

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman tidak menolak kemungkinan lebih ramai pegawai imigresen terlibat dalam usaha memperdagangkan orang.
"Sehubungan itu, Jabatan Imigresen akan melakukan siasatan dalaman terhadap pegawainya yang menguruskan pintu masuk," katanya ketika ditemui mStar Online, Khamis lalu.
Dalam pada itu, Abdul Rahman turut menyifatkan penahanan itu sebagai satu peringatan kepada semua pegawai imigresen agar menjalangkan tugas dengan penuh tanggungjawab kerana kerajaan akan menggunakan peruntukan undang-undang sekiranya melibatkan ancaman keselamatan negara.
"Penahanan ini bukan kali pertama kerana sebelum ini terdapat pegawai imigresen ditahan di bawah ISA antara tahun 1994 dan 1995.
"Pun begitu, bukan semua salah laku pegawai imigresen akan dikenakan tindakan ISA tetapi bergantung kepada bukti daripada pihak polis," katanya.
Sumber:Mstar
"Sehubungan itu, Jabatan Imigresen akan melakukan siasatan dalaman terhadap pegawainya yang menguruskan pintu masuk," katanya ketika ditemui mStar Online, Khamis lalu.
- Beliau mengulas mengenai penahanan tujuh pegawai imigresen di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibatdalam penyeludupan warga asing ke negara ini.
- Abdul Rahman berkata, siasatan dalaman secara terperinci akan dilakukan bagi membanteras pegawai imigresen yang melakukan kesalahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.
- "Ini bukan soal untuk memperketatkan kemasukan di pintu masuk tetapi mengenal pasti sama ada pegawai imigresen menjalankan tugas berdasarkan ketetapan di bawah arahan Ketua Pengarah Imigresen atau tidak.
- Jika terdapat pegawai imigresen yang disyaki melakukan kesalahan seumpama itu, Jabatan akan terus mengambil tindakan undang-undang," katanya dengan tegas.
- Beliau menambah, pihak polis juga mempunyai kuasa untuk membuat tindakan berdasarkan bukti di bawah ISA.
- "Kita akan melihat sejauh mana kemudaratan yang berlaku akibat daripada ketidakcekapan pegawai imigresen menguruskan pintu masuk negara," katanya.
- Berhubung penahanan itu, Abdul Rahman berkata, mereka adalah pegawai imigresen yang bertugas di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah (LCCT).
- Jelasnya, berdasarkan laporan pihak polis, penahanan itu dibuat berdasarkan bukti kukuh.
- "Justeru, penahanan tujuh pegawai imigresen tidak dilihat sebagai sesuatu yang keterlaluan. Kita akan lihat perkembangan siasatan pihak polis berdasarkan bukti yang diperoleh," katanya.
- Beliau turut tidak menolak dakwaan penahanan itu kemungkinan melibatkan sindiket terancang.
- Katanya, mereka mungkin membawa masuk warga asing dengan janji untuk diberikan pekerjaan di negara ini.
- "Bagaimanapun, kita tunggu hasil siasatan pihak polis sepanjang penahanan individu terbabit di bawah ISA," katanya lagi.
Dalam pada itu, Abdul Rahman turut menyifatkan penahanan itu sebagai satu peringatan kepada semua pegawai imigresen agar menjalangkan tugas dengan penuh tanggungjawab kerana kerajaan akan menggunakan peruntukan undang-undang sekiranya melibatkan ancaman keselamatan negara."Penahanan ini bukan kali pertama kerana sebelum ini terdapat pegawai imigresen ditahan di bawah ISA antara tahun 1994 dan 1995.
"Pun begitu, bukan semua salah laku pegawai imigresen akan dikenakan tindakan ISA tetapi bergantung kepada bukti daripada pihak polis," katanya.



October 15, 2010 8:53 AM
pegawai-pegawai yang terlibat dengan kegiatan tidak bertanggungjawab seperti, terlibat dalam aktiviti memperdagangkan orang, perlu dikenakan hukuman tegas.
October 15, 2010 9:13 AM
No wonder there is an increase of human trafficking. Police should take legal action against those immigrant officer if they are found involved in human trafficking.
October 15, 2010 9:20 AM
Tidak menolak kemungkinan perkara seperti ini berlaku. Kebanyakan masa pendatang tanpa izin memasuki negara kita dengan merasuah pegawai imigresen. Tidak rasa pelik jika mereka betul-betul terlibat dalam perdagangan manusia.
Bukan sahaja penghianat negara/negeri, malah tidak berperikemanusiaan. Diharapkan perkara ini disiasat secara mendalam dan mengusir musuh dalam selimut ini.
October 15, 2010 9:23 AM
kes ini mesti diteruskan penyiasatannya bagi mengenalpasti samada ada lagi pegawai imigresen yang terlibat. jenayah pemerdagangan orang adalah jenayah antarabangsa dan perlu dibendung.
October 15, 2010 9:26 AM
Kerajaan sepatutnya mengenakan undang-undang yang berbunyi; Jika pegawai awam dan juga pekerja kerajaan didapati menyalah guna kuasa, mengambil/memberi rasuah ataupun terlibat dalam apa apa kesalahan undang-undang. Mereka akan dipecat dansSemua kebaikan, elaun, wang bersara akan ditarik balik. Bukan sahaja begitu, mereka tidak boleh mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam lagi.
Disebabkan kerajaan terlalu memanjakan mereka, itulah sebabnya mereka memanjat ke atas kepala.
October 15, 2010 10:45 AM
Saya sebagai rakyat Malaysia benar-benar berharap agar penyiasatan secara neutral akan dijalankan dengan tegas.
October 15, 2010 1:30 PM
pekara ini perlu dibanteras dengan sepenuhnya. mana-mana pegawai imigresen yang terlibat dalam pemerdagangan orang perlu dikenakan tindakan sewajarnya.
October 15, 2010 2:06 PM
pegawai imigresen yang terlibat dalam pemerdagangan manusia ini telah mendedahkan Malaysia kepada ancaman, mereka ini adalah pengkhianat negara, hukuman berat perlu diberikan.
October 15, 2010 3:53 PM
Penyiasat harus bersikap adil dalam membuat penyiasatan. Memperdagankan orang adalah perkara serius.
October 16, 2010 9:26 AM
tahniah dan teruskan operasi memburu dalang yang menjadi punca penyeludupan warga asing ke negara ini.
October 16, 2010 9:29 AM
Diharapkan perhatian akan diambil terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang disyaki.
October 16, 2010 11:52 AM
Besar kemungkinan, ya. Tidak mustahil sama sekali kerana mereka 'pintu masuk' negara.
October 16, 2010 2:15 PM
nampaknya memang terdapat penyalahgunaan kuasa di kalangan penguasa imegresen. ini menunjukkan intergriti yang rendah bagi segelintir penguasa imegresen yang bertanggungjawab mengawal pintu masuk negara..
October 16, 2010 2:16 PM
siasatan yang terperinci bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam perdagangan orang ini harus dilakukan.
October 16, 2010 2:19 PM
penahanan 7 orang penguasa imegresen ini membuka mata semua pihak akan ketelusan pegawai2 imegresen menjalankan tugas mereka..
October 16, 2010 2:21 PM
perkara ini sama seklai telah mencemarkan imej jabatan imegresen negara..diharap mereka yang bersubahat dengan sindiket pemerdagangan orang akan segera dikesan dan ditahan.
October 16, 2010 2:26 PM
saya secara peribadi setuju dengan pendapat sdr.jonny..kerajaan haruslah lebih tegas dalam pendirian mereka berhubung dengan kes2 penyalahgunaan kuasa, rasuah dsbgnya yang secara langsung mencemarkan nama baik kerajaan.
October 18, 2010 9:28 AM
Tindakan seperti ini akan menjejaskan imej kerajaan, jadi adalah wajar jika mereka disiasat dan tindakan sewajarnya diambil. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelaga.
Post a Comment