SUARA BEBAS TUARAN

Tiada Bonus Untuk Pejawat Awam Kerana Perbelanjaan Terlalu Besar?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan sebulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion.
Oleh itu katanya, pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam.
  • "Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan... kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara.
  • "Sebab itu, yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam," kata beliau ketika berucap pada majlis Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini semalam.
Sumber: Kosmo
16 comments:

Kalau tidak salah, kerajaan bercadang membina bagunan tinggi 100 tingkat, bagunan baru parlimen, menghantar seorang lagi ke bulan... Tapi 1.2 juta ini dianggap terlalu besar pula.


mungkin banyak faktor perlu diambil pertimbangan. apa pun bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang dapatlah memberi sedikit kelegaan...


Kalau tidak dapat bonus sekalipun tapi mendapat pemberian bantuan khas kewangan RM500 sebulan dikira oklah tu.


Bagaimanapun kita kenalah menghormati keputusan PM. Bonus RM3.1 bilion untuk penjawat awam yang terpaksa disalurkan oleh kerajaan adalah terlalu tinggi.


harap semua kakitangan kerajaan dpt menerima perkara ini dgn baik.


Ianya menjadi lebih dari cukup jika pembinaan menara 100 tingkat tidak dilaksanakan.


walaupun penjawat awam tk diberi bonus, harap mereka tidak berkecil hati, tingkatkan kualiti perkhidmatan mereka.


saya tidak pasti sama ada Bajet 2011 betul-betul dapat mencapai matlamat temanya iaitu "Mentransformasi Malaysia Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi." Apakah ini bajet untuk Rakyat sekiranya RM65 juta diperuntukkan untuk membaik pulih kediaman Perdana Menteri.


Saya berharap kerajaan pandai membezakan kepentingan setiap perkara dan memberikan peruntukan yang mencukupi.


nampaknya kerajaan sekali lagi menolak untuk memberikan bonus kepada kira2 1.2 juta penjawat awam..


namun kerajaan tetap memberikan rm500 kepada setiap penjawat awam sebagai bayaran khas..walaupun menolak untuk memberikan bonus, kerajaan tetap mencari penyelesaian bagi memuaskan hati semua pihak dan dilihat pemberian wang rm500 ini adalah langkah yang terbaik.


sekurang-kurangnya penjawat awam diberikan rm500..bagi pekerja swasta nasib mereka belum tentu..oleh itu gaji minimum harus dilaksanakan secepat mungkin..


RM500 is better than nothing.


But i still hope that there will be changes in the Bajet 2011. Would be nice to have 1 month bonus.


Jika tidak mahu memberikan bonus untuk penjawat awam, duit yang lebih itu pun janganlah digunakan dalam benda yang tidak diperlukan. Tengok menara petronas dan KLCC, masih ada banyak ruang di dalam yang tidak digunakan. Buat apa mahu buat satu bagunan yang setinggi 100 tingkat lagi?


Entahlah apa yang kerajaan sedang memikirkan. Terutama lagi PRK dan PRU-13 dah semakin hampir.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails