
GAMBAR dari udara yang dirakamkan semalam menunjukkan sebuah kampung musnah akibat tsunami di Pulau Pagai, Kepulauan Mentawai.
Selain dari bencana letusan gunung Merapi, Indonesia juga terpaksa berhadapan dengan Tsunami yang berpunca dari gempa bumi bawah laut yang kuat pada Isnin lalu di Kepulauan Mentawai dengan kekuatan 7.7 pada skala Richter.Menurut lapuran angka kematian akibat tsunami yang melanda Kepulauan Mentawai dekat Pulau Sumatera meningkat kepada 282 orang manakala 411 lagi masih hilang, kata pihak berkuasa baru-baru ini.
Pihak berkuasa menyatakan beberapa bekalan seperti makanan, selimut dan khemah telah dihantar ke kawasan bencana.- Bagaimanapun, air minuman bersih masih sukar untuk diperoleh dan risiko untuk mendapat penyakit kian tinggi.
- Beberapa buah helikopter yang menghantar bekalan kecemasan mendarat di Kepulauan Mentawai semalam.
- Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono memendekkan lawatan ke Vietnam ekoran bencana tsunami dan Gunung Merapi di Pulau Jawa.
- Tinjauan udara yang dibuat di Kepulauan Mentawai yang dilanda tsunami setinggi tiga meter menunjukkan beberapa kawasan ditenggelami air.
- Menurut sumber beberapa pelancong Australia turut terperangkap dalam bencana itu.
- Sebuah bot pelancong dibadai dengan satu tembok air dan mangsa-mangsa yang menaikinya dibawa arus ke dalam hutan tetapi mereka selamat.
- Satu lagi kumpulan sembilan peluncur ombak ditemui hidup selepas dilaporkan hilang.
Di Pulau Pagai Utara, sebuah resort dan hampir 200 buah rumah musnah akibat tsunami.



October 29, 2010 8:53 AM
bencana tsunami dan letusan gunung merapi yang melanda indonesia ini telah mengorbankan banyak nyawa. inilah kesan bencana alam.
October 29, 2010 9:00 AM
takziah kepada keluarga mangsa. semoga mereka bersabar menghadapi dugaan ini..
October 29, 2010 9:02 AM
harap mangsa yang masih hidup mendapat bantuan yang sewajarnya dan mangsa yang masih hilang akan ditemui.
October 29, 2010 9:18 AM
tidak adakah teknologi yang berkesan untuk mengesan bencana alam? untuk mengalang memang mustahil, tapi sekurang2nya dapat mengelakkannya
October 29, 2010 9:33 AM
Harap mereka ini akan mendapat bantuan dari semua negara.
October 29, 2010 9:47 AM
Takziah diucapkan kepada mangsa yang terkorban. Semoga penduduk yang lain akan tabah menghadapi cabaran bencana ini.
October 29, 2010 9:49 AM
Juga diharapkan mangsa yang masih hilang boleh ditemui.
November 3, 2010 11:47 AM
Kita yang berada di malaysia bersyukurlah, kerana jauh dari pelbagai bencana alam. Walaupun begitu, kita jangan leka dan lupa untuk memberi sumbangan demi untuk meringgankan beban mangsa2 yang terbabit. Ingat la berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Post a Comment