
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata Malaysia terpaksa memilih negara alternatif lain selain dari Indonesia kerana kebergantungan kepada satu-satu negara kadang-kala akan menimbulkan kekangan dan masalah sekiranya berlaku sesuatu isu.
Walau macam mana pun, menurut Maznah rundingan antara kedua-dua negara masih diteruskan.
Sumber: NST
Walau macam mana pun, menurut Maznah rundingan antara kedua-dua negara masih diteruskan.
Dalam pada itu, Maznah berkata kerajaan kini berusaha meningkatkan bekalan tenaga kerja bagi sektor pembantu rumah daripada negara pembekal yang lain seperti Thailand, Kemboja, India, Sri Lanka, Filipina dan Burma.- “Kita akan mengadakan perbincangan berhubung pengambilan pembantu rumah dengan negara-negara berkenaan dan saya sendiri akan pergi ke negara itu bagi melihat potensi dan persefahaman tenaga kerja sebagai pembantu rumah di sana,” katanya.
- Sebagai permulaan, beliau akan berkunjung ke Thailand dan Kemboja bagi melihat persefahaman dan meningkatkan langkah untuk mempromosi perkara itu.



October 5, 2010 8:50 AM
Bagi saya, lebih baik jika negara kita tidak lagi bergantung sangat terhadap buruh asing.
October 5, 2010 8:53 AM
Jika memberhentikan mengaji buruh asing and meluluskan gaji minima. Majikan tempatan tiada pilihan lain dan kenalah mengaji orang tempatan.
October 5, 2010 9:01 AM
jika sebelum ini, kita lebih cenderung mengambil pembantu rumah daripada indonesia, kini lebih wajar malaysia mendapatkan khidmat pembantu rumah daripada negara2 asia yang lain.
October 5, 2010 9:08 AM
pada pendapat saya adalah lebih baik jika warga Malaysia sendiri yang menjadi pembantu rumah di negara ini.
October 5, 2010 9:11 AM
sebaiknya warga tempatan diberikan keutamaan untuk menjadi pembantu rumah. warga tempatan lebih memahami budaya dan bahasa masyarakat negara ini. selain itu, jika warga tempatan diambil menjadi pembantu rumah kebergantungan kita terhadap tenaga kerja asing dapat dikurangkan.
October 5, 2010 10:26 AM
terlebih dahulu kerajaan perlu meyakinkan negara2 luar berkenaan dengan jaminan keselamatan terhadap pembantu rumah warga asing di Malaysia...
October 5, 2010 3:53 PM
Satu jalan penyelesaian yang boleh dipertimbangkan... tidak salah jika kita mencuba sesuatu yang baru....
October 5, 2010 9:22 PM
mungkin sudah masanya kita mengurangkan kebergantungan kita kepada buruh asing..ramai tenaga kerja rakyat kita yang terbazir dengan sia-sia jika tidak digunakan sepenuhnya.
October 5, 2010 9:28 PM
pekerjaan sebagai pembantu rumah mungkin boleh diberikan motivasi atau pembaikkan di mana boleh dianjurkan sebagai salah satu kursus kemahiran bagi mewujudkan minat di kalangan rakyat tempatan dalam bidang pekerjaan ini..walaupun nampak seperti tidak penting namun kita dapat mengurangkan pengaliran wang keluar..
October 5, 2010 9:31 PM
namun harus diselidiki kemahuan/ciri2 pembantu rumah yang dikehendaki oleh majikan agar boleh dijadikan sebagai rujukan/panduan sekiranya pihak berkuasa ingin menjadikan pekerjaan ini sebagai salah satu kemahiran.
October 5, 2010 9:38 PM
jika kebergantungan kepada buruh asing terutama di sektor2 seperti peladangan dan pertanian serta pembantu rumah ditambah atau dikekalkan, maka sektor2 seperti yang disebut akan tetap didominasikan oleh rakyat negara luar yang dilihat menutup peluang rakyat kita sendiri..sampai bila perkara ini akan berlaku? negara kita kini dibanjiri dengan pendatang asing baik yang halal atau haram..jika ditambah lagi maka mungkin akan hilang erti kewarganegaraan itu di kalangan rakyat tempatan.
October 5, 2010 9:40 PM
diharap pihak berkenaan mempertimbangkan cadangan untuk mendapatkan bekalan buruh bagi pembantu rumah di negara2 lain. demikian juga dengan gaji minima, diharap akan dilaksanakan dengan berkesan dan segera.
October 6, 2010 10:19 AM
Ada juga banyak orang tempatan yang sanggup bekerja, mengapa mereka tidak diberikan keutamaan dahulu?
October 6, 2010 10:22 AM
Jika mengaji orang tempatan, maka aliran wang dalam negara tidak akan terkeluar daripada Malaysia. Dengan cara ini juga boleh mengurangkan kadar pengagguran.
Post a Comment