
Seorang majistret dihukum penjara enam tahun dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin kerana terbabit dalam dua kes rasuah membabitkan RM8,000.
Hakim Sabariah Othman, ketika menjatuhkan hukuman bagi pertuduhan pertama, menetapkan tertuduh, Mohd Firdaus Ramlan, 28 tahun, dipenjara tiga tahun dan didenda sebanyak RM15,000.
Hakim Sabariah kemudian membenarkan permohonan itu tetapi memerintahkan denda RM40,000 dibayar dalam tempoh tiga bulan.
'Hukuman denda ditangguh tiga bulan dan tertuduh perlu membayar jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin,' katanya.
Sumber: BHM.
Hakim Sabariah Othman, ketika menjatuhkan hukuman bagi pertuduhan pertama, menetapkan tertuduh, Mohd Firdaus Ramlan, 28 tahun, dipenjara tiga tahun dan didenda sebanyak RM15,000.
- Jika gagal membayar denda, Mohd Firdaus boleh dikenakan penjara 12 bulan.
- Dia juga dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dan denda RM25,000 bagi pertuduhan kedua atau penjara 18 bulan jika gagal membayarnya. Hukuman penjara berjalan serentak mulai kelmarin.
- Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperoleh rasuah wang tunai RM3,000 daripada Md Shani Ishak di sebuah stesen minyak Esso, Machang, sekitar 10.30 malam, 11 Oktober tahun lalu, sebagai 'ganjaran' melepaskan lelaki itu daripada kesalahan jenayah dilakukannya.
- Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.
- Bagi pertuduhan kedua, Mohd Firdaus didakwa meminta rasuah RM5,000 daripada Md Shani atas tujuan sama di Bilik Majistret, Mahkamah Majistret Kuala Krai di sini, 6 Oktober lalu.
- Tuduhan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang juga boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
- Ketika prosiding kelmarin, Mohd Firdaus diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed, manakala SPRM oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa.
- Datuk Abdul Razak dalam hujahnya memohon mahkamah memberi keputusan sewajarnya dan tidak bersimpati kepada tertuduh, selain perlu mengambil kira keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman.
Hakim Sabariah kemudian membenarkan permohonan itu tetapi memerintahkan denda RM40,000 dibayar dalam tempoh tiga bulan.
'Hukuman denda ditangguh tiga bulan dan tertuduh perlu membayar jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin,' katanya.
Sumber: BHM.




October 6, 2010 8:38 AM
memang wajar pesalah rasuah dikenakan hukuman yang berat/tegas. harap usaha untuk memerangai rasuah akan terus dilakukan.
October 6, 2010 8:42 AM
inilah akibatnya jika menerima rasuah. harap kes ini menjadi pengajaran kepada kita agar tidak terlibat dalam rasuah.
October 6, 2010 9:24 AM
Diharapkan perkara ini akan dijadikan pengajaran terhadap sesiapa yang terlibat dalam rasuah dan penyalahguna kuasa.
October 6, 2010 9:25 AM
Jaga-jagalah sesiapa yang masih terlepas daripada hukuman kerana rasuah.
October 6, 2010 10:30 AM
Saya suka hukuman yang dijatuhkan kepada si pesalah rasuah itu. Lebih berat, lebih bagus!
October 6, 2010 10:33 AM
Sebaik-baiknya semua orang menjauhikan diri dari rasuah!
October 6, 2010 10:43 AM
pihak yang sepatutnya arif dengan kesalahan jenayah pun melakukan jenayah. sekarang apa untung yang beliau dapat dengan hasil rasuah 8k tapi denda 40k..
October 6, 2010 10:56 AM
amalan rasuah perlu dibanteras sehabisnya dan usaha menghapuskan rasuah perlu sentiasa dilakukan.
October 6, 2010 1:19 PM
jauhi rasuah, wang rasuah adalah haram dan tiada berkat.
October 6, 2010 8:17 PM
memang patut si pesalah ini dihukum. rasuah haruslah diperangi habis-habisan dan mereka yang didapati bersalah haruslah dihukum dan bukannya diberikan simpati..undang2 tetap undang2..
October 6, 2010 8:19 PM
inilah sikap egois mereka yang berjawatan tinggi..selaku penegak undang2 juga menerima rasuah..betul2 mencemarkan nama baik profesion kehakiman negara.
October 6, 2010 8:22 PM
SPRM haruslah lebih berani dan tidak akur dengan tekanan2 luar seperti tekanan politik dalam menjalankan tugas mereka.
October 6, 2010 8:23 PM
diharap SPRM akan terus berusaha dalam mengumpul bukti dalam siasatan rasuah agar dapat didakwa dan dihukum kepada mereka yang bersalah.
October 6, 2010 10:25 PM
Na ambik mu... ngam la tu kena hukum. Setimpal juga dengan perbuatannya.
October 6, 2010 10:26 PM
Harap hal ni jadi pengajaran kepada yang lain. Jangan sesekali libatkan diri dengan rasuah, teruk akibatnya jika kantoi!
October 6, 2010 10:28 PM
Ya neiji sheito. Kata orang sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Tu la, takda masalah buat masalah.. Na sekarang terimalah akibatnya.
October 6, 2010 10:29 PM
Taniah juga la pada SPRM sebab dapat selesaikan kes ni. Semoga kes2 lain juga dapat diselesaikan segera:) Keep it up SPRM :)
October 6, 2010 10:30 PM
Semoga rasuah hilang dari kamus kehidupan masyarakat :)
October 7, 2010 9:04 AM
Masalah terbesar bagi setiap negara adalah berpunca daripada rasuah. Hukuman berat terhadap sesiapa yang memberi ataupun menerima rasuah diperlukan jika mahu menangani masalah ini.
October 7, 2010 9:06 AM
Mungkin negara kita perlu belajar serba-sedikit daripada negara China, iaitu menjatuhkan hukuman mati terhadap pesalah rasuah. Mungkin hanya dengan cara ini kita boleh megurangkan kes rasuah.
Post a Comment