SUARA BEBAS TUARAN

Kerana Undi Lawan Berpecah Dijangka BN Menang Selesa PRK Batu Sapi?

Labels:
Berpandukan keputusan pilihan raya negeri pada 2008 bagi kawasan Inanam, pemerhati politik berkenaan berkata calon BN dari Parti Bersatu Sabah (PBS) telah memenangi kerusi itu hanya kerana undi lawan berpecah, dan tidak mustahil jika perkara sama berulang di Batu Sapi.
Pemerhati politik percaya undi pembangkang yang terpecah antara Datuk Yong Teck Lee dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan Ansari Abdullah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), bakal memberi kelebihan kepadanya pada pilihan raya itu.
  • Justru itu, dijangka calon Barisan Nasional (BN) Datin Linda Tsen, balu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, dilihat berada dalam keadaan lebih selesa untuk memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini.
  • Disamping itu, dengan pelantikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman sebagai pengurus operasi pilihan raya dan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkempen untuk BN, sokongan kaum Cina di Batu Sapi memberi harapan besar untuk BN memenangi kerusi tersebut.
  • Bagaimanapun, SAPP yakin memperoleh lebih separuh daripada undi kaum Cina dan mereka yang berkempen mendakwa Yong, bekas Ketua Menteri, semakin mendapat sokongan dalam kempennya, namun, sama ada parti tempatan itu akan menerima lebih 50 peratus undi, merupakan soalan cepumas yang menghantui pemerhati politik serta rakyat Sabah.
  • Sementara itu, PKR juga yakin mampu melakukan kejutan dengan memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata semalam, bahawa "parti tersebut semakin mendapat sokongan dalam kempennya".
  • Kesemua ini akan dapat disaksikan tidak lama lagi kerana kesemua parti bertanding mempunyai tempoh lima hari untuk berkempen bagi memenangi hati pengundi di Batu Sapi. Bagaimanapun, presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) VK Liew yakin BN akan mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi.
Dalam pada itu, Parlimen Batu Sapi terdiri daripada dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Karamunting dan Sekong. Kebanyakan pemerhati politik berpendapat calon BN mempunyai kelebihan di kalangan pengundi Bumiputera beragama Islam berbanding PKR dan SAPP, terutama di Sekong yang merupakan kubu kuat Umno, selain memberi tentangan sengit bagi lebih 9,000 undi kaum Cina di kawasan itu, lebih-lebih lagi Karamunting.
Sumber: mStar
17 comments:

hai geng.. saya mahu bertukar pautan (link) dengan anda.. senang kiranya kita dapat bertukar2 pendapat tentang isu2 semasa terutama politik.

blog saya ialah; From Tenghilan With Love.

http://fromtenghilan.blogspot.com/


Thanks Sdra From Tenghilan kerana melawat blog saya dan seterus nya memberi komen.

Selalu nya untuk kita link bersama ada lah dengan berkonsepkan 'perhubungan dua hala'. Sdra link saya dalam blog sdra, maka nya saya pun link juga blog sdra dalam blog saya.
Namun saya telah link blog Sdra dalam Ruang Tuaran Blogger di blog saya.

Walau macam mana pun semuga Sdra sukses selalu dalam dunia cyber. And also from me, with Love from Tenghilan


Kalau tengok parti SAPP dan PKR semakin tidak stabil mungkin disebabkan masalah dalaman. Apa pun teruskan perjuangan anda, masih ada masa lagi..


Semua parti samada SAPP, PKR dan BN mengharapkan kemenangan tapi janganlah kempen saja yang lebih2 kena buktikan juga pada rakyat dengan janji ataupun harapan yang diberi.


Untuk memastikan sokongan rakyat berterusan terhadap parti yang bertanding kenalah sentiasa memastikan permintaan rakyat ditunaikan samada kalah ataupun menang.


BN pasti akan dapat memenangi PRK Batu Sapi dan Galas. Semoga berjaya BN.


Memang undian berpecah, PKR dan SAPP. Ini akan memudahkan BN dapat menang PRK Batu Sapi ini. Apa pun kita mengharapkan pengurusan nanti akan lebih baik pada masa akan datang.


Kita tengoklah bagaimana nanti, Pilihan raya Kecil hanya dua hari lagi. Tak sabar-sabar menunggu.


Selamat berjuang dan selamat mengundi. Diharpkan calon yang terbaik akan menjadi pilihan rakyat.


calon BN mungkin berpeluang cerah untuk menang kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang mempunyai ramai penyokong BN.


pengundi perlulah memilih calon berdasarkan kemampuan dan kebolehan. jangan mudah terpengaruh dengan isu-isu yang dimainkan dan janji-janji manis. terserah kepada pengundi untuk memilih yang terbaik untuk mereka.


ya.. jika undi lawan berpecah, Bn mempunyai peluang besar untuk memenangi piliharaya ini. lagipun sokongan rakyat terhadap BN amat kukuh di Batu Sapi.


sebarang kemungkinan yang tidak diingini boleh berlaku. tidak mustahil SAPP boleh meraih semua undi cina, dan PKR meraih undi bumiputera Islam. elok lah jika BN teruskan usaha dan jangan memandang rendah dengan parti pembangkang.


setakat ini macam2 ramalan.. ada yang memihak kepada BN, ada juga yang memihak kepada SAPP dan begitu juga dengan PKR. ia amat sukar dijelaskan buat masa ini namun ramalan2 ini boleh dijadikan pencetus semangat untuk melipatgandakan usaha..


mungkin Bn ada potensi untuk menang, tp BN jgnlah leka, terus berusaha untuk memenangi pilihanraya ini.


Kedua-dua parti yang bertanding, diharapkan akan terus berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat.


Jika pun usalah yang telah diberikan oleh penulis betul, maka kemenangan BN adalah disebakan oleh kesilapan yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Dan apabila ini disedari oleh rakyat, maka timbul persoalan yang mana, adakah pihak pembangkang dapat membuat keputusan dengan bijak dan tidak memikirkan tentang hanya kepentingan parti sendiri sahaja? Tindakan mereka yang berlumnba2 untuk mencari undi hanya memperlitkan bahawa mereka tidak sanggup untuk bekerjasama demi untuk kepentingan rakyat!!


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails