

Datuk Seri Najib berkata, kegemilangan sesebuah parti yang memerintah, membawa banyak perubahan dan membela untung nasib rakyat bukanlah satu jaminan untuk parti itu terus berkuasa.
Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, strategi seperti ‘politik pembangunan’ tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.
“Saya kira mengapa orang menolak parti yang banyak berjasa dulu kerana parti itu tidak berubah. Parti itu dilihat sebagai kaku dan tidak dinamik. Mereka tidak berubah mengikut masa.
“Bukan saja kita perlu Model Ekonomi Baru, kita mungkin perlu Model Politik Baru,” katanya berucap pada majlis pelancaran Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana baru-baru ini.
Sumber: Bernama
Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, strategi seperti ‘politik pembangunan’ tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.
“Saya kira mengapa orang menolak parti yang banyak berjasa dulu kerana parti itu tidak berubah. Parti itu dilihat sebagai kaku dan tidak dinamik. Mereka tidak berubah mengikut masa.
“Bukan saja kita perlu Model Ekonomi Baru, kita mungkin perlu Model Politik Baru,” katanya berucap pada majlis pelancaran Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana baru-baru ini.
Justru itu, Najib Razak mengusulkan kemungkinan diwujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan UMNO sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.- Namun, katanya, Model Politik Baru ini tidak akan mengubah matlamat perjuangan UMNO, sebaliknya perubahan yang dilakukan hanya dari segi kaedah, tetapi objektif adalah sama dan akan terus dipertahankan.
- “Tetapi sebaliknya jika kita berubah dan kita dilihat sebagai parti yang dinamik dan segar, insya-Allah sokongan rakyat pada kita akan berterusan pada masa akan datang,” katanya.
- “Takrifkan semula perjalanan ke arah mencapai matlamat kita sebab persekitaran sudah berubah. Persekitaran yang berubah ini bermakna strategi kita juga disesuaikan dengan konteks yang baru ini.
- “Orang kata persekitaran baru metodologi lama (walhal) yang sepatutnya persekitaran baru metodologi baru. Barulah UMNO dilihat sebagai parti yang dinamik,” kata Perdana Menteri.
Beliau memberi jaminan bahawa, walaupun perubahan berlaku, matlamat dan semangat perjuangan UMNO sejak dulu tetap kekal dan pimpinan hari ini akan terus memperjuangkan apa diasaskan pemimpin terdahulu.- Najib berkata, pada masa sama, keseimbangan perlu ada dalam memerintah sesebuah negara.
- “Takkanlah (kumpulan) majoriti dalam satu negara (memiliki) jumlah kekayaan yang kecil (dan) tidak seimbang dengan (kedudukannya sebagai) majoriti. Itu bukan asas kestabilan jangka panjang,” katanya.



October 22, 2010 9:19 AM
Memang sebuah parti kenalah sentiasa berubah mengikut masa. Apa yang boleh guna masa dulu tidak semestinya sesuai digunakan sekarang.
October 22, 2010 9:21 AM
Diharapkan kerajaan akan berubah mengikuti masa dan sentiasa memperbaiki diri untuk kekal relevan.
October 22, 2010 9:44 AM
sememangnya kegemilangan sesebuah parti bukan jaminan untuk terus berkuasa. UMNO perlu menggunakan pendekatan-pendekatan baru yang lebih relevan dan pada masa yang sama mengekalkan matlamat perjuangan.
October 22, 2010 10:51 AM
jika jentera tidak aktif atau tidak mahu aktif, jentera itu patut ditukar kepada yang baru. kita tidak akan nampak perubahan selagi cadangan perubahan tidak diterjemahkan dalam bentuk tindakan.
October 22, 2010 11:20 AM
sesebuah parti haruslah mngikut perkembangan semasa, tranformasi perlu ada kerana rakyat inginkan perkara baru.
October 22, 2010 12:02 PM
UMNO perlu berusaha untuk mendekati rakyat dengan pendekatan yang lebih berkesan. pemimpin-pemimpin UMNO juga perlu bertindak lebih cepat untuk menyelesaikan setiap isu atau permasalahan yang dihadapai oleh rakyat.
October 22, 2010 3:29 PM
Ini cuma pandangan saja, saya yakin kegemilangan sesebuah parti yang memerintah, membawa banyak perubahan dan membela untung nasib rakyat tetapi ia bukanlah satu jaminan untuk parti itu terus berkuasa. Untuk membuat perubahan kenalah pastikan perlaksanaan telah tercapai sepenuhnya.
October 22, 2010 3:37 PM
Perubahan-perubahan yang telah dibuat oleh kerajaan sebalum ini akan memberikan rakyat mula berfikir akan kebaikkan dan keburukannya.
October 22, 2010 3:52 PM
"Kegemilangan Sesebuah Parti Bukan Jaminan Untuk Terus Berkuasa?"
Tahu pun.
October 23, 2010 9:05 AM
Tidak kira apa jua parti, diharapkan mereka semua akan berusaha untuk mendapatkan keyakinan rakyat.
Post a Comment