SUARA BEBAS TUARAN

12 Maut, Lebih 40 Cedera Dalam Kemalangan Jalan Raya

Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan dahysat yang membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di Rembau petang Ahad.
Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.
  • Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.
  • Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.
  • Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.
  • Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.
Sumber: mStar, BERNAMA
16 comments:

kemalangan ini perlu dijadikan pengajaran agar kita sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya...


My condolence to the victims' family. And, get well soon to all the injured passenger.


This is a lesson to all drivers. Drive safely and always follow the road rules.


satu kemalangan yang dashyat. kita kenalah sentiasa berhati semasa berada dijalanraya agar tidak terlibat dalam sebarang kemalangan.


Kenderaan-kenderaan berat samada bas ataupun lori perlu menghadkan kelajuan, ini kerana semasa kemalangan berlaku kenderaan sukar untuk dikawal, ia juga melibatkan kemalangan kepada pengguna jalan yang lain.


Kemalangan dashyat yang berlaku ini perlu disiasat kerana melibatkan kematian. Apakah punca berlakunya kemalangan tersebut, adakah disebabkan dari pemandu ataupun ada sebab-sebab lain yang menyebabkan ia berlaku?


Pandulah dengan berhati-hati. Ingat orang yang tersayang dan hargailah nyawa anda.


Kerana kesilapan kita telah membabitkan ramai orang, kecuaian ini yang kita tidak mahu berlaku. Jangan kerana kita orang lain ikut sekali. Kesihanilah diri dan orang lain.


Berhati-hati di jalan raya. Jangan kerana anda nyawa orang lain yang hilang.


Satu lagi kemalangan jalan raya. Diharapkan pemandu akan sentiasa menjaga keselamatan diri dan juga keselamatan pengguna jalan raya yang lain supaya kecelakan seperti ini tidak akan berlaku lagi.


Takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa, diharapkan mangsa cedera akan pulih secepat mungkin.


pengusaha bas express perlu mengambil iktibar dari kes2 kemalangan seperti ini bagi meningkatkan kecekapan mereka terutamanya pemandu yang dipertanggungjawabkan membawa penumpang. ini bukan kes pertama malah telah banyak kes kemalangan dahsyat yang membabitkan bas express.


Sentiasa perhatikan jarak kereta anda dengan kereta hadapan dan SILA PASTIKAN ANDA MENGGUNAKAN LAMPU SIGNAL KETIKA DI ROUNDABOUT!


peraturan jalan raya haruslah sentiasa dipatuhi dan dipraktikkan demi keselamatan diri dan orang lain kerana bak kata pepatah 'malang tidak berbau'..


takziah diucapkan kepada keluarga mangsa..bagi yang cedera diharap akan lekas sembuh..kemalangan ini haruslah diambil sebagai pengajaran kepada semua pengguna jalan raya..


Walaupun banyak usaha menyeru pengguna jalan raya supaya berhati-hati. Tapi masih ada yang memandang ringan terhadap peraturan jalan raya.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails