SUARA BEBAS TUARAN

600 Guru Sandaran Bakal Kehilangan Punca Pendapatan


Sebahagian daripada 400 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menunjukkan surat kontrak mereka tidak disambung di Alor Setar semalam.
Kira-kira 600 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Kedah bakal kehilangan punca pendapatan setelah kontrak mereka ditamatkan oleh Kementerian Pelajaran secara berperingkat bermula 10 Oktober lalu.
  • Seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gulau di Sik, Amir Hamzah Harun, 33, berkata, setiap hari dia menunggang motosikal sejauh 150 kilometer dari Gurun untuk mengajar bagi menampung kehidupan bersama isteri, anak dan ibunya.
  • "Kalau kontrak ini ditamatkan, susah untuk saya menyara keluarga. Saya merayu kementerian agar menyambung kontrak guru GSTT kerana kebanyakan kami mempunyai pengalaman mengajar yang agak lama," katanya.
  • Beliau berkata demikian semasa menghadiri perjumpaan guru-guru sandaran dengan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah di sini semalam.
Ketika membaca berita saperti ini, saya tertanya-tanya sama ada negeri Sabah terlibat dalam program GSTT ini? kalau sekira nya ada, mungkin kah mereka juga akan menerima nasib yang sama saperti yang berlaku di Kedah? Pasti nya isu ini amat menarik untuk kita nanti kan bersama.
Sumber: Kosmo
20 comments:

1.Sepatutnya guru2 sandaran terutama yang berpengalaman yang sudah beberapa tahun mengajar di pedalaman diberi keutamaan untuk memasuki latihan keguruan di IPGM.Bagaimana pun,kelulusan minima perlu juga ditentukan supaya selari syarat2 kemasukan ke IPGM.

2..Lazimnya ramai guru2 yang terlatih tidak berminat mengajar di pedalaman bila mereka ditempat di sana.

3.Mereka yang berpengalaman contohnya yan g sudah berkhidmat sebagio GSST selama 3 tahun perlu diberi "Credit Hours" bila memhon ke IPGM atau IPTA.Pengalaman mereka perlu di ambil kira.Saya yakin seseortang guru GSST yang telah mengajar 3 atau lebih proses Pembelajaran dan Pengajaran mereka lebih berkesan daripada Guru Terlatih yang baru keluar mana2 institusi pengajian tinggi.

4.Tiba masanya KPM mencari mekanisme yang baharu untuk menangani kekurangan guru2 di pedalaman.

5.Pengalaaman yang bertahun tahun mengajar di kalangan GSTT jika tidak diambil kira adalah amat merugikan dalam aset sumber manusia dalam bidang pendidikaqn.

6.Jika ada pengambilan untyuk GSTT di masa akan datang biarlah syarat2 pengambilan boleh memenuhi syarat masuk ke IPGM atau IPTA dan bagi kekosongan di pedalaman perlu dilonggarkan syarat tapi pastikan mmasih memenuhi syarat minima masuk ke ipgm ATAU ipta utk KPLI.


salam uncle IR,
sebenarnya di sabah memang ada GSTT ni. seluruh sabah GSTT sekolah menengah adalah seramai 530 orang dan salah seorangnya adalah saya sendiri uncle. permohonan jabatan pelajaran negeri sudah dipanjangkan kepada kementerian namun belum ada jawapan konkrit. di sabah GSTT akan tamat kontrak pada 31 disember 2010. walaupun sebenarnya GSTT diambil untuk menampung kekurangan guru namun GSTT sekolah menengah di sabah sebenarnya dikalangan siswazah cuma tiada latihan perguruan. jika kami diberi latihan perguruan maka kami juga seperti guru yang lain. bilamana timbalan menteri menjawab soalan dari MP parit sulong di parlimen dan menyarankan GSTT memohon KPLI saya rasa ianya adalah satu antarabangsa yang hebat kerana dalam syarat KPLI mereka yang ada kontrak dengan kerajaan ataupun agensinya tidak layak memohon sedangkan kami GSTT ada kontrak dengan kerajaan..lucu juga kan. kami GSTT sabah turut mengajukan kepada YB2 dan menteri-menteri yang kami mampu berikan permohonan kami dan kami hanya berdoa dan berserah pada takdir kerana sudah berusaha. kalau sudah suratan takdir, apa lagi nak dikata? harus diingat undi tetap rahsia...


Thanks Sdra Observer dan Watasikadi,
Dari apa yang saya perhatikan, isu yang berkaitan dengan GSTT ini memang lah menarik dan boleh dikatakan sebagai satu perkara yang serius yang perlu di ambil kira oleh pehak-pehak yang berkenaan saperti KPM dan juga ahli-ahli MP selaku ‘catalyst’ atau pun agen penyampaian maklumat.

Saya turut simpati kepada kumpulan GSTT yang telah di tamatkan perkhidmatan mereka. Disamping itu. saya berdoa agar kontrak sdra Watasikadi dan sahabat di perbaharui demi untuk menambah kini kualiti pendidikan Negara kita.

Dari lapuran sdra Observer, nampak nya banyak perkara perlu di rumus dalam proses pengandalian skim GSTT atau pun skim lain yang ada hubungan dengan pendidikan di Negara ini.

Namun moral cerita nya, Kerajaan, terutama sekali KPM kena halusi perkara ini dengan serius lagi perihatin. Kerana impak nya akan memudratkan golongan-golongan yang terlibat secara langsung atau pun tidak lansung dalam banyak perkara. Terutama sekali, situasi ekonomi harian mereka.

Dari sudut yang lain, isu saperti ini boleh di perbesar-besarkan oleh parti pembangkang sebagai kelemahan kerajaan dalam usaha untuk membasmikan penganguran di kalangan anak-anak muda saperti yang berlaku pada sdra Watasikadi dan yang lain-lain lagi.

Dalam pada itu, sebagai penyelesaian, tindakan proaktif lagi positif harus di ketengahkan kepada badan-badan yang boleh menyampaikan maklumt secara terus kepada kerajaan . Sama ada dikemukakan kepada pehak KPM atau pun melalui suara di Parlimen.

Dalam kes Watasikadi dan sebagai langkah pertama, beliau boleh berhubung terus atau melalui ‘ connections’ dengan MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan untuk tujuan menerangkan situasi yang melandah nasib Guru-Guru Sabah yang terlibat dalam skim GSTT ini. Mana tahu kan, apa-apa boleh jadi?

Selain dari sebuk memperjuangkan kes-kes PATI, masaalah yang di hadapai oleh Watasikadi, perlu juga Pemimpin kita perjuangkan bersama sebelum ia nya akan menjadi masaalah nasional yang kronik lagi susah untuk di bendung nanti.

Bagi saya, "Belia ada lah asset no.1 Negara".
Apa-apa pun semuga kalian sukses


Salam Saudara SBT dan Wataskadi,

1.Saya dapat memahami dan bersimpati apa yang di hadapai oleh saudara Watasikadi dan guru GSST yang lain terutama yang telah beberapa tahun berkhidmat sebagai GSST.Justeru itu saya setuju apa yang diluah oleh beliau.

2.Bewrhubung dengan saranan saudara SBT perlu diambil perkiraan dan tindakan oleh pihak berkenaan dan pemimimpin polirik perlujuga memainkan peranan dalam mebela dilema yang dihadapi oleh GSTT.Pihak berkenaan perlu harus faham ramai GSST telah berkeluarga dan mempunyai anak.Kekosongan jawatan di jabatan lain memang amat terhad dan haya KPm saja yang menawarkan jawatan GSTT setiap tahun.

3.Penadapat Saudara SBT memang bernas dan seharus para pemimopin politik perlu prihati dengqan rintihan GSTT ini.Sebagai mana kita tahu mana juga dasar jika sering dilaungkan oleh pemimpin politi dan ada keperluan maka mereka sahaja boleh mengubahnya.Bewberapa tahun dahalu saya pernah terjumpa GSTT yang sudah 8 tahun berkhidmat tetapi bila tidak disambung kontak maka dia terpaksa berhenti.Bila tahun berikut KPM menawarkan lagi GSTT maka dia tidak berjaya.Ada juga yang cuba memhon pekerjaan lain dan mohon DPLI (masa lalau) atau KPLI tapi umur sudah meningkat 34 tahun.Seharusnya pihak pihak berkenaan perlu prihatin dalam hal ini kerana mereka telah menyumbang bakti dan sanggup bertugas di pedalaman di mana guru2 lepas IPGM atau IPTA tidak sqanggup berkhidmat di sana.Kadang mereka dilupakan " KATA PEPATAH "KACANG LUPAKAN KULIT" DAN "IBARAT MANIS SEPAQH DIBUANG"

4.Di harap mereka yang berkenaan akan mangambil berat perkara ini dalam membantu GSTT yang telah banyak berjasa dalam meperkasakan pendidikan negara kita.


salam saudara observer dan SBT,
Terima kasih kerana turut sama bersimpati tentang nasib kami GSTT negeri sabah.. pelbagai saluran sudah kami cuba dimana kami cuba menghubungi rakan-rakan di sebelah pantai timur sabah untuk sama-sama menjadi golongan pendesak dan mereka sudah mengutarakan permasalahan kami ini. dan kami juga turut memberi permohonan kami melalui naib presiden UMNO ketika majlis hari raya di kota belud. timbalan pengarah jabatan hal ehwal khas juga turut diberi salinan senarai nama kami. namun saya melihat desakan bersifat politik lebih mujarab dalam perkara ini. apapun kami GSTT berterima kasih atas keperihatinan semua pihak dalam perkara ini. parti pemerintah haruslah melihat signifikan perkara ini dalam arus politik menuju PRU-13. harus diingat GSTT ini dikalangan siswazah yang boleh mempengaruhi beberapa pengundi lain..


Walaupun Guru Sandaran ini tidak terlatih, tapi mereka lebih perpengalaman. Mungkin mereka boleh cuba mendapatkan kelayakan berdasarkan pengalaman mereka. Lagipun, masalah kekurangan guru masih dialami...


setuju dengan jonny, Walaupun Guru Sandaran ini tidak terlatih tapi mereka mempunyai pengalaman. mungkin golongan ini boleh diberikan latihan untuk menjadi guru tetap agar mereka dapat memanfaatkan pengalaman yang mereka miliki.


Komen2 yang sangat bernas dan berbisa sekali. Saya juga bersetuju, ini pula jasa2 seorang guru sandaran. Walaupun bukan lepasan IPTA/ IPTS/ IPGM pendidikan dan sebagainya, kalian patut diambil kira dari segi kesanggupan berkerja di pedalaman, dan paling penting, pengalaman. Bagi saya kualiti berdasarkan pengalaman lebih jauh berbeza daripada segulung ijazah baru.


Government should do something about this if they intend to win the next election. Hopefully the Kementerian Pelajaran will consider extending the contracts of all 600 teachers as it is their source of income.


Kenapa tidak serap saja mereka masuk untuk menjalani pengajian dalam program DPLI dan KPLI. saya rasa mereka ini perlu diutamakan dalam pengisian KPLI dan DPLI.


guru2 sandaran yang berpengalaman perlu dilanjutkan kontraknya, lagipun kita masih lagi kekurangan guru terutamanya di kawasan pedalaman.


Inilah masalahnya GSTT. Mungkin mereka tidak memiliki kelayakan yang diiktiraf oleh kementerian pelajaran. Walaupun sudah bekerja lama dan mempunyai pengalaman tetapi sistem pengajaran mereka tetap berbeza berbanding bagi mereka yang berkelayakan. Apa pun diharap perkara ini dapat dipertimbangkan kerana kekurangan guru terutamanya di kawasan pedalaman masih lagi diperlukan.


harap nasib guru sandaran yang tidak terlatih ini dapat diberikan perhatian agar mereka tidak kehilangan punca pendapatan.


sebaiknya guru sandaran ini diteruskan perkhidmatan mereka. mereka juga sebaik guru2 sebenar.


kalau ikut berita yang saya baca, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran pada masa ini sedang membuat kajian khusus bagi mempertimbangkan supaya GSTT diserap ke jawatan tetap sebagai Guru Terlatih. Sayapun secara peribadi sangat menyokong kalau GSTT diserap ke jawatan tetap. Mereka ini adalah antara individu yang banyak menyumbang kepada proses pendidikan negara. Selain daripada memiliki kelayakan, sebahagian daripada mereka juga mempunyai kesanggupan bertugas di kawasan pedalaman.


Adalah sukar memenuhi kekosongan dalam sektor pengajaran negara sekarang. Kerajaan patut memberi pertimbangan membaharui kontrak GSTT ini.


mengapa GSTT tidak diserap sahaja dalam KPLI/DPLI? kerajaan harus sedar bahawa GSTT turut menyumbang kepada pembangunan negara..ada di kalangan GSTT yang telah berkhidmat melebihi tiga tahun dan wajar sekiranya mereka diserap ke jawatan tetap sebagai guru..


jika dikatakan akan berlaku lebihan tenaga pengajar jika ditambah dengan mereka yang akan tamat pengajian di IPTA dalam jurusan pendidikan, mengapa perlu dikekalkan GSTT, KPLI dan DPLI? kalau tidak mahu berlaku lebihan tenaga pengajar, mansuhkan GSTT, GST, KPLi dan DPLi agar tidak akan berlaku keadaan seperti sekarang yang mana menyusahkan GSTT..


kerajaan haruslah sedar bahawa ramai GSTT yang menjadikan profesion ini sebagai punca pendapatan keluarga..apatah lagi mereka yang telah berkahwin dan mempunyai anak..jika ditamatkan krontrak mereka, di mana mereka akan pergi? bagaimana mereka hendak menyara kehidupan keluarga mereka? kerajaan haruslah bersikap lebih adil kepada GSTT..cari penyelesaian yang adil dan bukannya penyelesaian yang berat kepada 1 pihak sahaja.


Saya memang berharap GSTT ini akan dikekalkan. Tak baik punca pendapatan mereka dirampas begitu sahaja.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails