SUARA BEBAS TUARAN

KERAJAAN PERSEKUTUAN TIDAK SERIUS MENANGANI MASALAH SABAH?

Labels:

Sempena hujung minggu yang tenang ini, saya ingin kongsi bersama di sini artikel yang memaparkan ulasan ucapan maklum balas belanjawan tahun 2011, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred M. Bumburing di Dewan Parlimen baru-baru ini.
Dalam ucapan tersebut beliau merasakan bahawa Kerajaan Perseketuan kurang serius dalam usaha untuk mengendalikan masaalah utama yang di hadapai oleh rakyat Sabah.
  • Beliau menekan beberapa isu yang perlu Kerajaan Perseketuan tangani dengan segera demi untuk mengelakkan kes JENAYAH, EKONOMI, SOSIAL, KESELAMATAN DAN POLITIK yang berlanjutan di Sabah. Terutama sekali masaalah PTI yang tidak dimasukkan dalam NKRA kerajaan.
  • Pada pandangan beliau, kebanyakan kes jenayah termasuk pembunuhan, rompakan, ragut, kecurian, rogol, dadah, pencemaran dan pengeboman laut di sekeliling Sabah adalah melibatkan pendatang tanpa izin. Mereka ini telah membawa budaya mereka ke Sabah dan sudah mula mempengaruhi generasi muda di Sabah dengan ‘ culture of violence’ atau budaya kegenasan mereka.
  • Justru itu, menyebabkan fabrik sosial di Sabah sekarang ini sudah jauh berubah sejak beberapa dekad kebelakangan ini di sebabkan kehadiran pendatang tanpa izin. Di sesetengah pekan di Sabah orang tempatan sudah tidak berani untuk masuk tempat-tempat tertentu kerana kehadiran pendatang tanpa izin yang begitu ramai.
  • Sebagai contoh di kawasan Tuaran, dimana dalam sebuah perumahan di mana bekas setingaan dari daerah Kota Kinabalu ditempatkan. Dikatakan penduduk tempatan yang tinggal di sana merasa terancam akibat timbul nya gejala dadah, arak dan jenayah yang sudah menjular dan mempengaruhi orang-orang muda.
  • Menurut Wilfred, arak dijual secara terbuka oleh mereka yang tidak mempuyai lessen untuk menjual dan penjualnya juga adalah orang asing yang memegang MYkad.
Dalam pada itu, beliau senaraikan beberapa Isu yang perlu di ambil perhatian oleh Kerajaan Perseketuan. Antara nya ada lah saperti berikut:
  1. ) PATI
  2. )UNIT KHAS BERGERAK JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
  3. MODAL INSAN
  4. )PENDIDIKAN
  5. )SKIM AMANAH HARTANAH BUMIPUTRA
  6. )OIL, GAS AND ENERGY INDUSTRY
  7. )TEKNOLOGI HIJAU
  8. )SEKTOR PERTANIAN
  9. )R & D & C
Dalam pada itu secara umum nya beliau menyentuh beberapa perkara, termasuk RM2.1 billion untuk menaik taraf jalan raya Sabah dan Sarawak. Cadangan beliau agar projek jalan raya dan bekalan letrik yang dikenalpasti dalam senarai NKRA dilaksanakan tahun depan.
  • Menurut beliau selepas 50 tahun merdeka masih ada kampung yang belum ada jalan raya dan beberapa kampung yang belum menikmati bekalan letrik.
  • Beliau mengsyorkan agar mana-mana klon sawit bermutu tinggi yang dihasilkan sama ada oleh institut kerajaan atau pun syarikat swasta diberi lesen untuk menjual dengan kadar segera supaya pekebun tempatan dapat menikmati hasilnya. Kalau mereka tidak diberi lesen maka saya khuatir benih-benih ini jatuh ke negara asing dan negara kita akan ketinggalan.
  • Sabah perlu RM297 juta bagi penanaman klon sawit bermutu tinggi, kata beliau.
  • Disamping itu kata beliau, kerajaan persekutuan seharusnya membuat sesuatu bagi menyelesaikan masalah perbezaan harga getah antara Sabah dan Semenanjung Malaysia. Keadaan ini sudah lama wujud dan kerajaan negeri dan persekutuan tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan kenapa ini berlaku begitu lama.
Penduduk Sabah berdepan dengan harga barang pengguna yang lebih tinggi tetapi pada masa yang sama menerima harga getah yang rendah. Sudah tiba masanya kerajaan kerajaan persekutuan campur tangan dalam hal ini.
Petani getah di Sabah juga menghadapi masalah dalam jualan hasil getah mereka di mana pihak Lembaga Industri Getah Sabah(LIGS) begitu lambat membayar harga getah sehingga dua minggu. Saya menerima aduan dari orang ramai yang mengeluh mengenai tiada wang kerana pembayaran kepada hasil jualan getah mereka lambat dibayar.
"Saya dimaklumkan bahawa sehingga bulan Oktober 2010 LIGS berhutang kepada petani dengan jumlah RM451,000. Kenapa ini berlaku? Adakah LIGS mepunyai masaalah cash-flow?"
"Kedua-dua masaalah yang saya sebut tadi sudah cukup menjadi alasan supaya pasaran getah di Sabah di buka luas secara competitive dan keistimewaan monopoli LIGS dihentikan. Bukankah slogan kita ialah rakyat didahulukan, ", soal Wilfred.
Sumber: Unit Penerangan UPKO.. sila baca artikel sepenuh nya.
17 comments:

masalah-masalah yang berlaku di Sabah seperti masalah PATI memerlukan komitmen daripada semua pihak untuk menanganinya. ini penting agar setiap masalah dapat diselesaikan..


diharapkan kerajaan persekutuan dapat memberikan lebih perhatian dalam menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk Sabah.


Saya berharap isu PATI di negeri ini mendapat perhatian oleh pihak tertentu. Masalah ini memang sudah lama berlarutan dan sepatutnya ada menyelesaian.


Diharapkan kerajaan pusat akan memberikan layanan yang setaraf kepada isu Sabah/Sarawak. Jangan terus menjadikan kita sebagai deposit tetap negara.


Sepatutnya PATI yang berada di negeri ini dan tidak menyumbang sebarang pertunbuhan ekonomi negara harus diarah untuk balik ke negara asal mereka.


Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah memerlukan kajian terperinci oleh sebuah badan bebas dan mempunyai kuasa menentukan bentuk penyelesaian yang menyeluruh.


Perlu adanya mekanisme yang berkesan dalam menangani isu PATI ini sama ada dalam bentuk Jawatankuasa Pilihan Parlimen atau sebuah suruhan jaya kerana yang penting ialah kuasa yang ada dapat menyelesaikan masalah.


Apa pun yang dilakukan oleh pihak tertentu perlulah ada kerjasama dari pihak lain, baharulah dapat menyelesaikan masalah PATI di negeri ini.


harap kerajaan lebih menumpukna kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat sabah. janganlah kerajaan persekutuan tidak begitu serius untuk menangani semua masalah tersebut.


tidak dinafikan masih byk lagi masalah yang timbul di Sabah dan belum selesai, semua maslaah ini timbul disebabkan oleh kehadiran pendatang tanpa izin. kerajaan perlu mencari kaedah yang benar2 berkesan untuk menyelesaikan maslah ini.


Masalah2x yang sabah hadapi terutamanya masalah PTI harus dipandang serius. Kerajaan harus mencari penyelesaian kepada masalah di Sabah.


semua isu yang disenaraikan oleh Datuk Wilfred wajar diambil perhatian oleh kerajaan pusat. sampai bila kerajaan mahu bertahan dari terus dihujani dengan kritikan2 atas isu2 yang masih belum ditangani oleh kerajaan pusat.. sampai bila negeri Sabah dan nasib rakyat Sabah terus dijadikan bahan permainan politik..


masalah dan apa yang perlu dibuat sudah didedahkan.. kerajaan sepatutnya tidak mempunyai masalah kerana tugas kerajaan hanya bertindak. jadi saya harap ada perubahan selepas ini kearah yang lebih baik..


masalah PATI yang perlu diselesaikan terlebih dahulu jika nak selesaikan masalah yang lain, kerana PATI punca utama masalah ini.


Sabah dan Sarawak juga negeri dibawah naungan kerajaan Pusat dan haruslah diberikan perhatian yang sama seperti negeri yang lain.


Ini lah yang menjadi isu dan sering diperkatakan oleh rakyat mahupun para pemimpin di Sabah. Namun apa yang saya lihat, telah ada sedikit perubahan yang mana dalam budget 2011, secara keseluruhan memberi lebih banyak kebaikkan kepada rakyat Malaysia. Bagi Sabah pula sudah ditetapkan sebanyak RM2,700,000 adalah untuk elektrik dan air, jalan raya sebanyak RM 2,100,000 etc. dan sememangnya Sabah harus mendapat lebih banyak peruntukan. Kita lihat dalam masa beberapa bulan sebelum GE13, pasti akan mendapat lebih banyak peruntukan.


The Federal government should just approve more allocations to Sabah and Sarawak so that the local leaders can help solve our problems.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails