SUARA BEBAS TUARAN

Suami Isteri Dera Dan Merogol Pembantu Rumah Di Pulau Pinang


gambar illustrasi
Akhbar hari ini melaporkan polis menahan sepasang suami isteri selepas pembantu rumah warga Indonesia mereka mendakwa telah didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan lepas dan kemudiannya ditinggalkan di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, Ahad lepas.
Pembantu rumah berumur 26 tahun itu, dikenal pasti sebagai Wifainda dari Jawa Timur, juga mendakwa telah dipukul di kepala, tangan dan kakinya dengan tali pinggang.
  • Dalam pada itu, sepasang suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan dan merogol pembantu rumah mereka akan turut disiasat menurut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 berdasarkan bukti serta keterangan yang diperoleh.
  • Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata polis mempunyai bukti dan keterangan yang mencukupi namun masih menjalankan siasatan untuk mendapatkan maklumat tambahan dan pengesahan beberapa perkara dengan mangsa dan orang yang disyaki.
  • "Selain daripada ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol, polis juga akan menyiasat pasangan suami isteri berkenaan menurut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007," katanya.
  • Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pembantu rumah berkenaan di Hospital Pulau Pinang di sini, Ahad.
  • Turut melawat mangsa, Konsul Jeneral Indonesia ke Pulau Pinang, Chilman Arisman.
Ayub berkata polis juga akan bekerjasama dengan Pejabat Konsul Jeneral Indonesia ke Pulau Pinang bagi menyelesaikan kes berkenaan dengan segera.
"Saya juga berharap perkara ini tidak dijadikan isu oleh orang ramai dan polis akan segerakan siasatan serta akan kemukakan kes ini kepada pihak pendakwaan untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang melakukan perbuatan berkenaan," katanya.
Sumber: BERNAMA
14 comments:

penderaan seperti ini tidak seharusnya berlaku. hukuman yang sewajarnya perlu dikenakan ke atas pesalah.


perbuatan yang tidak berperimanusiaan, pembantu rumah juga adalah manusia, tak patut ia didera dan dirogol. tindakan tegas patut diambil terhadap majikan tersebut.


Pembantu rumah juga manusia, mereka patut dilayan sama seperti orang lain walaupun mereka datang daripada negara yang miskin dan mungkin tidak berpelajaran, tapi tanpa mereka, siapa yang akan bekerja sebagai pembantu rumah.


Diharapkan pendera2x tersebut akan dihukum setimpal dengan kesalahan mereka. Jangan biarkan mereka terlepas begitu sahaja.


kes ini merupakan salah satu alasan kenapa sekumpulan rakyat Indonesia ingin melancarkan ganyang Malaysia. dalam hal ini, pihak yang berkenaan perlu bertindak tegas dan jangan biarkan pesalah terlepas dari undang2.


Tindakan yang setimpal harus dikenakan.


Jika mendapat bukti yang kukuh maka hukuman setimpal harus dikenakan terhadap pesalah.


Terlalu banyak kes yang berlaku yang disebabkan samda majikan mendera, merogol dan sebagainya kepada pembantu rumah, ataupun pembantu rumah itu sendiri yang mendera anak majikannya dan masak dengan maludah makanan dan sebagainya sering berlaku. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani masalah ini kerana kes-kes seperti ini sering dilaporkan. Mungkin tidak perlulah mengambil warga asing sebagai pembantu rumah? atau apa yang harus dilakukan?


Siasat lah hal ni dan jika dakwaan ternyata benar pastikan mereka mendapat balasan yg setimpal.


Kesiannya.. hhmmm, entah apa dalam fikiran manusia zaman sekarang. Aduuiii ada2 ja oo..


Kerajaan perlu meluluskan akta yang menjaga hak dan keselamatan pembantu rumah dan juga buruh asing.


tidak habis2 kes penderaan pembantu rumah..apakah faktor yang membawa kepada isu ini?


undang2 yang sedia ada harus diperketatkan...mereka yang bersalah harus dihukum sekeras-kerasnya..


Kalau kerajaan kita tidak mampu menjaga hak dan keselamatan pekerja asing, baik jangan kita mengaji pembantu rumah ataupun buruh asing lagi. Lagipun, jika sesetengah majikan suka sangat mendera pekerja, tak perlulah kerja sama mereka lagi.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails