SUARA BEBAS TUARAN

Najib Garis 4 Perkara Untuk Laksana Sistem Pendidikan Negara

Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menggariskan empat perkara yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan sistem pendidikan negara, termasuk membangunkan intelek di kalangan generasi baru yang boleh berfikir secara kreatif dan inovatif.
Perdana Menteri berkata kerajaan perlu memupuk generasi baru yang sangat tinggi daya ingin tahu kerana ini membuka ruang buat mereka untuk mencari maklumat.
  • “Kalau seseorang itu punyai daya ingin tahu tinggi, dia akan rajin baca buku, akan rajin cari sumber maklumat. Dia akan merupakan seorang individu yang akan sentiasa mahu meningkatkan pengetahuan sepanjang hayatnya,” katanya pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil baru-baru ini.
  • Najib berkata sistem pendidikan negara yang melibatkan perkara termasuk cara mengajar di bilik darjah, menyediakan kertas soalan dan buku teks sepatutnya menjurus kepada pembangunan intelek dan menjana minda yang sangat kreatif dan inovatif.
  • Semasa menggariskan perkara kedua, beliau berkata untuk mencapai status negara maju pada 2020, pengajaran dan pembelajaran sains, matematik dan teknologi perlu diperkukuhkan kerana ini merupakan bidang yang rakyat Malaysia mesti memiliki kekuatan.
  • Menyentuh perkara ketiga, Najib berkata beliau ingin melihat masyarakat menjurus ke arah masyarakat bilingual yang dapat bertutur dan menguasai bahasa kebangsaan dengan baik kerana ia jatidiri yang harus diperjuangkan selain menguasai kefasihan Bahasa Ingeris.
  • Najib berkara perkara keempat melibatkan penekanan kepada nilai dalam pendidikan untuk mendidik anak bangsa supaya tidak mudah menyongsang daripada segi perilaku dan tindakan yang boleh merosakkan kepentingan masyarakat.
  • Beliau turut melahirkan penghargaan kepada guru-guru dan menyifatkan perguruan sebagai profesion yang sangat mulia dan penting dalam melahirkan generasi yang baik dalam menentukan masa depan negara.
  • Sebagai seorang yang pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri dan Menteri Pelajaran, Najib berkata beliau amat memahami pengharapan para guru dan juga sumbangan mereka.
  • “Sebab itulah, dalam apa pun perkara pun, setiap guru mesti menyatakan bahawa kerjanya sebagai guru adalah menjangkau daripada kerja-kerja biasa seorang pentadbir. Seorang guru adalah pendidik yang akan menentukan masa depan anak-anak kita dan negara,” katanya.
Sambil menyatakan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal kualiti pendidikan, Najib berkata apa juga peluang pendidikan mesti sampai ke seluruh pelusuk tanah air dan sebab itu kerajaan cuba merapatkan jurang di antara kawasan bandar dan luar bandar.
Selain itu, katanya kerajaan memberi respon ke- pada keluhan guru mengenai Sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dengan menggantikannya dengan satu system baru mulai Jun depan.
Sumber: NST
18 comments:

Saya memang berharap kerajaan akan mempertingkatkan sistem pendidikan negara. Diharapkan menteri pendidikan akan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memastikan garis ini dicapai.


Diharapkan kita boleh melahirkan generasi yang lebih baik.


diharap selepas ini kita akan dapat melihat kualiti pendidikan negara semakin meningkat dari semasa ke semasa.


harap ia dpt meningkatkan taraf pendidikan di negara kita.


Empat pekara yang dilaksanakan ini diharap dapat membawa kebaikan kepada sistem pendidikan negara kita.


Oleh itu jangan pertikaikan kebolehan guru-guru sandaran. Bukan semua lepasan IPTA dan IPGM mahu mengajar di luar bandar.


diharp dgn ini, ia dpt melahirkan lebih ramai golongan yang berpendidikan dan berkemahiran.


Empat perkara yang digariskan dalam pelaksanaan sistem pendidikan negara harus diberi perhatian agar dapat memupuk generasi baru. Matlamat kerajaan ialah agar generasi baru lebih berfikir kreatif dan inovatif.


Selain daripada garisan 4 perkara ini, diharapkan kerajaan akan memberikan lebih banyak peruntukan untuk membaik pulih bagunan sekolah yang ada dan juga menyempurnakan semua infrastruktur dan keperluan semasa mengajar.


Kerajaan juga perlu memastikan guru mencukupi untuk semua sekolah. Dan mencuba cara pendidikan yang baru yang boleh merangsang daya penyerapan dan pemikiran para pelajar.


setuju dengan Alexandra, GSTT ini adalah antara individu yang banyak menyumbang kepada proses pendidikan negara. Selain daripada memiliki kelayakan dan pengalaman, sebahagian daripada mereka juga mempunyai kesanggupan bertugas di kawasan pedalaman. untuk merealisasikan hasrat kerajaan itu kita perlukan guru yang benar2 berkualiti.


4 perkara yang telah digariskan oleh PM sememangnya mampu meningkatkan sistem pendidikan negara. tapi semua itu terpulang kepada pelaksanaan diperingkat kerajaan dan sekolah. realisasikan 4 perkara ini terlebih dahulu sebelum kita mampu merealisasikan matlamat pendidikan negara.


adakah 4 perkara yang digaris ini untuk mempertingkatkan sistem pendidikan negara relevan kepada semua jenis sekolah di negara kita? harus diingat di negara kita terdapat beberapa aliran sekolah seperti sekolah agama, sekolah mubaligh, sekolah jenis kebangsaan..perlu dipastikan kerelevanan 4 perkara ini sebelum dilaksanakan.


sistem pendidikan negara kita sememangnya perlu pembaikan..keadaan semasa yang lebih kompetatif menuntut daya saing modal insan yang tinggi..oleh itu, ilmu pengetahuan dilihat sebagai pemangkin yang penting dan asas dalam membentuk modal insan yang berkualiti..inilah yang menjadi intipati kepada 4 perkara yang digaris oleh najib.


bagaimana pula dengan nasib GSTT? apakah kerajaan akan membela mereka atau menyisihkan mereka? GSTT juga turut menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara..


kerajaan haruslah melihat jauh lebih dalam dan luas akan kerelevanan 4 perkara tersebut sebelum dilaksanakan kerana jika tidak ianya akan menjadi retorik semata-mata.


Semoga pelaksanaan sistem pendidikan negara akan melahirkan generasi baru yang bole berfikir secara kreatif dan inovatif.


Semoga segalanya berjalan lancar.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails