SUARA BEBAS TUARAN

2 Ekor Harimau Milik Penyeludp Anson Wong Di Rampas

Para pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas dua ekor harimau Benggala, dipercayai milik penyeludup hidupan liar, Anson Wong Keng Liang (foto), dalam satu serbuan ke atas dua dusun buah-buahan di Teluk Bahang dan Balik Pulau, Pulau Pinang, kelmarin.
Kekecohan berlaku sewaktu harimau pertama dibawa keluar bersama kandangnya sekitar 10 pagi, apabila orang ramai berkerumun untuk mengambil gambarnya dari dekat.
Harimau kedua, yang lebih besar daripada yang pertama, dibawa keluar dari kandangnya sekitar 10.15 pagi selepas diberi ubat bius.
  • Mereka turut merampas seekor buaya sepanjang 1.52 meter, empat ekor kucing hutan dan enam ekor ular sawa dari dusun buah-buahan seluas 1.6 hektar yang dipercayai milik keluarga Wong.
  • Seramai 10 pegawai Perhilitan dan pegawai Zoo Melaka terlibat dalam operasi itu yang bermula sekitar 9.30 pagi dan berakhir dua jam kemudian.
  • Sehari sebelumnya, lebih 50 ekor haiwan termasuk 30 ekor burung tiung emas, biawak dan ular sawa dirampas dari dua lokasi berasingan iaitu di Teluk Bahang dan Balik Pulau.
  • Kesemua haiwan yang dirampas telah dihantar ke Taman Negara Pulau Pinang, sebelum kesemuanya di dihantar ke Zoo Melaka untuk penjagaan.
  • Pengarah Perhilitan Pulau Pinang, Encik Jamalun Nasir Ibrahim, berkata operasi itu dilakukan ibu pejabat Perhilitan di Kuala Lumpur.
Sumber: mStar
10 comments:

kegiatan penyeludupan haiwan adalah amat tidak bertanggungjawab..kegiatan penyeludupan juga boleh menyumbang kepada kepupusan spesis haiwan tertentu.


operasi yang dilakukan oleh PERHILITAN ini perlu digiatkan lagi bagi membanteras kegiatan penyeludupan hidupan liar.


Tindakan tegas harus diambil terhadap Anson Wong. Adaka patut dia menyeludup 2 ekor harimau....


tahniah kepada PERHILITAN kerana dpt mengesan kegiatan penyeludupan haiwan liar ini. kegiatan seperti ini perlu dibendung.


betul tu Leo, adakah patut harimau, biawak, buaya, ular etc dia seludup.. tokek tiada pula dia seludup.. anyway, yang salah tetap salah.. tahniah kepada pegawai Perhilitan..


Diharapkan haiwan-haiwan liar ini akan dijaga dengan baik setelah dirampas.


Penyeludupan haiwan liar adalah tindakan yang salah di sisi undang-undang, bukan sahaja begitu, ini akan mendorong tindakan memburu haiwan secara haram. Ini juga tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana bukan semua individu mempunyai ilmu untuk menjaga haiwan liar ini dengan baik.


Pihak Berkuasa haruslah menjaga keselamatan semua pihak dengan mamastikan penyeludupan haiwan tidak akan terjadi lagi.


Anson Wong patut dikenakan hukuman berat.


Menyeludup dan rasuah memang patut dijatuhkan hukuman berat.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails