SUARA BEBAS TUARAN

Timbalan Pengarah BTN Membuat Kenyataan Berbaur Perkauman Akan Di Siasat

Labels: ,

Baru-baru ini Timbalan Pengarah BTN Hamim Husin dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.
Justru itu, Kabinet hari ini mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan (foto) untuk menyiasat berhubung kenyataan yang didakwa berbaur perkauman oleh pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN), dua hari lepas.
Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata jemaah menteri melahirkan rasa kecewa berhubung kenyataan itu, yang dibuat oleh TimbalanPengarah BTN, Hamim Husin semasa sesi tertutup dengan Puteri Umno.
"Apa yang kami mahu sekarang ialah satu laporan mengenai satu portal online, mendakwa timbalan pengarah membuat kenyataan berbaur perkauman.
"Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat mengenai perkara ini sebelum sebarang tindakan diambil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Su8mber: BERNAMA
11 comments:

beliau sepatutnya telah sedia maklum dengan isu perkauman di malaysia yang kian meruncing dan semakin mendapat perhatian dikalangan pihak pembangkang dan rakyat.


kerajaan wajar menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pegawai kanan tersebut atas kenyataan beliau yang disifatkan berbaur perkauman. bagi menyelamatkan perjuangan parti, kerajaan perlu melakukan sesuatu sebelum hal itu menjadi pertimbangan rakyat untuk menolak kerajaan.


Ya, siasat jangan tak siasat.


lakukanlah siasatan dan ambil tindakan yang sewajarnya jika benar ada kenyataan berbaur perkauman.


timbalan pengarah BTN ini mmg perlu disiasat kerana membaut kenyataan berbaur perkauman, sebagai ahli BTN dia tak patut membuat kenyataan seperti itu.


memang wajar pekara ini disiasat. tindakan perlu dikenakan jika benar pegawai tersebut mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.


Bahaya jika tidak berhati-hati dalam percakapan. Kerana mulut badan binasa.


Kalau boleh, BTN ini patut dikaji semula ataupun dibubarkan kerana tidak releven dengan usaha mencapai 1 Malaysia.


Hamim Hussin seorang penakut! Pandai cakap tapi tak berani mengaku. Tak ada telur!


Diharapkan masalah racis akan berjaya ditangani. Tidak baik jika dibiarkan sahaja kerana masalah yang sama pasti akan berulang.


Tindakan tegas patut diambil terhadap sesiapa yang mengeluarkan kenyataan racis, ini adalah wajar untuk mengekalkan perpaduan antara kaum.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails