SUARA BEBAS TUARAN

32 GRO Asing Di Cekup Polis

Labels:
Seramai 32 gadis pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing dicekup polis dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Seremban baru-baru ini.
Dalam operasi kira-kira pukul 9.30 malam Jumaat lalu, Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Kuala Lumpur berjaya menahan 25 gadis warga China dan 7 dari Thailand.
  • Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Asisten Supritendan Khairi Anuar Ruslan yang mengetuai operasi itu berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan pihaknya, seramai 11 anggota polis telah bertindak menyerbu premis berkenaan dan menahan kesemua gadis terbabit.
  • Kesemua GRO yang ditahan berusia di antara 20 hingga 30 tahun ditahan ketika sedang melayan pelanggan masing-masing.
  • Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka menyalahgunakan pas lawatan kerja ke negara ini apabila menjadi pelayan di pusat hiburan terbabit.
Sumber: Kosmo
17 comments:

Sila teruskan usaha. Perkara yang memalukan seperti ini tidak patut diteruskan.


operasi seperti ini memang patut dilakukan. pusat hiburan tersebut juga patut dikenakan tindakan tegas kerana menggunakan khidmat warga asing yang manyalahgunakan pas lawatan kerja.


seringkali kita mendengar warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan mereka. harap pekara ini dapat dibendung..


operasi seperti ini perlu lebih giat dijalankan bagi membendung gejala tidak bermoral ini.


amat sukar menangani masalah ini kerana adanya faktor permintaan dan penawaran. apa2pun teruskan usaha dan lakukan operasi di semua negeri.


Syabas kepada polis!


Diharapkan Ops Noda ini akan berterusan.


Inilah hakikatnya. Bagaimana dicekup pun bilangan GRO masih belum berkurangan. Selagi ada permintaa, selagi itu kes tidak akan selesai..


Tahniah kepada pihak polis kerana berjaya mengurangkan kes pelacuran di Malaysia.


kebanyakan GRO dinegara ini adalah warga asing, mereka ini perlu dikesan.


Bagus la. Usaha sebegini harus dilakukan sehingga isu ni tamat.


Ya zaimi. Pusat hiburan tu harus dikenakan tindakan juga.. siapa suruh langgar peraturan.


Semua pihak harus bagi kerjasama, berikan maklumat kepada pihak berkuasa supaya hal sebegini dapat dibendung dengan cepat.


Lain kali kalau nak berhibur pun, agak-agak juga la ya. hehehe


Apapun congrats kepada pihak berkuasa & please keep up the good work :)


Jangan bagi peluang, diharapkan tindakan tegas diambil supaya boleh mengurangkan masalah social seperti ini.


Pusat Hiburan bukan tempat yang baik, janganlah kita mengunjung tempat seperti itu. Tiada kehendakan maka tiada bisness.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails