SUARA BEBAS TUARAN

Kes Mangsa Ragut Di Pahang

Labels:
Wan Noresah Mat Isa, 24, ditemani anaknya, Danish Rayyan Izuawan Rafiwel,1, menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) setelah mengalami kecederaan pada bahagian mata kanan, kepala, muka dan tengkuk selepas diragut seorang lelaki pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Balang dekat Kuantan.
Mangsa yang ketika itu menunggang motosikal dirempuh dari belakang oleh suspek sehingga terjatuh dan kemudiannya dipukul di bahagian muka dengan topi keledar dan kemudiannya melarikan diri dengan mengambil dompet dan telefon bimbit miliknya. Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam yang kebetulan lalu di tempat kejadian.

Sumber: BERNAMA
8 comments:

Syukur mangsa tersebut diselamatkan orang awam. Semoga cepat sembuh!


peragut perlu dikenakan hukuman yang tegas. semua pihak juga perlulah sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ragut.


sungguh malang nasib mangsa ini, peragut tersebut sgt tidak berperikemanusiaan, peragut tersebut perlu dikesan dan ditangkap untuk dibawa ke muka pengadilan.


Diharapkan pihak polis akan meningkatkan usaha untuk menurunkan masalah jenayah di negara kita. Perkara seperti ini amat membimbangkan.


Dahsyatnya. Harap-harap mangsa dapat disembuhkan. Mata pun kena. Pihak Polis harus menyoal siasat kes ini dengan segera untuk memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.


jenayah ragut bukan sahaja aktif di bandar, malah kampung2 dan juga di tempat awam. seolah2 jenayah ini tidak mampu di bendung walaupun sebelum ini terdapat kes ragut yang telah menyebabkan kematian dan kecederaan serius. golongan wanita perlu lebih berhati2 dan orang ramai juga perlu sama2 menangani jenayah ini.


Nasib baik mangsa ini dapat diselamatkan. Pihak polis patut berusaha memberkas penjenaya-penjenayah ini supaya tidak lagi mencederakan orang ramai.


Masalah jenayah di negara kita semakin kronik, sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan keamanan dan keselamatan rakyat dijaga.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails