


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan memandang berat perkara itu terutamanya yang menyentuh sensitiviti agama kerana ia boleh men- cetuskan kemarahan selain boleh menimbulkan pelbagai masalah khususnya soal keselamatan dan hubungan baik antara kaum di negara ini.
Sumber: NST
- Menurut beliau tidak ada mana-mana pihak yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah menghina mana-mana agama yang diamalkan rakyat di negara ini.
Baru-baru ini Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya (Gempur)dilapurkan telah membuat laporan polis berhubung satu akaun laman sosial Facebook yang dikesan menghina Islam dan Allah menggunakan kata-kata kesat. Akaun Facebook yang didaftarkan dengan nama Katy Lim Li Lian didakwa telah memaparkan komen yang menimbulkan kemarahan umat Islam.- Kes itu merupakan insiden terbaru membabitkan sensitiviti kaum selepas Ga- bungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor membuat satu laporan polis pada 1 September lalu berhubung kewujudan satu akaun Facebook menggunakan nama ‘Melayu Babi’.
- Muhyiddin berkata, walaupun ‘serangan-serangan’ itu dibuat melalui laman sosial Facebook, tetapi beliau yakin ada cara yang boleh digunakan untuk membuktikan kesahihan dan identiti pelaku yang tidak bertanggungjawab itu.
- “Hal sebegini sepatutnya tidak timbul kerana kita sudah lama hidup dalam negara yang aman dan tenteram, saling hormat menghormati sesama agama. Kenapa satu agama lain harus mencemarkan satu agama lain,” katanya.



September 6, 2010 11:13 AM
buktikan tidak ada yang terlepas dari undang2 terutamanya terhadap pengetua dan guru yang terlibat menimbulkan isu ini. pastikan mereka juga didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. dalam hal ini pastikan tidak ada diskriminasi agama, bangsa dan politik. semua yang salah mesti menghadapi hukuman yang sama.
September 6, 2010 11:15 AM
Diharapkan perkara ini disiasat secara mendalam.
September 6, 2010 11:22 AM
menghina agama lain adalah satu perbuatan yang biadap, tindakan ini boleh menjejaskan hubugan antara agama. mana2 pihak yang melakukan perbuatan seperti ini perlu diambil tindakan tegas. tiada kompromi.
September 6, 2010 11:39 AM
Track down Katy Lim Li Lian proxy and catch her. People like her should be taken legal action for her kind of act.
September 6, 2010 11:41 AM
And don't forget about educators like Siti Inshah, take serious action on her. Not only she is racist, she also made fun of the Indian's belief and religion.
September 6, 2010 1:24 PM
pihak yang menyentuh pekara-pekara sensetif memang perlu dikenakan tindakan.
September 6, 2010 1:25 PM
semua pihak haruslah menjaga hubungan baik yang terbina dalam masyarakat Malaysia. ini adalah tanggungjawab kita semua sebagai rakyat Malaysia.
September 6, 2010 2:14 PM
undang2 tegas perlu dikenakan terhadap mereka yang menghina agama lain. sentitiviti kaum dan agama perlu dijaga, semua rkyat harus saling menghormati jika ingin hidup dalam keadaan harmoni.
September 7, 2010 8:55 AM
Jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap semua orang yang bersifat rasis, perkara seperti ini dijangka akan diulangi.
September 8, 2010 11:19 AM
Hormatilah pegangan dan pemahaman agama lain. Sama-sama terima ia sebagai satu pengetahuan dan bukannya menggunakan pengetahuan tersebut untuk memburuk-burukkan pegangan org lain.
September 9, 2010 9:07 AM
Kita perlulah saling menghormati budaya dan kepercayaan masing-masing. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Marilah kita sama-sama mencapai 1 Malaysia.
Post a Comment