SUARA BEBAS TUARAN

Pengundi Hantu Mungkin Timbul Di Galas?

Labels:
Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah khuatir Umno menggunakan taktik terakhir iaitu pengundi hantu bagi menghadapi PAS pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada 4 November ini.
Taktik itu merupakan senjata terakhir yang pernah dibuktikan di mahkamah tinggi ketika petisyen pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2006.
Menurut beliau selanjut nya taktik itu disyaki digunakan jentera Umno melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengeluarkan kad pengenalan milik orang lain kepada pengundi hantu.
  • “Mereka disyaki menggunakan taktik tersebut selepas mendapati jentera kempen Umno masih berada di belakang berbanding PAS.
  • “Disyaki mereka menggunakan JPN untuk mengeluarkan kad pengenalan dengan menggunakan nama senarai pemilih yang tertera dalam daftar pemilih di Dun Galas,” katanya pada persidangan media di Markas Besar PAS.
Selain itu, kata beliau jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat juga mengesan kemungkinan berlaku penipuan di bilik tempat pembuangan undi pada 4 November ini.
“Mereka juga dikatakan menawarkan sogokan wang RM1,000 atau hadiah peti televisyen kepada pengundi di Galas. Tetapi pengundi yang mahu mendapatkan bantu itu hendaklah menyerahkan kad pengenalan mereka.
  • “Taktik itu disyaki akan berlaku dua atau tiga hari menjelang hari mengundi 4 November ini,” ujarnya yang juga anggota parlimen Kota Bharu.
  • Oleh itu beliau berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pegawai pengawas pilihan raya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara itu berlaku.
  • Ditanya penafian berkali-kali SPR terhadap kemungkinan wujud pengundi hantu katanya, sudah menjadi kebiasaan agensi kerajaan terbabit menafikan biar pun pernah dibuktikan wujud pengundi hantu di mahkamah.
Menurutnya, PAS belum bercadang membuat laporan polis memandangkan banyak laporan yang dibuat pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lepas belum diambil sebarang tindakan sehingga sekarang.
“Saya pernah mengajukan soalan di parlimen mengenai perkara itu namun gagal dijawab kerajaan,” ujarnya.
Sumber: HarakahDaily
16 comments:

Harap janganlah sampai ada pengundi hantu, biarlah individu sebenar yang mengundi pada pilihan raya DUN Galas nanti.


Janganlah ada pihak yang sengaja menimbulkan isu2 yang melibatkan pengundi hantu dan sebagainya. Perkara ini perlu disiasat terlebih dahulu.


Harapan kita tidak adalah pengundi hantu ini berlaku. Kita harap semua yang mengundi adalah yang betul-betul pengundi ditempat tersebut.


Jangan buat andaian sendiri. Pasti ada pihak yang mengawasi semasa pilihan raya ini berlangsung.


PAS perlulah mengemukakan bukti jika apa mereka katakan itu adalah benar dan jangan hanya sekadar bercakap sahaja.


Bertandinglah dengan cara yang bersih. Tidak perlulah ada pengundi hantu nanti. Semoga setiap calon akan mendapat sokongan dari rakyat. Selamat berjuang.


diharapkan calon-calon yang bertanding akan bersaing secara adil dan bersih. pengundi akan memilih siapa yang mereka fikir layak untuk menang.


Saya berharap kedua-dua pilihan raya kecil ini akan berjalan dengan lancar, bersih dan adil.


hal ini sebaiknya disiasat, biarlah pilihanraya ini berjalan dgn adil.


hal ini sebaiknya disiasat, biarlah pilihanraya ini berjalan dgn adil.


Kalau mahu menang, berusahalah sendiri.Janganlah mengunakan taktik kotor untk menang.


Apapun, saya berharap siasatan dibuat untuk mengesahkan dakwaan PAS. Semua calon2x haruslah bertanding secara adil dan bersih.


"Menurut beliau selanjut nya taktik itu disyaki digunakan jentera Umno melalui.."
"kata beliau jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat juga mengesan kemungkinan berlaku penipuan.."

tuduhan pertama diperingkat disyaki, dan tuduhan kedua diperingkat kemungkinan..


tuduhan2 seperti ini sepatutnya disertakan dengan bukti supaya rakyat sedar dan tahu sejauhmana kebenarannya. apa2 pun siasat perkara ini kerana rumput tidak akan bergoyang jika tidak ada agin..


Semoga tiada pengundi hantu yang akan keluar mengundi nanti. Kita mahu melihat keputusan yang mencerminkan kemahuan sebenar rakyat.


Tidak perlu takut, jika pun pihak lain menggunakan Pengundi hantu, tapi jika rakyat disekitar tetap memilih anda dengan majoriti, maka anda akan tetap memenangi kerusi itu.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails