

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (foto), untuk mengisi jawatan yang penting termasuk ketua-ketua Jabatan, di Jabatan Kerajaan Perseketuan, Kerajaan terlebih dehulu mengambil kira faktor kelayakan, pengalaman dan kepimpinan pegawai tersebut untuk melaksanakan tugas jawatan yang diisi.Namun buat masa ini, masih belum ada pegawai Sabah yang layak dan sesuai mengisi jawatan berkenaan.
Sumber: NST
- Walau macam mana pun, Kerajaan Persekutuan tidak pernah menyisihkan mana-mana anak negeri Sabah yang berkelayakan untuk berkhidmat dengan Perkhidmatan Persekutuan di negeri Sabah.
- Katanya kerajaan tetap memberi keutamaan pengambilan dan pengisian sesuatu jawatan di kalangan anak negeri Sabah mengikut konteks Borneonisation perkhidmatan awam persekutuan di negeri tersebut.
- “Langkah ini bagi memastikan pegawai yang dilantik mengisi jawatan tersebut benar-benar memahami dan dapat menyampaikan perkhidmatan yang berkesan mengikut keperluan tempatan,” katanya pada sesi soal-jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini kelmarin.
- Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Hiew King Cheu (DAP-Kota Kinabalu) yang ingin tahu jumlah rakyat negeri Sabah yang mengetuai Jabatan Persekutuan di negeri itu.
- Mohamed Nazri berkata sehingga 13 Okt tahun ini, seramai 35 pegawai yang berasal dari Sabah telah menyandang jawatan Ketua Jabatan Persekutuan di negeri itu dalam pelbagai gred.
- Beliau berkata walaupun keutamaan diberi kepada anak negeri Sabah untuk mengisi jawatan tertentu, terdapat beberapa keadaan di mana pegawai dari negeri lain ditawarkan untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.
- Selain itu, katanya pegawai dari Sabah yang berkelayakan turut ditawarkan untuk memegang jawatan dalam perkhidmatan awam di Semenanjung, bahkan di seluruh negara.
- “Contohnya, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan Yang Dipertua Dewan Rakyat kita sendiri iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia,” katanya.



October 21, 2010 9:11 AM
penduduk negeri Sabah wajar diberikan lebih peluang untuk mengetuai Jabatan Persekutuan di negeri ini..
October 21, 2010 9:23 AM
benarkah tiada anak2 Sabah yang layak mengisi jawatan penting dalam jabatan persekutuan? kan ramai yg berkebolehan, mereka harus dberi peluang.
October 21, 2010 9:26 AM
Rakyat Sabah tidak kurang hebat berbanding orang semenanjung. Saya yakin kita mampu mengisi jawatan penting dalam Jabatan persekutuan.
October 21, 2010 9:27 AM
Jangan sekali memandang rendah pada orang Sabah. Orang Sabah patut diberikan peluang rata untuk dilantik jawatan penting.
October 21, 2010 9:50 AM
"masih belum ada pegawai Sabah yang layak dan sesuai mengisi jawatan berkenaan."
tidak perlu buat kenyataan seperti ini. bagaimana Mohamed Nazri boleh tahu tiada anak Sabah yang layak sedangkan belum diberi peluang.
October 21, 2010 9:54 AM
cuba lihat berapa ramai pegawai di jabatan persekutuan yang dipegang oleh anak Sabah. kalau setakat 5 orang dari Sabah dan 1000 orang dari SM, sudah tentulah tidak nampak potensi yang 5 orang ni..
October 21, 2010 1:06 PM
anak Sabah ramai yang berkebolehan..cuma mereka perlu diberikan peluang untuk menunjukkan potensi yang ada pada mereka.
October 21, 2010 3:08 PM
jika tak diberi peluang bagaimana nk tau mereka berkebolehan atau tak.
October 22, 2010 9:24 AM
Anak Sabah sepatutnya diberikan peluang untuk membuktikan kebolehan diri. Mengapa pula kita sering dipandang rendah? Ini amat tidak adil untuk rakyat Sabah.
October 22, 2010 9:25 AM
Belum cuba, belum tahu. Mereka tidak pernah memberi peluang, bagaimana mereka tahu anak Sabah tidak layak?
October 22, 2010 6:37 PM
benarkah belum ada anak jati sabah yang berkelayakan untuk menjawat jawatan penting di jabatan2 persekutuan? kenyataan nazri ini seolah-olah memberikan gambaran bahawa anak negeri sabah tidak berpengetahuan dan berpendidikan sedangkan hakikatnya ramai yang sudah memiliki Phd, master dan ijazah di samping kelayakan2 lain.
