SUARA BEBAS TUARAN

Konsep '1Malaysia' Diuji di Sabah?

Konsep '1Malaysia' yang diilhamkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan diuji buat julung kalinya di Sabah, apabila rakyat di kawasan parlimen Batu Sapi, di bahagian pantai timur negeri itu, mengundi pada pilihan raya kecil bagi memilih wakil rakyat.
Dua parti pembangkang - Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memutuskan bertanding pada pilihan raya kecil itu atau mungkin mempunyai lebih atau kurang calon yang sesuai untuk bertanding bagi mencabar calon parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dari Parti Bersatu Sabah (PBS).
  • Kesemua parti itu dijangka mengumumkan calon mereka hujung minggu ini, menurut agensi berita rasmi Bernama, semalam.
  • Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen (AP) kawasan tersebut, yang juga setiausaha PBS, Datuk Edmund Chong Ket Wah (foto), dalam nahas jalan raya di Kota Kinabalu pada 9 Oktober lalu.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia mengumumkan 26 Oktober ini bagi tarikh penamaan calon dan 4 November ini sebagai hari pengundiannya.
  • Terdapat sejumlah 25,582 pemilih berdaftar di kawasan itu, yang terdiri daripada 24,047 pemilih biasa dan 1,535 pemilih pos di kawasan itu.
  • Beberapa nama diramalkan bertanding pada pilihan raya kecil itu, termasuk ahli politik berpengaruh dan bekas ketua menteri dan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee; mantan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga dan Naib Presiden PBS, Datuk Thien Fui Yun, wakil BN; dan Ketua PKR Batu Sapi, Encik Hassnar Ebrahim.
  • Semalam, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengesahkan pelantikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, sebagai pengarah pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi.
  • 'Perdana Menteri telah bersetuju melantik Datuk Seri Musa Aman (foto) sebagai pengarah pilihan raya bagi pilihan raya kecil Batu Sapi,' katanya.
  • Difahamkan, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, telah dilantik sebagai timbalan kepada Datuk Seri Musa.
  • 'Kami akan mengumumkan calon bagi Galas dan Batu Sapi pada 24 Oktober di dua tempat berasingan serentak,' tambah Tan Sri Muhyiddin.
Sumber: CB, 1suara sabah
23 comments:

PRK Batu Sapi mungkin akan menyaksikan persaingan sengit dihadapi oleh setiap parti yang bertanding. apa pun, terserah kepada masyarakat Batu Sapi untuk memilih calon atau parti mana yang mereka ingini.


Kita tengoklah macam mana nanti. PRK Batu Sapi tidak lama lagi.


konsep satu malaysia telah lama wujud di Sabah.


semua parti yang mengambil bahagian akan dapat melihat populariti masing2 dalam PRK Batu Sapi.


walaupun ramai yang menjangkakan BN akan mampu mengekalkan kerusi Batu Sapi berdasarkan kelebihan2 yang ada pada BN, itu tidak bermakna BN perlu selesa dengan kedudukan itu. apa yang berlaku di PRK Sibu wajar dijadikan pengajaran supaya kekalahan itu tidak berulang di Sabah.


Tapi, bagaimana pula konsep 1 Malaysia ini diuji?


'Kami akan mengumumkan calon bagi Galas dan Batu Sapi pada 24 Oktober di dua tempat berasingan serentak,' tambah Tan Sri Muhyiddin.

4 hari lagi sampai pengumuman calon. Semoga calon2x yg dipilih untuk bertanding adalah yang terbaik!


Apa2x pun selamat berjuang kepada semua calon2x.


PRK ini pasti mendapat perhatian yang meluas. semoga yang terbaik menang dalam pilihan raya itu nanti.


Tunggu siapa calon2 PRU ahad ini dan kita teruskan perjuangan dari sana!


Sebaiknya jangan pecahkan perpaduan yang sudah lama terjalin di antara kaum2 Sabah.


Tunggu dan lihat sajalah nanti k:)


Cuma saya betul2 harap perpaduan yang sudah wujud di Sabah tidak tergangguu akibat PRK ini.


hehhee.. saja ba tu Jonny, mahu buat gimik:P


Teruji atau tak, terpulanglah pada penialain individu sendiri. Cuma bagi saya Sabah memang dari dulu, kini dan selamanya 1Malaysia. hehehe, aramaii tii!!!


Setuju jari... Politik, politik juga tapi agak-agaklah.. Jangan gara2 politik perpaduan di Sabah tergugat pula. hihihi


Saudara/Saudari Paquin, saya rasa pilihan raya kecil ini tidak akan mempengaruh perpaduan rakyat Sabah. Tidak kira apa yang berlaku, kita masih bersatu seperti dulu.


Saudara/Saudari Paquin, saya rasa pilihan raya kecil ini tidak akan mempengaruh perpaduan rakyat Sabah. Tidak kira apa yang berlaku, kita masih bersatu seperti dulu.


1Malaysia dilihat bukannya isu besar di Sabah seperti di semenanjung..perpaduan masyarakat di sabah dilihat lebih erat berbanding dengan di semenanjung..diharapkan budaya politik semenanjung tidak akan mencemari budaya politik sabah.


peluang BN untuk menang pada PRK batu sapi adalah lebih cerah berbanding pembangkang..pembangkang perlu membangkitkan isu besar yang secara langsung memberikan kesan kepada penduduk batu sapi jika ingin berpeluang menang..


apa pun, kemungkinan persaingan sengit akan berlaku lebih2 lagi dengan adanya SAPP yang telah menyatakan bahawa akan bertanding..


Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat bagaimana keputusan PRK Batu Sapi nanti. Diharapkan calon yang terbaik akan muncul sebagai pemenang.


Tidak kira bagaimana keputusannya, saya harap itulah apa yang terbaik untuk penduduk Batu Sapi.

Diharapkan juga rakyat Sabah akan sentiasa bersatu tidak kira apa yang berlaku.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails