SUARA BEBAS TUARAN

Kesejahteraan Alam Sekitar Peranaan Dan Kerjasama Semua?

Labels:
Peranan dan kerjasama semua pihak adalah amat kritikal bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar.Usaha-usaha perlindungan dan pemuliharaan hendaklah dilakukan seiring dengan pembangunan pesat yang sedang berlaku di negeri ini bagi memastikan alam sekitar kekal sihat dan berkualiti.
Demekian kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun. Dan selanjut nya menurut beliau kehangatan cabaran itu lebih dirasai dengan kebangkitan semula ekonomi negara yang sudah pastinya lebih mendorong kepada kepesatan pembangunan pelbagai sektor serta peningkatan kadar eksploitasi sumber-sumber asli untuk pembangunan sosio-ekonomi dan menampung keperluan rakyat yang semakin bertambah.
  • Keadaan ini katanya, akan terus memberikan tekanan dan cabaran yang amat besar ke atas kestabilan dan kualiti alam sekitar serta keberkekalan sumber-sumber semula jadi kita.
  • “Pada dasarnya kita harus bersama-sama berusaha untuk meningkatkan tahap kesedaran dan mengubah sikap masyarakat kita supaya lebih bertanggungjawab, prihatin, komited dan berwawasan serta berpandangan jauh dalam melindungi dan memulihara alam sekitar,” katanya
Semua pihak, harus sedar bahawa tanggungjawab memelihara dan melindungi alam sekitar bukan hanya terletak di bahu kerajaan tetapi ia juga tanggungjawab setiap lapisan masyarakat di negeri ini, kata nya.
Sumber: NST, foto: Pengguna Lestari
17 comments:

peranan untuk menjaga alam sekitar adalah peranan semua pihak. perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar perlu dilakukan bagi memastikan alam sekitar kita sentiasa dalam keadaan baik dan tidak terjejas.


pembangunan memang diperlukan..namun pastikan pembangunan yang dilakukan tidak memberikan kesan yang teruk terhadap alam sekitar.


kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.. sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang, bertanggung jawab, boleh membuat pertimbangan.. semua ini perlu ada dalam diri setiap rakyat di malaysia. walau apa jua program atau kempen yang dianjurkan oleh kerajaan, jika rakyat sendiri tidak rasional dalam menangani masalah ini, semua usaha itu hanya sia-sia.


Memang pun, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan memperbaiki alam sekitar.


Kita seharusnya membuat apa yang boleh untuk menwariskan tanah ini kepada generasi seterusnya.


kita kenalah menjaga alam sekitar kita walaupun pembangunan hendak dijalankan, kerana alam persekitaran yng bersih amat penting dalam kehidupan kita.


persekitaran yang bersih menjamin kehidupan yang lebih sihat dan selesa.


Syukur sekarang sudah ramai yang menitikberatkan kesejahteraan alam sekitar. jadi saya rasa projek pembinaan loji nuklear tersebut adalah tidak relevan.


Didik anak-anak muda kita untuk menjaga alam sekitar.


Namanya juga alam sekitar yang dikongsi oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira pangkat, bangsa, agama... Jadi semua pun harus bekerjasama utk mengekalakan kesejahteraan alam sekitar :)


Setuju eika. Jalankan tanggunjawab kita sebagai manusia yang menetap di muka bumi :)


Kerjasama daripada semua lapisan masyarakat adalah sangat penting, tidak kira kerajaan ataupun rakyat jelata, tua atau muda. Kita semua mempunyai tanggungjawab sendiri.


Sama seperti membuang sampah, jika setiap orang membuang sampah sedikit, lama-lama menjadi bukit.

Kalau kita mengeluarkan sedikit usaha untuk menjaga alam sekitar, sedikit usaha sahaja daripada setiap orang, maka usaha sikit itu akan menjadi bukit.


“Pada dasarnya kita harus bersama-sama berusaha untuk meningkatkan tahap kesedaran dan mengubah sikap masyarakat kita supaya lebih bertanggungjawab, prihatin, komited dan berwawasan serta berpandangan jauh dalam melindungi dan memulihara alam sekitar,” katanya.

bukan hanya pada masyarakat tetapi juga pada kerajaan, swasta dan syarikat2 komesil terutama dalam bidang pembalakan..


penggunaan teknologi hijau harus diperluaskan..selain itu, pendidikan juga memainkan peranan penting bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya alam sekitar ke atas kesejahteraan hidup manusia.


peruntukan untuk memulihara alam sekitar juga harus ditambah oleh kerajaan dan bukannya hanya tertumpu kepada pembangunan ekonomi semata-mata..kempen kesedaran harus diteruskan dan bukannya dihentikan.


Saya amat menyokong usaha kerajaan melaksanakan Hari Isnin tanpa beg plastik di semua supermarket. Lebih baik jika kerajaan mengambil langkah melaksanakan ini pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat juga. Bila rakyat dah biasa, maka kita boleh secara langsung mengharamkan beg plastik. Ini juga satu usaha menjaga alam sekitar yang amat baik.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails