SUARA BEBAS TUARAN

10 Murid Cedera Akibat Lantai Sekolah Runtuh

Labels:
Pada Okt 13, 2010, dilapurkan seramai 10 orang murid Darjah Empat Sekolah Kebangsaan Sri Gunong (foto)di Gunung Keriang dekat Alor Setar cedera dengan dua daripadanya serius selepas lantai bangunan sekolah yang menempatkan kelas mereka runtuh pagi kelmarin.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi kelmarin melibatkan 30 murid yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Islam.
  • Lantai dikatakan runtuh secara tiba-tiba dan murid yang berada di dalam kelas itu terjatuh ke dalam lubang sedalam satu meter dan selebar dua meter persegi.
  • Lima murid lelaki dan lima murid perempuan itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi mendapatkan rawatan, oleh pihak sekolah dan ibu bapa yang kebetulan berada di situ.
  • Salah seorang murid berkenaan, Mohd Aliff Hakim Abu Bakar berkata ketika kejadian, secara tiba-tiba lantai kelasnya reput (patah) menyebabkan dia terjatuh ke dalam lubang runtuhan itu.
  • "Saya merangkak keluar dan ustazah tarik saya keluar. Saya terkejut. Saya cedera kaki kanan," katanya ketika ditemui di HSB.
  • Filza Nadhirah Idris yang juga cedera di kaki kanan berkata sewaktu kejadian dia merasakan kelas itu bergoyang-goyang sebelum dia terjatuh ke bawah.
  • "Saya jatuh tertiarap. Lutut kanan saya cedera. Saya kemudian menangis. Cikgu angkat saya," katanya yang kelihatan trauma dengan kejadian itu.
Seorang saksi kejadian berkata keseluruhan bangunan termasuk lantai yang dibina sekitar tahun 1970-an itu dipercayai pada asalnya diperbuat daripada kayu dan telah diubah suai oleh pihak sekolah lapan tahun lalu dan digantikan dengan lantai simen tanpa mempunyai konkrit yang kukuh.
  • "Mungkin kayu yang diletakkan simen di atasnya tanpa konkrit yang kuat tidak mampu menanggung pelbagai bebanan seperti meja, kerusi dan peralatan tambahan kelas menyebabkan berlaku runtuhan berkenaan," katanya.
  • Pemangku Pegawai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Alor Setar, Md Noor Daud berkata pihaknya menerima panggilan daripada pihak sekolah mengenai kejadian tersebut kira-kira 11.22 pagi dan mengejarkan 17 anggota dari balai Alor Setar dan Jalan Raja ke tempat kejadian.
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah Zuraidi Rahim yang melawat murid-murid di HSB berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa lapan pelajar menerima rawatan pesakit luar manakala dua lagi agak serius kerana kaki mereka dihempap batu dan almari.
"Dua pelajar ini mungkin terpaksa ditahan di hospital untuk rawatan lanjut. Saya harap ada siasatan segera terhadap kejadian ini kerana ada yang tidak kena dengan lantai bangunan sekolah," katanya.
Sumber: Bernama
11 comments:

Bahaya betul!Pihak sekolah sepatutnya membuat rantauan untuk memastikan bangunan masih dalam keadaan kukuh kerana bangunan tersebut dibina sekitar tahun 1970-an.


Diharapkan perkara ini disiasat, apa punca sebenar yang menyebabkan lantai itu reput? bagaimana dengan bahagian lain dalam sekolah itu? siapa kontraktor yang membina sekolah itu? Adakah bagunan sekolah ini selamat digunakan lagi? Semua ini perlulah disiasat secara teliti supaya tidak membahayakan nyawa pelajar.


Semoga murid yang cedera itu akan cepat sembuh.


siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian perlu dilakukan. harap kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.


Diharapkan pelajar-pelajar ini akan sembuh secepat mungkin. Diharapkan juga kerajaan memberikan peruntukan yang setimpal untuk membaiki dan membaharui bagunan sekolah yang rosak itu.


punca kejadian ini perlu disiasat, kejadian ini telah mencederakan ramai murid2. pihak berwajib perlu bertanggungjawab.


semoga pelajar yang cedera dapat sembuh dengan cepat. siasatan perlu dilakukan berhubung kejadian ini.


Sepatutnya pemeriksaan perlu dibuat setiap tahun untuk memastikan bagunan itu masih elok digunakan. Diharapkan pihak sekolah lain akan mengambil perhatian tentang keselamatan bagunan sekolah masing masing.


inilah akibatnya jika bangunan yang dibina tidak mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.. kerajaan perlu memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan keselamatan pengguna bangunan tersebut.


Ini sangat merbahaya! Kenapa semasa ubahsuai tidak dijalankan dengan serius??? Pembinaan sekolah merupakan binaan jangka masa panjang, jadi jangan ambil mudah hanya kerana mahu untung! Sekarang reputasi kontraktor terbabit pasti akan dipersoalkan.


Punca sebenar patut disiasat dan tindakan yang sesuai perlu diambil.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails