
HAZMAIN memangku Siti Norafida sambil diperhatikan oleh Siti Faezah di bawah jambatan yang menjadi rumah mereka di Lebuh Raya Besraya, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) di sini pasti tidak menyangka sebuah kolong di bawah jambatan yang mereka lalui di situ rupa-rupanya menjadi rumah kepada satu keluarga tiga beranak termasuk bayi mereka yang berusia setahun.

MELEHENG sibuk menjemur pakaian di atas besi penghadang jambatan yang menjadi kediamannya dan keluarga sejak 10 tahun lalu di Tanjung Lipat Likas, Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU - Manakala di Sabah dalam suasana yang hampir-hampir sama, telah menimpah keluarga Meleheng Manabba, 38 . Beliau juga telah berumah di bawah jambatan yang menghubungkan Likas dengan bandar raya Kota Kinabalu berhampiran Tanjung Lipat.
Beliau menatap di situ bersama 8 anak yang dilahir dan dibesarkan di bawah jambatan. tersebut.
Sumber: Kosmo, Pancaroba

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) di sini pasti tidak menyangka sebuah kolong di bawah jambatan yang mereka lalui di situ rupa-rupanya menjadi rumah kepada satu keluarga tiga beranak termasuk bayi mereka yang berusia setahun.
- Bersama mereka ialah dua lelaki hidup yang turut merempat, Mohd. Hafiz Abdul Aziz, 30, dari Sepang dan Tan Chee Wah, 44, dari Serdang, Selangor.
- Ketua keluarga itu, Hazmain Abdul Jalil, 28, membawa isterinya, Siti Faezah Abu Bakar, 27, dan anak perempuan mereka, Siti Norafida ke bawah jambatan itu sejak empat bulan lalu selepas dihalau dari sebuah rumah kosong yang sebelum itu menjadi tempat mereka berlindung.
- Kawasan yang menjadi 'rumah' mereka itu tidak berdinding hanya dilapik dengan kayu sementara untuk mendapatkan bekalan air, mereka terpaksa mencuri air dari paip berdekatan.

MELEHENG sibuk menjemur pakaian di atas besi penghadang jambatan yang menjadi kediamannya dan keluarga sejak 10 tahun lalu di Tanjung Lipat Likas, Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU - Manakala di Sabah dalam suasana yang hampir-hampir sama, telah menimpah keluarga Meleheng Manabba, 38 . Beliau juga telah berumah di bawah jambatan yang menghubungkan Likas dengan bandar raya Kota Kinabalu berhampiran Tanjung Lipat.Beliau menatap di situ bersama 8 anak yang dilahir dan dibesarkan di bawah jambatan. tersebut.
- Dilapurkan bahawa beliau merasa bahagia dan tidak pernah menyesal berumah di bawah jambatan sejak 10 tahun lalu.
- Mendakwa berbangsa Pala'u, iaitu etnik yang menetap secara nomad dalam perahu, beliau mempunyai lima anak lelaki dan tiga perempuan. Anak sulungnya lahir pada 2001 manakala yang bongsu berusia empat bulan.
- kata beliau, pada peringkat awal menetap di bawah jambatan itu, beliau mengakui tidak tahan dengan deruan kenderaan melintasi jambatan tetapi lama-kelamaan dapat menyesuaikan diri.



October 24, 2010 7:17 PM
Salam..
Minta tuan linkkan blog tuan ke dalam blog saya bagi menambah bilangan pembaca di Sabah.
Terima kasih.
October 25, 2010 9:10 AM
Mengapa tidak berusaha mencari pekerjaan dan memberi kehidupan yang lebih baik kepada keluarga? Jika sanggup bekerja, pasti ada tempat yang mahu mengaji mereka.
October 25, 2010 9:11 AM
apa agaknya persepsi orang luar jika mereka menyaksikan kedaifan hidup seperti ini? kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini lebih2 lagi ia amat berisiko..
October 25, 2010 9:13 AM
sungguh kasihan keluarga ini..selama ini mungkin kita tidak sedar di bawah jambatan yang sering dilalui rupanya menjadi rumah kepada keluarga ini.
October 25, 2010 9:14 AM
saya harap masalah ini telahpun ditangani dengan baik dan elakkan ianya berulang.
October 25, 2010 9:14 AM
harap pihak yang berwajib boleh melakukan sesuatu untuk membantu keluarga ini. mereka pasti memerlukan kehidupan yang lebih baik dan selesa.
October 25, 2010 9:53 AM
sungguh kasihan nasib mereka, harap bantuan diberikan terhadap mereka.
October 25, 2010 3:38 PM
Sungguh tidak menyangka, masih ada masyarakat yang tinggal begitu..apatah lagi di tengah2 kota pulak tu
October 25, 2010 3:40 PM
Tapi saya rasa jika mengambil berbagai macam kerja juga cukup untuk membayar sewa rumah.. berusahalah sendiri juga, jangan hanya mengharapkan bantuan..
October 25, 2010 5:21 PM
rupa-rupanya masih ada yang terpaksa hidup sedemikian rupa di negara kita.
October 25, 2010 5:22 PM
apa pun, diharap mereka yang tidak bernasib baik seperti mereka ini akan diberi perhatian yang sewajarnya dari pihak berkaitan.
October 26, 2010 1:26 AM
huhu.. sedihnya:(
October 26, 2010 1:28 AM
Hal ni sepatutnya tak berlaku di kala negara sedang menikmati arus pembangunan. huhu
October 26, 2010 1:28 AM
Entah siapa yang harus dipersalahkan.. Saya harap hal ni dapat perhatian sewajarnya.
October 26, 2010 1:30 AM
Lakukanlah sesuatu sebelum orang luar beranggapan yang bukan2 terhadap lantaran keadaan menyedihkan yang mereka nampak.
October 26, 2010 1:31 AM
Minggu lepas saya baru lalu jambatan tu, tapi mcm tak nampak pula orang tinggal di sana.. hhmmm
Harap2 hal ni dah diselesaikan.
October 26, 2010 8:48 AM
Sepatutnya mereka berdaya meningkatkan kualiti hidup sendiri, pekerjaan bukannya tiada, bukan juga mereka cacat angota badan?
Apa faktor yang menyebabkan mereka mahu hidup merempat?
October 26, 2010 8:50 AM
Kecuali ada alasan yang baik mengapa mereka tidak mampu berusaha, tidak mustahil mereka tidak dapat mencari kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri tanpa bantuan orang lain.
Tiada apa-apa yang mustahil dalam dunia ini. Selagi sanggup berusaha, pasti ada jalannya.
Post a Comment