SUARA BEBAS TUARAN

Gunung Merapi Meletus, Pelajar Malaysia Selamat

Letusan Gunung Merapi dapat dilihat dengan jelas dari Kampung Kali Tengah berhampiran Yogyakarta. Ribuan penduduk sekitar dipindahkan bagi menjamin keselamatan merkea berikutan letusan gunung tersebut merupakan antara yang terkuat sejak bebepara tahun.
JAKARTA, Indonesia - Gunung Merapi akhirnya meletus Selasa pada pukul 5.02 petang waktu tempatan dengan menghembus abu vulkanik setinggi 1,500 meter dan menurunkan hujan debu.
Sebelum itu, 34 pelajar Malaysia di sebuah pesantren atau institusi agama di Secang, Magelang dipindahkan ke tempat yang lebih selamat di Solo kelmarin.
  • Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata setelah berada di Solo dan dipastikan keselamatan mereka, para pelajar terbabit bersama sekumpulan pelajar kedoktoran dari Universiti Negeri Surakarta (UNS) 11 Maret kemudiannya akan menyumbang khidmat sebagai sukarelawan membantu mangsa-mangsa bencana itu nanti.
  • Dr Junaidy berkata pelajar-pelajar Malaysia di Yogyakarta turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kesan bencana letusan Gunung Merapi itu serta untuk menjadi sukarelawan.
Dilapurkan, ribuan penduduk di kawasan radius 10 kilometer dari kaki gunung itu telah dipindahkan pihak berkuasa tempatan ke kawasan selamat. Setakat ini belum ada maklumat mengenai korban jiwa akibat bencana ini.
  • Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana, Badan Geologi, Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral, Surono yang dihubungi Bernama melalui telefon berkata sejak letusan pertama hingga sekarang, letusan masih berlaku namun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana keadaan cuaca gelap.
  • Dalam siaran langsung televisyen kelihatan hujan abu yang pekat menyiram kawasan pusat pemindahan penduduk di Desa Hargobinangun, di daerah Sleman, Yogyakarta, yang berjarak 15 kilometer dari kaki gunung berapi teraktif di dunia itu.
Sumber: mStar
10 comments:

syukurlah jika pelajar Malaysia selamat dalam kejadian tersebut, langkah berjaga jaga harus sentiasa diambil.


Nasib baik semua selamat.


pelajar Malaysia berada dalam keadaan selamat....langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi bagi menghadapi kesan bencana letusan Gunung berapi tersebut.


diharap letusan ini tidak memberikan kesan buruk kepada penduduk di sana...


Nasib baik mereka selamat!


Syukur la kalau terselamat.. Harap langkah berjaga-jaga dapat diambil.


Ya jieah. Susah mahu elak kalau bencana alam ba. huhu


Satu per satu bencana alam menimpa Indonesia. Diharapkan penduduk tempatan di sana juga selamat.


tidak ada manusia yang mampu menghalang bencana alam, mengelak adalah jalan terbaik. berhati2 lah terutamanya penduduk yang berada dikawasan yang berisiko dilanda bencana.


Baik sentiasa berwaspada.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails