SUARA BEBAS TUARAN

Kerajaan Tolak Usaha Untuk Naikkan Umor Bersara Wajib Pejawat Awam ke 60 Tahun

Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebarang keputusan mengenai cadangan menaikkan umur persaraan perlu dikaji termasuklah;
  1. kesan terhadap peluang kerja untuk golongan lepasan sekolah, kolej dan universiti serta
  2. keperluan sumber manusia dalam sektor tertentu dalam perkhidmatan awam.
  3. kesan ke atas usaha kerajaan ke arah bilangan yang wajar. Kalaupun tidak kecilkan perkhidmatan awam, (kita perlu) mengurangkan kos operasi kerajaan tanpa jejas perkhidmatan untuk rakyat.
  4. Tahap kesihatan anggota perkhidmatan awam, terutamanya menjelang umur persaraan 58, adakah mereka mampu terus bekerja atau tidak,
Demekian kata Nazri ketika menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Sumber: mStar, BERNAMA
12 comments:

jika umur persaraaan dinaikkan sehingga umur 60 tahun ianya akan menyukarkan lepasan sekolah atau graduan untuk memasuki alam pekerjaan kerana kekosongan jawatan yang semakin terhad.


Saya setuju dengan kerajaan tidak naikkan umur persaraan penjawat awam ke 60 tahun. Buat apa mahu berkerja sehingga umur 60 tahun. Mereka harus enjoy life dan bagi peluang kepada yang muda untuk mengambil tempat mereka.


ya.. tk perlulah nk lanjutkan umur prsaraan kepada 60 tahun,. beri peluang kepada golongan belia.


Dengan kenaikan jumlah graduan yang sangat ketara pada masa kini, saya rasa kajian yang mendalam seharusnya dijalankan bagi sekurang-kurangnya memberi peluang terhadap generasi2 muda.


Inilah keputusan kerajaan, ada juga kebaikannya juga. Kalau macam ini, pemuda-pemudi akan mendapat lebih peluang untuk menjawat kedudukan dalam sektor awam.


Bagus jugalah kalau penjawat awam bersara, bolehlah mereka menikmati kehidupan selepas bersara.


Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai umur persaraan yang rendah. Di Jepun, China, Filipina, dan Indonesia umpamanya, umur persaraan ialah 60 tahun. Manakala di Amerika Syarikat, usia persaraan ialah 62 tahun dan di UK 65 tahun. walau bagaimanapun, pelaksanaannya perlu bersesuaian dengan keadaan dalam negara. mungkin hari ini kita masih belum bersedia berdasarkan kesan2 yang bakal kita hadapi jika cadangan itu dilaksanakan.


mungkin sampai masanya, kerajaan akan mempertimbangkan cadangan ini kerana banyak kesan positif boleh diperolehi jika cadangan ini dilaksanakan.


ada pros & cons juga perkara ni. Jadi saya harap kerajaan akan buat pertimbangan yang wajar sebelum membuat sebarang kata putus.


Ya betul juga tu ferlo. Bagi lah peluang pada orang muda bah.. Yang dah berumur tu bawa2 lah berehat. hehe


Saudara Evan,

Kalau tidak salah, sesetengah negara mempunyai umur bersara yang tinggi boleh disebabkan oleh beberapa faktor, ada beberapa negara yang sedang mengalami masalah yang dipanggil 'Population ageing' dimana kebanyakan penduduk lebih kepada orang tua. Disebabkan kekurangan orang muda untuk mengambil alih pekerjaan mereka, terpaksalah bersara lewat. Ini berlaku kepada negara seperti Jepun, Kanada dan beberapa lagi.


Ini sekadar pendapat saya terhadap hal ini. Didapati bahawa dalam negara kita, ada banyak orang muda yang masih belum dapat kerja, jika menambah lagi umur bersara, maka orang muda akan lebih sukar mendapat peluang dalam sesetengah sektor seperti sektor awam.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails