

foto illustrasi bayangan pembangunan Menara Merdeka versus Menara Berkembar Petronas
Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam satu taklimat mengenai projek itu secara jelas memberitahu bahawa pembangunan projek Warisan Merdeka dengan menara tertinggi di Malaysia akan dibiayai melalui dana dalamannya sendiri tanpa ‘menyentuh’ dana pemegang unit amanahnya.Keseluruhan projek itu bernilai RM5 bilion itu dijangka siap pada tahun 2015 dengan menara setinggi 100 tinggkat - lebih tinggi dari Menara Berkembar Petronas (88 tingkat).
Hamad Kama Piah menjelaskan projek mega berkenaan bukanlah sesuatu yang baru dirancang dan dimasukkan dalam Bajet 2011 tetapi telah direncanakan sejak tahun 2004 selepas kawasan tanahnya dibeli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. pada tahun 2000.- Dalam pada itu, Najib memberitahu bahawa cadangan pembinaan itu dicadangkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), bukan diarahkan oleh beliau.
Wakil UMNO Titiwangsa, Datuk Johari Ghani mencadangkan supaya projek itu dibangunkan di Kampung Baru sebagai lambang kejayaan orang Melayu berbanding tapak asal dekat Stadium Negara.- Sifirnya mudah, PNB adalah syarikat milik kerajaan (GLC) yang dikendalikan sepenuhnya oleh bumiputera, maka apa salahnya projek itu dibina di Kampung Baru yang juga tanah milik Melayu.
- Lagipun di Kampung Baru, tanahnya lebih luas iaitu 97 hektar berbanding hanya 9 hektar di tapak asal.
Yang baiknya, Umno sebagai parti orang Melayu melalui PNB sebagai GLC membina menara itu di Kampung Baru. Maknanya, tidak hilang kemelayuan tanah kampung tradisional di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur berkenaan.- Dibangunkan oleh orang Melayu untuk kemajuan bangsa pada masa depan. Pemilik tanah kampung itu mungkin akan berasa lega kerana pihak yang mahu membangunkan kawasan itu ialah di kalangan syarikat Melayu, pegangan mereka lebih terjamin selain tidak digugat oleh kaum lain.
- Kebimbangan tentang keuntungan yang mereka peroleh juga mungkin tidak menimbulkan sebarang kesangsian.
- Tapi yang buruknya ialah, jika cadangan itu diterima, maka kesempatan ini akan diambil sebaik-baiknya oleh pembangkang dengan menuding bahawa Umnolah yang mahu merampas tanah orang Kampung Baru dan mengenepikan pemilik tanah.
- Mereka akan lontarkan bahawa, selama ini Umnolah yang berminat untuk 'merampas' tanah yang bernilai berbilion ringgit. Dan barangkali tuduhan yang lebih dahsyat pembangkang, mengatakan bahawa Umno akan menjual tanah itu kepada `tokey-tokey Cina' yang sememangnya amat mengidamkan kawasan Kampung Baru.



October 25, 2010 9:05 AM
Diharapkan kerajaan akan membuat pertimabangan yang lanjut sebelum meluluskan projek ini. Fikirkanlah bantahan rakyat.
October 25, 2010 9:08 AM
Jika ingin menjadi negara terbangun sebelum 2020, yang penting adalah menghasilkan rakyat yang berdaya maju dan mampu meningkatkan kualiti hidup. Infrastruktur dan kemudahan asas juga perlu. Jika tidak, tidak bermakna kita mempunyai bagunan yang canggih tapi rakyat kita mundur.
October 25, 2010 9:08 AM
ada pihak yang menyokong dan ada juga yang membantah pembinaan Menara ini. harap keputusan yang dibuat adalah terbaik untuk semua..
October 25, 2010 9:10 AM
pembinaan menara tersebuat pasti ada pro dan kontra nya. jika dilihat dari sudut ekonomi mungkin ia akan memberi manfaat kepada negara.
October 25, 2010 9:54 AM
biarlah pembinaan menara ini memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia.
October 25, 2010 3:52 PM
selain menjana untung kepada PNB dan seterusnya kepada rakyat melalui ASNB, ianya juga dapat menjadi mercutanda terbaru KL dan seterusnya boleh menarik pelancong datang ke negara kita. Selain itu juga ianya dapat mengatasi masalah kekurangan tanah di KL untuk pembinaan pejabat2 atau ruang niaga yang baru. Dapat juga menjadi pusat sehenti peniaga2 bumiputra yang hendak berniaga di sana. PNB juga akan memindahkan semua pejabat2nya yang berselerak di serata Lembah Klang ke satu tempat. Bangunan PNB yang ada di Jalan tun Razak sekarang sudah tidak cukup lagi untuk menampung operasinya.
October 25, 2010 3:55 PM
memandangkan pembinaan menara ini ada pro dan con nya, adalah lebih baik jika keputusan pembinaannya dibuat berdasarkan pendapat majoriti rakyat malaysia...
October 25, 2010 5:14 PM
mungkin menara 100 tingkat tidak perlu..cukuplah sekiranya dibina dalam 50 tingkat..kerana 100 tingkat itu siapa yang akan guna? bukankah ianya satu pembaziran jika tidak digunakan sepenuhnya? jangan terlalu angkuh.
October 25, 2010 5:15 PM
jika dibina pun 100 tingkat, bukan semua penduduk malaysia berketurunan Melayu akan merasai seronoknya ada menara ini..hanya segelintir sahaja yang dapat akses..
October 25, 2010 5:17 PM
bukankah lebih elok jika PNB menggunakan 5 bilion ini dengan menyumbang kepada pembangunan sosial negara? contohnya kepada pendidikan..apakah kerelevanannya menara 100 tingkat ini?
October 26, 2010 1:32 AM
Semoga rakyat mengambil tindakan yang betul...
October 26, 2010 1:33 AM
Saya yakin pembinaan ni ada pros & cons.. Bagi saya kalau pros nya lebih banyak saya sokong ja:)
October 26, 2010 1:35 AM
Cuma bagi saya ada baikknya juga jika suara rakyat diambil kira... Memang ramai yang sokong, tapi ramai juga yang membantah.. Jadi saya berharap agar kerajaan dapat membuat keputusan yang bakal mengembirakan semua pihak.
October 26, 2010 1:37 AM
Ya Jonny, paling tidak pun kerajaan harus fikirkan bantahan rakyat...
October 26, 2010 1:37 AM
Apapun, saya harap hal ni dapat ditanggani dengan baik utk masa depan negara dan juga kepentingan rakyat.
October 26, 2010 8:44 AM
Sekali lagi, diharapkan kerajaan akan membuat pertimbangan lagi mengenai isu ini.
October 26, 2010 8:45 AM
Masih ada banyak perkembangan lain yang lebih diperlukan, lagipun kerajaan masih perlu melangsaikan hutang negara.
Post a Comment