October 22, 2010 6:40 PM
kekangan politik, agama dan keturunan tidak seharusnya berlaku. perjanjian 20 perkara harus dipatuhi oleh kerajaan persekutuan..jika tidak, nescaya BN akan tidak relevan lagi bagi sabah..
October 22, 2010 6:42 PM
nazri harus memohon maaf kepada anak negeri sabah di atas kenyataan beliau yang merendah-rendahkan anak negeri sabah..apakah asasnya beliau membuat kenyataan sedemikian? pemimpin seperti inilah yang merosakkan kelangsungan kerajaan BN dan harus ditolak.
October 22, 2010 6:44 PM
pemimpin2 sabah seharusnya tidak mendiamkan diri atas kenyataan nazri ini yang membelakangkan anak negeri sabah..jika benar kerajaan persekutuan menghormati perjanjian 20 perkara, jawatan2 penting dalam jabatan2 persekutuan di sabah harus disandang oleh anak negeri sabah..mereka yang berasal dari negeri lain tidak layak untuk menjawat jawatan2 tersebut atas perjanjian 20 perkara..
October 22, 2010 6:48 PM
adakah berlaku percabulan hak anak negeri sabah? nazri berdolak-dalik dalam kenyataan beliau..jika benar kerajaan persekutuan memberi keutamaan kepada anak negeri sabah bagi mengisi jawatan2 di jabatan2 persekutuan di sabah, mengapa sehingga hari ini rata-ratanya terdiri daripada orang semenanjung? nazri sila jawab berdasarkan fakta.
October 23, 2010 8:53 AM
Betul tu, Saudara Mike, apakah asasnya Datuk ini mengeluarkan kenyataan seperti ini. Memang pun ada lagi kawasan yang masih lemah lagi, tapi ini tidak bermaksud tiada langsung orang yang berkebolehan.
Kita juga ada rakyat yang berpendidikan tinggi, berpengalaman dan berkemampuan. Jangan memandang rendah terhadap orang Sabah.
October 23, 2010 8:55 AM
Kalau tidak mahu orang kita mengisi jawatan dalam jabatan persekutuan, tak apa. Sekurang-kurangnya memberi peluang anak Sabah menduduki jawatan tempatan di Sabah.
October 23, 2010 11:19 PM
aduuii, sedih juga ku baca komen si Nazri ni. huhu
October 23, 2010 11:20 PM
Saya yakin ada yang layak juga ba, cuma peluang utk dapatkan jawatan tu agak kurang.. huhu
October 23, 2010 11:21 PM
Saya harap hal ni dapat ditanggani dan diberi perhatian oleh pihak persekutuan. Sabahan bukannya terlalu meminta cuma mahu diberi peluang saja. hehhee
October 23, 2010 11:24 PM
Walaupun kenyataan si nazri ni agak menyinggung perasaan sabahan tetapi saya harap perkara ni takkan membuatkan kita putus asa. Saya yakin, asalkan kita terus berjuang pasti dapat peluang juga tu nanti.
October 23, 2010 11:24 PM
Masa tu la kita buktikan pada ramai, betapa hebatnya Sabahan.. hehhee
October 25, 2010 12:13 AM
1. SABAH SUDAH MERDEKA 47 TAHUN MELALUI GAGASAN MALAYSIA.JIKA DIUMPAMAKAN SEBAGAI SEORANG PEJAWAT AWAM MEMANG BUKAN SAHAJA SUDAH DEWASA TAPI TELAH MATANG DAN BANYAK PENGALAMAN.POKOKNYYA BERILAH PELUANG.BELUM CUBA BELUM TAHU KEBIJAKSAAN MEREKA.ELAKAN PERSEPSI YANG NEGATIF SAMADA BOLEH ATAU TIDAK.PASTI BOLEH DAN SAYA YAKIN MEREKA BERKEMAMPUAN MENUNJUKKAN PRESTASI KERJA YANG LEBIH BERKUALITI DAN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT YANG LEBIH CEPAT,TEPAT DAN BERKUALITI KERANA MEREKA MEMAHAMI SOSIOBUDAYA DI NEGERI MEREKA.
2.POKOKNYA KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN TANPA PILIH KASIH SERTA ANDAIAN MAHU PUN PRASANKA YANG BUKAN-BUKAN YANG TIDAK MEMBAWA KEPADA KEMAJUAN.
October 25, 2010 9:14 AM
Marilah kita berusaha lagi untuk meningkatkan kualiti orang kita dan membuktikan kepada mereka.
Post a Comment