SUARA BEBAS TUARAN

Kawasan Pantai Timur Sabah Berdepan Gempa Bumi Kuat

Labels:

Jabatan Meteorologi tidak menolak kemungkinan gempa bumi bersaiz sederhana menghampiri 6 pada skala Richter mungkin berlaku di Tawau, Sabah pada masa depan.
  • Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami, Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rohaidi Che Abas berkata, kemungkinan itu diambil kira daripada kekerapan gempa bumi yang berlaku di kawasan-kawasan sekitar Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu di Sabah.
  • "Ini kerana sejak minggu lepas hingga semalam tiga gegaran lemah telah dicatatkan di kawasan terlibat yang berukuran 2.6 hingga 3.8 pada skala Ricther.
  • "Meskipun kawasan terlibat merupakan kawasan berisiko dilanda gempa namun kekerapan yang berlaku menghairankan kami," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.
  • Justeru, menurut Mohd. Rohaidi, pihaknya akan memantau 24 jam sehari untuk melihat perkembangan semasa kemungkinan berlaku lagi gempa bumi di Tawau.
  • Menurut rekod, gempa paling kuat pernah dicatatkan di Sabah ialah di Lahad Datu pada tahun 1976 iaitu berukuran 5.8 pada skala Richter.
Sumber: Kosmo
14 comments:

harap tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku..Jabatan Meteorologi perlu memantau pekara ini dan memberikan maklumat berkaitan dari masa ke masa.


kemungkinan gempa bumi akan berlaku lagi, Jabatan Meteorologi kena sentiasa memandang serius perkara ini.


Diharapkan gempa bumi ini bukan seteruk apa yang diramalkan.


Saya berharap tiada fenomena alam yang teruk akan berlaku di negeri dibawah bayu kita ini.


This is serious. I think it would be better for the people to move out from Tawau for the time being if there is a report from the Meteorology department saying that the earthquake will happen any time soon. Whatever it is, let's pray that it wouldn't happen.


Ini satu berita yang membimbangkan Pastikan pihak meteorologi memantau perkembangan dan memaklumkan orang ramai jika ada perkembangan terbaru.


manusia tidak mampu menghalang bencana alam ini dari berlaku, tetapi manusia mampu mengelaknya..


penduduk diharp jgnlah mudah panik, ia hnylah gempa kecil


Gempa bumi di Sabah hanya kecil saja, apa pun harus sentiasa berwaspada.


Apa-apa pun, baik berwaspada.


jbt. metereologi tidak menolak kemungkinan akan berlaku gempa yang lebih kuat di tawau pada masa depan..penduduk tawau haruslah bersedia..semua arahan dari jabatan berkenaan harus dipatuhi.


"Meskipun kawasan terlibat merupakan kawasan berisiko dilanda gempa namun kekerapan yang berlaku menghairankan kami," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

apa yang dimaksudkan oleh jabatan tersebut? sebarang perkembangan harus dimaklumkan segera kepada penduduk.


apa pun semua pihak haruslah sentiasa berwaspada akan perkembangan terbaru ini.


Penduduk kawasan itu perlulah bersiap sedia menghadapi gempa itu.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails