Seorang bayi perempuan yang baru berusia empat hari mati dipercayai akibat diserang seekor kera liar ketika ditinggalkan bersendirian di ruang tamu kediaman datuknya di Taman Happy, Rasah, di sini kelmarin.Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Ishak Muhamad, berkata siasatan awal mendapati kera terbabit mahu mendekati kera betina yang dibela dalam sangkar di luar rumah keluarga mangsa.
Sumber: BHM,Cyber News
- Menurut Ishak Kera tersebut memasuki rumah dipercayai kerana mahu mencari makanan dan ternampak mangsa di ruang tamu, sebelum membawanya keluar untuk dibawa ke belukar berhampiran.
- Beliau mengesahkan anggotanya berjaya menembak kera tersebut dalam operasi khas memburu haiwan itu di belukar berhampiran rumah mangsa.
- Datuk mangsa, Encik A. Valayutham, 70 tahun, berkata ketika kejadian beliau menjaga cucunya itu kerana ibu mangsa, Cik V. Revathy, 26 tahun, berada di bilik air dan isterinya pula memasak di dapur.
- 'Saya meletakkan cucu saya sebentar di ruang tamu kerana mahu mengambil minuman di dapur. Bagaimanapun, ketika saya di dapur tiba-tiba Revathy menjerit memberitahu bahawa anaknya tiada di ruang tamu,' katanya.
- Sebaik sahaja mendapati bayi itu hilang, mereka bertiga berusaha mencarinya di seluruh bahagian rumah, namun gagal.
- 'Saya kemudian bergegas keluar dari rumah dan melihat tubuh cucu saya dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan gigitan di leher dan kepala terbaring di tepi sebatang pokok bunga.
- 'Pada masa yang sama, saya ternampak beberapa ekor kera berlari ke arah belukar yang terletak bersebelahan dengan rumah saya,' ujarnya.
- Beliau segera membawa bayi berkenaan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, sebelum disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah.
- Dalam pada itu, bapa mangsa yang merupakan seorang pemandu lori, Encik V. Neru, 29 tahun, berkata, ketika kejadian beliau tiada di rumah kerana keluar bekerja.
- 'Saya terkejut selepas isteri menelefon dan memberitahu bahawa anak kami dimasukkan ke hospital kerana digigit kera. Apabila tiba di hospital saya berasa amat sedih apabila isteri memberitahu bahawa anak saya sudah tiada,' katanya sebak.
- Isterinya melahirkan anak pertama mereka itu pada Ahad lalu dan mereka masih belum mendaftarkan kelahirannya.
- 'Bayi ini merupakan anak pertama kami selepas hampir setahun berkahwin. Saya sedih kerana belum sempat kami memberinya nama, dia sudah meninggal dunia,' ujarnya.



October 11, 2010 9:56 AM
sungguh malang nasib bayi dan keluarga tersebut. harap mereka dpt menerima hakikat ini dgn tabah.
October 11, 2010 10:03 AM
My condolence to the victim's family.
October 11, 2010 10:06 AM
This is a lesson to all parents and guardian. Make sure never to leave the baby alone.
October 11, 2010 10:12 AM
pekara ini memang menyedihkan. semoga keluarga berkenaan bersabar menghadapi kejadian ini.
October 11, 2010 10:50 AM
Bayi tersebut tidak sepatutnya ditinggalkan bersendirirn terutamanya diruang tamu.
October 11, 2010 10:59 AM
Banyak perkara yang boleh berlaku dengan sekelip mata oleh itu kenalah sentiasa berhati-hati dalam apa saja yang dilakukan. Ini boleh dijadikan sebagai pengajaran agar perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku.
October 11, 2010 11:44 AM
takziah kepada keluarga mangsa.. sebagai pengajaran, kita perlu sentiasa berhati2 walaupun berada di tempat yang selamat.
October 11, 2010 12:01 PM
Memang perkara yang menyedihkan. Takziah diucapkan kepada mangsa keluarga.
October 11, 2010 12:03 PM
Apakah punca sebenarnya yang menyebabkan kera ini menceroboh rumah keluarga ini?
October 11, 2010 1:33 PM
Jadikan ini sebagai pengajaran. Jangan tinggalkan bayi seorang diri dan jangan padang remeh temeh terhadap monyet/ kera/ beruk.
October 11, 2010 1:40 PM
Harap pihak berkuasa dapat membantu mereka dengan menyelesaikan masalah kera ini.
October 12, 2010 10:48 AM
Saudara/Saudari POP, kera itu telahpun ditembak mati, apa lagi yang boleh dibuat? Yang penting adalah sentiasa memerhatikan anak sendiri dan tidak meninggalkan mereka seorang diri.
Post a Comment