SUARA BEBAS TUARAN

12 Kes Kematian Kanak-Kanak Berlaku Di Taska Haram

Labels:

Tidak ramai ibu bapa yang mengetahui bahawa taska di Bandar Sri Mahkota, Cheras ini beroperasi secara haram.
Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zaitol Salleh berkata, 12 kes kematian kanak-kanak di taska haram dalam tempoh hampir dua tahun kebelakangan ini.
Beliau berkata, antara punca kematian mangsa ialah tercekik susu atau makanan, kurang pengawasan pengasuh, terjerut atau terjatuh dari buaian serta mengambil kanak-kanak dalam nisbah yang terlalu ramai.
“Kita sangat bimbang kerana pihak taska melatih pengasuh yang tidak terlatih malah rata-rata spesifikasi taska tidak menepati piawaian keselamatan JKM,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.
Menurat sumber,sebanyak 2,077 pusat asuhan kanak-kanak atau taska di negara ini didapati beroperasi secara haram. Jumlah itu mewakili 80 peratus taska yang terdapat di Malaysia.
Sumber: Kosmo
18 comments:

Sepatutnya semua taska perlu mendapatkan lesen dan lulusan sebelum boleh dimulakan.


Ibu-bapa digalakkan menghantar anak-anak ke taska yang berdaftar supaya tidak berlaku masalah yang tidak diingini.


12 kematian adalah banyak. Sudahkah mereka yang membuka taska secara haram diambil tindakan??


Sebaik-baiknya ibubapa memastikan taska yang mereka hendak mendaftarkan anak mereka mempunyai pengasuh yang terlatih dan menepati piawaian keselamata JKM.


mana2 taksa yang ditubuhkan secara haram dan cuai menyebabkan kematian kanak2 perlu diambil tindakan undang2.


Taska yang beroperasi secara haram perlu dikenakan tindakan undang-undang. pihak berwajib juga kena pastikan taska mempunyai pengasuh yang benar-benar terlatih.


jika banyak pendedah berkenaan dengan kes kematian kanak2 di taska2 yang beroperasi secara haram, secara tidak langsung ini akan menggerakkan ibubapa supaya beralih kepada taska yang berdaftar.


Tutup saja taska ini.


Sebaiknya wajibkan pihak taska menggantung lesen berdaftar mereka di tempat yang boleh dilihat dengan mudah. Pihak ibu bapa pula seharusnya mempunyai pengetahun/ mengambil berat akan hal2 ini dengan bertanya/ melihat dahulu status taska tersebut. Jalinkan hubungan rapat dengan staff2 taska juga perlu.


ibu bapa kena pastikan bahawa mereka menghantar anak2 mereka di taska yang berdaftar dan diakui terlatih.


apakah tindakan yang telah atau akan diambil oleh pihak JKM berhubung dengan isu ini? perkara ini harus dipandang berat oleh pihak berwajib termasuk ibu bapa.


mungkin kekurangan pusat asuhan berdaftar dan sah menyebabkan ibu bapa yang bekerja tiada pilihan lain..harus ada satu kajian mengenai perkara ini..


"Menurat sumber,sebanyak 2,077 pusat asuhan kanak-kanak atau taska di negara ini didapati beroperasi secara haram. Jumlah itu mewakili 80 peratus taska yang terdapat di Malaysia."


ini bermakna pusat asuhan kanak2 yang berdaftar dan sah adalah amat kurang..maka harus diwujudkan lebih banyak pusat asuhan kanak2 bagi memenuhi permintaan dari masyarakat. atau pun pusat asuhan kanak2 yang sedia ada haruslah berdaftar dengan JKM.


selain itu, pengasuh haruslah mempunyai lesen dari pihak JKM untuk melayakkan mereka bekerja sebagai pengasuh kanak2..


diharap pihak JKM akan mencari penyelesaian bagi masalah ini agar pada masa hadapan keselamatan kanak2 dan bayi di pusat2 asuhan kanak2 terjamin.


Kerajaan perlu memastikan semua taska ini mengikuti piawaian dan mengarah taska ini ditutup jika tiada lesen. Kes kematian kanak-kanak sebanyak 12 orang memang tidak boleh diterima.


Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku... orang ramai perlu mengetahui adakah taska tersebut mempunyai lesen @ tidak...Hal ini melibatkan nyawa...jika duit menjadi punca utama mengapa mereka sanggup menghantar anak mereka ketaska yang haram saya rasa itu bukan alasan yang munasabah.... Duit boleh dicari tetapi nyawa???


Itulah kerajaan perlu bertindak tegas bila meluluskan lesen untuk membuka taska dan juga menjatuhkan tindakan tegas terhadap taska tidak berlesen.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails