SUARA BEBAS TUARAN

Isniah Terpaksa Menunggu selama 60 Tahun Untuk Mendapat Sijil Lahir

Labels:
Faktor kemiskinan dan jarak yang jauh diantara kawasan kampung dan bandar penyebabkan utama Isniah Dahlan tidak memiliki sijil lahir sehingga lah umor beliau mencecah 60 tahun.
Ibu kepada empat anak itu yang menetap di Kampung Tenaga Baru, di sini terpaksa bergantung dengan resit sijil lahir sementara ketika melakukan urusan rasmi bertahun lamanya.
  • Isniah ketika ditemui berkata, beliau menggunakan resit sijil lahir sementara itu sejak 2008 yang diperolehi melalui program pendaftaran bergerak yang dijalankan di Kampung Karamuak, di daerah Tongod.
  • Sejak itu, katanya, beliau hanya dapat membuat pembaharuan resit setiap kali program pendaftaran bergerak diadakan dan terbaru beliau membuat permohonan semula pada Mei lepas.
  • “Kami sekeluarga hanya bergantung kepada hasil pertanian dan sudah tentu tidak mampu keluar ke bandar untuk berurusan.
  • “Tambahan lagi, jarak yang jauh antara kampung dan bandar menyukarkan kami untuk melakukan urusan rasmi.
  • “Ketiadaan dokumen pengenalan diri amat menyukarkan saya untuk berurusan terutama dengan pihak kerajaan.
  • “Selain itu, saya terpaksa membayar kos yang tinggi setiap kali mendapatkan rawatan perubatan di hospital kerajaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan di Dewan Serbaguna Kampung Karamuak, di daerah Tongod, kelmarin.
Isniah memberitahu, kedua-dua ibubapanya yang turut lewat mendaftar sijil kelahiran serta faktor kemiskinan menghalang beliau untuk memiliki sijil kelahiran.
Sumber: NST
7 comments:

Program pendaftaran bergerak perlu diteruskan bagi membantu mereka yang mempunyai masalah seperti Isniah.


Inilah salah satu sebabnya mengapa ada segelompak rakyat yang belum mendapatkan MyKad ataupun sijil lahir. Disebabkan mereka tinggal jauh dari bandar ini menyukarkan mereka memohon ataupun membaharui MyKad mereka.


Diharapkan kerajaan akan membuat sesuatu untuk menolong mereka yang miskin dan tinggal jauh untuk mendapatkan sijil lahir mereka.


masalah seperti ini mmg byk berlaku terutamanya di kawasan pedalaman. kawasan yang jauh dari bandar menyukarkan untuk mereka datang ke bandar untuk menguruskan sijil lahir mereka. kerajaan harus mengambil alternatif untuk menyelesaikan hal seperti ini.


jika faktor kemiskinan dan jarak menjadi punca, pasti ramai lagi penduduk Sabah yang berhadapan dengan nasib/masalah yang sama. kerajaan wajar mengambil berat masalah ini dan cari langkah2 penyelesaian yang tidak membebankan mereka.


Kes sapertimana yang di hadapi oleh penduduk Sabah, hampir-hampir tidak berlaku di Semenanjung, kenapa? Justru itu, kita selalu mendengar suara-suara sumbang dari Negri DiBawah Bayu ini mempamirkan bahawa mereka saperti dianak tirikan dalam pelbagai hal.

Dalam kontek ini, siapa kah yang di pertanggung jawab kan? Individu yang bermasaalah ? Kerajaan Perseketuan? Kerajaan Negeri ? Atau Pemimpin yang di amanatkan oleh rakyat untuk menyuarakan masaalah mereka ( Dalam kes ini YB2 parti komponen BN)?

Fenomena yang di hadapi oleh Isiah dan lain-lain lagi dalam kes tiada surat lahir, MyKad dan pendaftaran sebagai pengundi ini , ada lah realiti ngeri yang maseh ujud di Sabah atau pun di Sarawak.

Nampak nya, kalau sesuatu tidak di lakukan oleh kerajaan BN dalam kadar yang segera, saya pasti isu ini akan di main dan di perbesarkan oleh parti pembangkang. Terutama sekali parti komponen PR; yangmana mereka nampak nya beria-ia sangat untuk mengambil alih tampok kerajaan malaysia.


Sebenarnya ada banyak faktor yang lain mengapa ada segelintir rakyat yang tidak mempunyai sijil lahir. Mungkin mereka ini bukan berasal di Sabah, mungkin mereka adalah yang tidak mempunyai kewarganegaraan dan juga lain-lain faktor seperti tinggal terlalu jauh dari bandar ataupun tidak mengetahui kepentingan memohon sijil lahir.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails