

Dikatakan lebih 80,000 penduduk Keningau hilang melalui bancian terkini, menjadi tandatanya. Banci penduduk pada sebelum ini menunjukkan penduduk daerah Keningau mencapai 196,000 orang, tetapi bancian terbaru mencatatkan penduduk terkini daerah ini hanya seramai 112,000, iaitu 104,000 penduduk sedia ada dan tambahan penduduk kira-kira 8,000 orang.
Sementara itu, Wakil Rakyat Liawan, Datuk Sairin Hj. Karno, ketika dihubungi, bersetuju supaya pembancian semula diadakan dalam usaha menjejaki seramai lebih 80,000 penduduk yang didakwa tidak dapat dikesan melalui kerja-kerja pembancian yang diadakan baru-baru ini.
“Mereka ini harus dikesan,” katanya.
Sumber: NST
- “Ke mana pergi penduduk ini,” soal kelab Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedalaman (Peribumi). dalam satu kenyataan. “Statistik ini tidak meyakinkan,” jelas kelab tersebut.
- Kelab penyokong dasar-dasar kerajaan itu memberitahu, fakta terbaru yang direkodkan itu tidak boleh diterima, dan menekankan operasi bancian yang dijalankan baru-baru ini yang melibatkan sekurang-kurangnya 90 pekerja kontrak tidak menepati sasaran.
- “Kerja membanci tidak dilakukan dengan telus,” tambah Peribumi dan menambah, masih ramai penduduk yang mendakwa tidak pernah didatangi oleh pekerja pembanci.
- Peribumi mahu supaya bancian semula diadakan dengan menggunapakai pekerja kontrak yang sedia ada, dengan pemantauan dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
- Kerajaan telah membelanjakan wang rakyat yang begitu banyak untuk tujuan terbabit, namun tidak mencapai sasaran kemungkinan terdapat pekerja kontrak tidak menjalankan tugas dengan betul.
“Mereka ini harus dikesan,” katanya.



October 16, 2010 8:47 AM
Banci penduduk pada sebelum ini menunjukkan penduduk daerah Keningau mencapai 196,000 orang, tetapi bancian terbaru mencatatkan penduduk terkini daerah ini hanya seramai 112,000...
perbezaan angka tersebut adalah amat besar sekali. mungkin juga bancian semula boleh dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat...
October 16, 2010 8:49 AM
usaha untuk mendapatkan maklumat atau jumlah yang tepat adalah penting. ini bagi membolehkan perancangan pembangunan dapat dibuat sesuai dengan jumlah penduduk yang ada.
October 16, 2010 9:10 AM
bagaimana 80,000 orang penduduk keningau boleh hilang dalam bancian tersebut? ini msti berlaku ketidaktelusan semasa bancian dilakukan, nampaknya bancian semula perlu dilakukan.
October 16, 2010 10:03 AM
80,000 adalah jumlah yang baik! Siasatan harus dibuat untuk menjejaki mereka.
October 16, 2010 10:04 AM
Semoga mereka dapat dikesan.
October 16, 2010 10:28 AM
Ya, berkemungkinan besar juga petugas2 tidak menjalankan tugas dengan berkesan. Pembancian semula harus dijalankan. Tapi, mungkin juga mereka ini sudah berhijrah ke tempat lain atau rakyat sendiri tidak memberikan maklumat yang betul..
October 16, 2010 10:30 AM
Tindakan sewajarnya harus dijalankan untuk mengesan kawasan mana yang masih belum dijejaki. Mungkin perlu bantuan telekomunikasi, atau media2 tempatan untuk menerima maklumat daripada rakyat.
October 16, 2010 10:30 AM
80 ribu satu jumlah yang besar. bagaimana pekerja pembanci boleh terlepas pandang dengan jumlah penduduk yang begitu besar?
October 16, 2010 10:33 AM
diharapkan bancian kedua dapat berjalan dengan lancar, cekap dan mampu mendapatkan maklumat yang tepat.
October 16, 2010 7:54 PM
statistik bancian ini tidak boleh diterima...apakah penjelasan dari pihak berkenaan berhubung perkara ini?
October 16, 2010 7:56 PM
apakah pembanci tidak melakukan tugas mereka dengan telus? atau ada penjelasan lain yang lebih rasional? perkara ini benar2 mengejutkan ramai pihak..
October 16, 2010 7:57 PM
seharusnya bancian semula harus dilakukan segera..kali ini, pastikan pembanci menjalankan tugas mereka dengan sebaik-baiknya.
October 17, 2010 12:16 PM
sebelum sebarang spekulasi timbul, perkara ni harus disiasat. samada kehilangan 80,000 penduduk tu betul atau tidak....SIASATLAH...apa lagi nak tunggu dan saling menyalahkan sesama sendiri???
October 17, 2010 12:17 PM
betulkah dakwaan pribumi tu? atau sengaja nak mengembar gemburkan isu hangat..
October 17, 2010 12:19 PM
ada kemungkinan jumlah penduduk Sabah yang sebenar juga tidak benar???
October 18, 2010 9:31 AM
Hilang? Bagaimana 80,000 orang boleh hilang? Ke mana mereka pergi pula? Perkara ini amat ganjil, diharapkan penyiasatan dibuat mengenai hal ini.
October 18, 2010 9:32 AM
Ada sesuatu yang tidak mengena mengenai perkara ini.
Post a Comment