Menurut lapuran, Kesedaran masyarakat terhadap hak mereka untuk mendapatkan bantuan guaman atau diwakili peguam sekiranya ditahan atau ditangkap pihak polis masih kurang.Pengerusi Pusat Bantuan Guaman Kedah/Perlis (PBGKP), Victor Paul Dorairaj berkata orang ramai perlu tahu mengenai hak mereka kerana setiap individu yang ditangkap perlu diberi penerangan tentang alasan mengapa mereka ditahan.
Sumber: mStar
- "Orang yang ditahan hendaklah dimaklumkan segera mengapa dia ditangkap dan dibenarkan berbincang serta diwakili pengamal undang-undang pilihan mereka," katanya pada majlis perasmian Minggu Kesedaran Undang-undang Peringkat Kebangsaan 2010, di Sungai Petani, Kedah Isnin.
Katanya salah guna kuasa akan berkurangan sekiranya rakyat mengetahui hak-hak mereka dan akses untuk mendapatkan keadilan adalah tidak bermakna jika orang ramai tidak mengetahui hak mereka.- "Setiap orang mesti mengetahui hak-hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan dan adalah hak mereka untuk berbincang Perlembagaan Persekutuan secara terbuka tanpa prejudis atau dituduh berat sebelah.
- "Setiap masalah yang dihadapi adalah masalah perundangan dan peguam boleh membantu, golongan kurang berkemampuan boleh mendapat khidmat guaman di pusat pusat bantuan guaman," katanya.
- Sementara itu menurut beliau, pada 2008 daripada 108,000 kes jenayah yang didengar di mahkamah Majistret di negara ini, lebih 84,000 individu tidak diwakili peguam.



October 13, 2010 8:40 AM
mungkin kempen atau program perlu dilakukan bagi memberitahu masyarakat bagaimana mereka boleh mendapatkan bantuan guaman.
October 13, 2010 9:07 AM
ya.. masyarakt perlu sedar akan hak2 mereka, mereka yang ditahan polis perlu diberi penjelasan dan boleh mendapatkan bantuan guaman.
October 13, 2010 9:18 AM
Adalah penting untuk masyarakat mengetahui hak mereka sekiranya ditahan atau ditangkap polis untuk mendapatkan keadilan jikalau memang tidak bersalah.
October 13, 2010 9:38 AM
Inilah masalah yang dihadapi oleh penduduk negara kita, iaitu kurang kesedaran terhadap hak sebagai rakyat. Bukan sahaja penduduk di pedalaman, tapi kebanyakan orang yang berpendidikan juga tidak sedar dengan hak sendiri tidak kira sebagai manusia, rakyat ataupun pekerja.
October 13, 2010 9:41 AM
Tanpa pemahaman tentang hak-hak sendiri, ini akan menyebabkan seseorang senang dibuli. Masyarakat perlulah diberikan penjelasan tentang hak yang ada. Sebagai pelajar, pengguna dan lain lain.
October 13, 2010 10:09 AM
rakyat perlu didedahkan dengan hak2 mereka bukan sahaja untuk mendapatkan bantuan guaman malah semasa ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis. bagi menimbulkan kesedaran ini, pihak polis dan media perlu memainkan peranan..
October 13, 2010 1:35 PM
masyarakat perlu diberikan pengetahuan mengenai hak mereka untuk mendapat bantuan guaman dan bagaimana mereka boleh memperoleh bantuan tersebut.
October 13, 2010 1:50 PM
rkyat perlu didedahkan dgn hak2 mereka, masih ramai lagi yng tidak mengetahui hal ini sehingga mereka boleh dipermainkan oleh pihak2 tertentu.
October 13, 2010 4:13 PM
Memang mungkin kurang kesedaran, tapi dengan apa yang harus mereka bayar untuk bantuan guaman? Mereka takut dengan kos yang akan ditanggung sebab itulah lebih ramai tidak berani menanggung risiko.
October 13, 2010 5:45 PM
"Sementara itu menurut beliau, pada 2008 daripada 108,000 kes jenayah yang didengar di mahkamah Majistret di negara ini, lebih 84,000 individu tidak diwakili peguam."
nampaknya masyarakat masih kurang sedar akan hak mereka berhubung dengan bantuan guaman..mungkin kempen kesedaran melalui media harus diperhebatkan agar masyarakat tahu akan hak mereka dan bagi mengelakkan pihak berkenaan menyalahgunakan kuasa mereka.
October 13, 2010 5:49 PM
setiap rakyat malaysia harus mengetahui akan hak2 mereka..kesedaran akan hak ini boleh dilakukan melalui pendidikan di sekolah2 menengah..
October 13, 2010 5:52 PM
"Setiap orang mesti mengetahui hak-hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan dan adalah hak mereka untuk berbincang Perlembagaan Persekutuan secara terbuka tanpa prejudis atau dituduh berat sebelah."
semua rakyat malaysia adalah terletak di bawah Perlembagaan Malaysia..oleh itu, setiap rakyat adalah berhak untuk membincangkan Perlembagaan malaysia secara terbuka tanpa kongkongan politik, prejudis dan sebagainya..ini adalah hak kita sebagai rakyat malaysia.
October 13, 2010 5:54 PM
diharap akan ada kempen2 kesedaran berkaitan dengan hak2 seseorang rakyat di bawah perlembagaan malaysia..dengan ini, kemungkinan salah guna kuasa pihak berkenaan dapat dikurangkan.
October 13, 2010 5:58 PM
apa pun, lakukan apa yang harus dilakukan.
October 14, 2010 9:15 AM
Soalnya, bagaimana kita boleh memastikan semua rakyat mengenali hak sendiri? Seperti yang saya luahkan sebelum ini, kebanyakan orang yang berpelajaran juga bukan semua mengenali hak mereka dan pandai mengunakannya. Ini jelas bahawa pengetahuan ini tidak dibelajari melalui pendidikan asas. Apakah cara yang paling berkesan untuk memastikan masyarakat faham dengan hak sendiri?
October 14, 2010 9:17 AM
Terutamanya sekali penduduk pedalaman yang kurang berpendidikan dan tidak fasih menggunakan internet.
Post a Comment