
Menurut laporan tahunan 2009 Bank Negara Malaysia (BNM), hutang isi rumah dilaporkan meningkat kepada 76.6 peratus bagi tahun ini iaitu yang tertinggi di Asia daripada 63.9 peratus KDNK pada 2008.
"Nisbah Pinjaman-kepada-nilai (LTV) perlu dikurangkan untuk menangani kenaikan ini," kata Felo Penyelidik Kanan bank Negara, Dr. Foong Kee-Kuan.
Dalam masa yang sama, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) merasa bimbang dengan peningkatan paras hutang isi rumah yang berjumlah 77 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas.
Memetik laporan Petunjuk Perbankan dan Monetari bank pusat itu, MIER menjelaskan, pinjaman isi rumah pada April, Mei, Jun, Julai dan Ogos tahun ini masing-masing berada pada 10 peratus, 11.7 peratus, 12.5 peratus, 11.9 peratus dan 11.8 peratus.
Sumber: Kosmo
"Nisbah Pinjaman-kepada-nilai (LTV) perlu dikurangkan untuk menangani kenaikan ini," kata Felo Penyelidik Kanan bank Negara, Dr. Foong Kee-Kuan.
- "Di masa depan, sepatutnya terdapat lebih banyak pinjaman perniagaan berbanding pinjaman isi rumah. Lebih banyak pinjaman perniagaan akan menyumbang kepada pertumbuhan kita," katanya semasa taklimat media mengenai laporan Prospek Ekonomi Malaysia yang dikeluarkan di sini semalam.
Dalam masa yang sama, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) merasa bimbang dengan peningkatan paras hutang isi rumah yang berjumlah 77 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas.Memetik laporan Petunjuk Perbankan dan Monetari bank pusat itu, MIER menjelaskan, pinjaman isi rumah pada April, Mei, Jun, Julai dan Ogos tahun ini masing-masing berada pada 10 peratus, 11.7 peratus, 12.5 peratus, 11.9 peratus dan 11.8 peratus.




October 21, 2010 9:06 AM
pekara ini perlu dikawal agar tidak menjadi lebih teruk lagi. isi rumah juga perlu mengamalkan perbelanjaan berhemah dan perlu mengelakkan daripada terlibat dengan hutang yang banyak.
October 21, 2010 9:27 AM
lebih baik membuat pinjaman untuk membuat perniagaan, ia dpt menjana ekonomi kita.
October 21, 2010 9:33 AM
Adakah ini bermakna rakyat yang membeli rumah sudah meningkat?
October 21, 2010 9:35 AM
Mungkin Bank Negara boleh menjadikan faedah lebih menarik supaya menggalakkan peniaga membuat pinjaman.
October 21, 2010 9:37 AM
antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kadar hutang isi rumah adalah pendapatan isi rumah yang tidak mencukupi, terdorong dengan gaya hidup mewah dan kelemahan pengurusan kredit..
October 21, 2010 9:39 AM
memang tidak dinafikan kenaikan kos sara hidup masa kini akan memberikan kesan kepada perbelanjaan harian seluruh isi rumah. nampaknya, konsep perbelanjaan berhemah kena di hemahkan lagi..
October 21, 2010 1:08 PM
isi rumah perlu lebih bijak mengurus kewangan agar tidak terbeban oleh hutang yang banyak.
October 22, 2010 9:27 AM
Diharapkan polisi gaji minimum yang diluluskan ini boleh membantu rakyat meningkatkan pendapatan isi rumah supaya dapat melangsaikan hutang secepat mungkin.
October 22, 2010 9:29 AM
Diharapkan polisi gaji minimum yang diluluskan ini boleh membantu rakyat meningkatkan pendapatan isi rumah supaya dapat melangsaikan hutang secepat mungkin.
October 23, 2010 11:35 PM
Rasanya hal ni berlaku sebab pendapatan isi rumah yang kurang mencukupi. Jadi ada baikknya hal ni diberi perhatian dan cari jalan utk atasi perkara ni.
October 23, 2010 11:35 PM
Kalau gaji minimum ditetapkan mesti best kan:P hehhee
October 23, 2010 11:37 PM
Tapi cara terbaik utk tanggani hal ni ialah isi rumah haruslah berhemah dalam perbelanjaan mereka. Memanglah susah, tapi jika kita mampu membezakan antara keinginan dan keperluan, pasti perbelanjaan isi rumah lebih terurus :)
October 23, 2010 11:38 PM
Setuju Jonny. Manalah tau kan gaji minimum dapat selesaikan hal ni:P hehe
October 23, 2010 11:40 PM
Semoga keadaan ni dapat ditanggani dengan baik bagi memastikan ekonomi negara kekal kukuh :)
October 25, 2010 9:13 AM
Apa-apa pun, semoga semuanya berjalan lancar.
Post a Comment