SUARA BEBAS TUARAN

JPNS Terima Lesen PUKONSA Tahun Hadapan

Yang kita tahu, selama ini hanya lesen 'F' 'PKK' sahaja yang di beri mandat untuk mendapat tawaran 'sebut harga' yang di peruntukan oleh kerajaan Perseketuan di Sabah ini.
Namun kini, di lapurkan bahawa anak tempatan yang mempunyai lesen 'F ' 'PUKONSA' (lesen tajaan Kerajaan Negeri sabah) juga akan mendapat peluang yang sama mulai tahun depan. Kenyataan ini telah dikeluarkan Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri, (JPNS) Haji Matusin Sunsang baru-baru ini.
  • Laporan itu memetik, Haji Matusin sebagai berkata bahawa sejumlah RM500 juta telah pun diperuntukkan dalam Bajet 2011 untuk diagehkan berkuatkuasa tahun hadapan khusus kepada projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan projek Pembinaan Infrastruktur Asas (PIAS).
  • Seorang Usahawan dan Kontraktor Bumiputra Tukimin Haji Tumin @ Ayah Min 59, langkah kerajaan memberi peluang kepada pemegang lesen Pukonsa amat ditunggu- tunggu selain memberi peluang kepada mereka menikmati kontrak melalui tender kerana sebelum ini mereka merungut kerana seolah-olah telah tersisih.
  • Ditanya berhubung garis panduan pihak SDO dalam menerima pendaftaran lesen Pukonsa dan PKK supaya tidak bertindih ketika membuat bidaan dalam sesuatu projek Tukimin berkata,
  • “Kita tidak risau sangat apa juga peraturan yang perlu diketatkan oleh pihak berkenaan tetapi yang lebih penting ketelusan dan kesaksamaan terhadap semua pemegang lesen agar mendapat peluang sama rata. Itu tugas Penjawat Awam untuk mencari kaedah terbaik bagi menepis tanggapan negatif dan keraguan awam terhadap prosedur kerajaan,” jelas beliau.
Sumber: SabahKini
6 comments:

Ya, sepatutnya anak tempatan diberikan peluang dahulu mendapatkan projek. Hanya bila tiada syarikat tempatan yang layak barulah kerajaan boleh memberikan kontrak itu kepada orang semenanjung.


Diharapkan kerajaan Sabah akan didahulukan dalam pemberian projek secara terbuka.


mungkin ini langkah yang baik dan wajar dilakukan oleh kerajaan. semoga kontraktor tempatan akan menjadi bertambah maju dan semakin berdaya saing.


dgn ini kontraktor tempatan boleh berkembang dan maju.


Saya harap pengarah JPNS akan bersikap tegas dalam meluluskan suatu projek kepada anak bumi Sabah sebagai pilihan pertama. Ini adalah suara rakyat.


Pemberian kontrak secara terbuka perlu dilakukan dan membenarkan syarikat tempatan bertanding dahulu.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails