SUARA BEBAS TUARAN

Buku Tulisan Kim Quek Bertujuan Benci Perlembagaan ?

Buku "The March to Putrajaya - Malaysia New Era Is At Hand" sebuah buku tulisan Kim Quek (foto) yang mengandungi 361 muka surat dikatakan memutar belit banyak perkara dan berbaur hasutan.
Justru itu Kementerian Dalam Negeri telah mengenakan perintah larangan terhadap buku tersebut kerana dikatakan boleh menghasut pembaca untuk membenci Perlembagaan.
  • Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Mahmood Adam berkata buku bertajuk 'The March to Putrajaya-Malaysia's New Era Is At Hand' tidak sesuai untuk bacaan umum.
  • "Bahan penerbitan itu dikenakan Perintah Larangan kerana isi kandungannya mempunyai unsur-unsur tohmahan dan spekulasi serta tuduhan-tuduhan tidak berasas terhadap pemimpin negara serta boleh menimbulkan kebencian dan kemarahan masyarakat.
  • "Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam dan kepentingan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
Mahmood (foto) berkata mereka yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan dilarang, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber: BERNAMA
5 comments:

Adakah buku ini telah dikaji sebaik mungkin sebelum ia diharamkan?


jika benar buku tersebut mempunyai unsur2 hasutan dan boleh menimbulkan perkara tidak baik, ia perlu disekat.


jika benar buku tersebut dikatakan boleh menghasut pembaca untuk membenci Perlembagaan, maka memang wajarlah perintah larangan dikenakan.


lebih baik jika kerajaan dapat memperbaiki kelemahan2 yang telah menjadi bahan kritikan penulis daripada terus mengenakan perintah larangan..


Diharapkan keputusan ini adalah yang terbaik.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails