaik untuk keselamatan dan keselesaan pengguna..


apabila sesuatu perkara negatif yang sering dibuat berulang-ulang itu dikatakan perangai atau sikap.
Sikap buruk jika diulang-ulang tentunya bawa musibah seperti juga sikap pemandu ketika di atas jalanraya.


Patuhi undang-undang lalulintas,. Amalkan sikap bertolak ansur dan selalu bersabar.
Jika letih berhenti dan rehat.
Nilai nyawa tiada bandinganya.


Memandu dengan sikap yang betul + memandu mematuhi undang-undang lalulintas = Nyawa terjamin.


Pemandu disaran mengubah sikap memandu supaya nyawa kita serta yang tersayang dapat dilindungi.


Memang benar sikap pemandu adalh punca no 1 berlakunya kemalangan. Faktor lain seperti keadaan jalan yang tidak sempurna juga punca mengakibatkan kemalangan berlaku.


Kenapa tidak menyayangi nyawa diri? Apa lagi yang lebih penting dari nyawa? Kelajuan? Keegoan?


Berhati-hati di jalanraya tanggung jawap kita semua bukan untuk sendiri malah untuk pengguna jalan raya yang lain.


Diharapkan semua pengguna jalan raya akan menyayangi nyawa diri dan juga sentiasa ingatilah orang yang tersayang.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails