


kerajaan pusat tidak pernah mengabaikan permintaan rakyat di negeri ini dan ia merupakan pengiktirafan yang besar kepada rakyat di Sabah sekaligus menjadi faktor utama Barisan Nasional (BN) terus menjadi pilihan rakyat,demekian menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.
“Segala permintaan rakyat di negeri ini mendapat perhatian kerajaan pusat. Sebab itu kita mempunyai keyakinan tinggi bahawa rakyat di negeri ini termasuk pengundi di Batu Sapi akan terus mengundi BN."kata nya.
Sumber: NST
“Segala permintaan rakyat di negeri ini mendapat perhatian kerajaan pusat. Sebab itu kita mempunyai keyakinan tinggi bahawa rakyat di negeri ini termasuk pengundi di Batu Sapi akan terus mengundi BN."kata nya.
- Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengiringi keberangkatan pulang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Sandakan, kelmarin.
Mengulas mengenai calon BN pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Musa berkata, beliau yakin calon yang dipilih mampu menjadi wakil rakyat bertanggungjawab dan meneruskan kesinambungan khidmat BN di kawasan Batu Sapi.- Katanya, pemilihan Linda sebagai calon pada pilihan raya tersebut adalah yang terbaik memandangkan beliau seorang wanita yang berhemah tinggi dan berpendidikan mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan itu.
- Musa berkata, mereka akan bekerja keras bersama parti komponen BN selain memantapkan usaha mendekati pengundi secara menyeluruh sehinggalah pada hari pengundian iaitu 4 November depan bagi memastikan kemenangan besar BN di Batu Sapi.



October 28, 2010 8:35 AM
Mungkin mengabaikan itu disalahfahamkan. Apa yang di maksudkan adalah mungkin peruntukan yang diberikan itu tidak mencukupi itu. Permintaan diberikan tapi bajet yang kurang.
October 28, 2010 8:37 AM
memang permintaan rakyat Sabah mendapat perhatian kerajaan pusat. diharap kerajaan pusat akan terus memberikan perhatian kepada Negeri Sabah.
October 28, 2010 8:39 AM
Negeri Sabah masih memerlukan perhatian yang banyak daripada kerajaan pusat. ini bagi menjadikan Sabah menjadi bertambah maju dan mengalami pembangunan.
October 28, 2010 8:39 AM
Apa yang kita harapkan ialah, kerajaan pusat harus memberikan peruntukkan yang mencukupi. Masalah yang dihadapi oleh rakyat sabah juga perlu diselesaikan. Masalah semasa juga perlu ditangani seperti PATI.
October 28, 2010 9:17 AM
Sabah mmg tidak pernah diabaikan, walaupun projek pembangunan di Sabah belum lagi menyeluruh, namun ia akan dilakukan juga secara berperingkat. kini kita jga dpt melihat pembangunan yang terdapat di negeri Sabah.
October 28, 2010 10:02 AM
“Segala permintaan rakyat di negeri ini mendapat perhatian kerajaan pusat. Sebab itu kita mempunyai keyakinan tinggi bahawa rakyat di negeri ini termasuk pengundi di Batu Sapi akan terus mengundi BN."kata nya.
Kerajaan pusat memang telah memberi perhatian kepada permintaan rakyat. Saya harap kerajaan pusat akan teruskan usaha mereka untuk membantu rakyat.
October 28, 2010 10:06 AM
Berkeyakinan tinggi adalah bagus tetapi ia harus disertakan dengan usaha untuk mendapat sokongan rakyat.
October 28, 2010 10:19 AM
Kerajaan pusat sepatutnya menunaikan Janji 20 perkara.
October 28, 2010 10:20 AM
Diharapkan kerajaan tidak cakap tak serupa bikin.
October 28, 2010 10:25 AM
selagi masih ada rungutan, selagi itu permintaan rakyat Sabah masih belum dapat ditunaikan. teruskan usaha bukan setakat untuk PRK..
October 28, 2010 10:31 AM
sebagai sebuah parti yang telah berjaya membentuk kerajaan, sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan sokongan rakyat. kelebihan sebagai sebuah kerajaan sepatutnya digunakan sebaik2nya untuk terus membela nasib rakyat dan memenuhi tuntutan rakyat dan negara.
October 28, 2010 2:06 PM
sabah mmg perlu diberi tumpuan, byk lagi kawasan yang perlu dibangunkan terutama kawasan luar bandar.
October 29, 2010 8:56 AM
Kerajaan masih perlu berusaha lagi kerana masih ada banyak permintaan daripada rakyat yang belum ditunaikan.
October 29, 2010 8:58 AM
Diharapkan kerajaan pusat akan mengambil berat dan memberi perhatian terhadap keperluan asas rakyat Sabah dan Sarawak. Janganlah terus mengangap kita sebagai deposit tetap.
Post a Comment