SUARA BEBAS TUARAN

Polis Tahan 2 Wanita Afrika Bawa Syabu RM2 Juta

Labels:
NORDIN menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas daripada dua warga Afrika pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, dalam kes pertama, polis menahan wanita berusia 28 tahun dari Togo Leise pada pukul 8.45 pagi 19 Oktober lalu ketika dia menunggu teksi di Aras 5, KLIA.
Menurut Nordin, 2 wanita warga Afrika yang cuba membawa masuk 7.2 kilogram dadah jenis syabu bernilai hampir RM2 juta ditahan secara berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 19 dan 22 Oktober lalu.

  • Katanya, pemeriksaan pada beg pakaian yang dibawanya itu menemui sembilan botol berisi cecair dipercayai dadah serta dua bungkusan plastik lutsinar berisi syabu seberat tiga kilogram.
  • Bagaimanapun, wanita tersebut mendakwa cecair itu adalah bagi kegunaan membuat minyak wangi.
  • "Kita sudah menghantar sampel daripada 7.2 liter cecair tersebut dan menunggu laporan kimia bagi mengetahui kandungan sebenar," katanya di sini semalam.
  • Nordin memberitahu, dalam pemeriksaan terhadap wanita kedua berasal dari Nigeria pada pukul 3.50 petang 22 Oktober di KLIA pula menemui dadah jenis syabu seberat 4.2 kilogram yang disorok pada bahagian pelapik beg pakaiannya.
Sumber: Kosmo
12 comments:

Walaupun polis sudah memberkas banyak pembawa dadah yang masuk dari luar negara, tapi masih ada yang berani datang lagi. Nampaknya hukuman yang berat patut dijatuhkan kepada sesiapa yang membawa masuk dadah supaya mereka tidak akan memandang rendah terhadap undang-undang negara kita.


Dalam undang-undang negara kita, membawa masuk dadah boleh dihukum mati. Mengapa masih tidak takut?


hukuman bagi mereka yang mengedar dadah boleh membawa kepada hukuman mati mandatori.


teruskan usaha memperketatkan kawalan di pintu2 masuk negara. tahniah.


Hukuman membawa masuk dadah adalah berat. Tetapi saya hairanlah, masih lagi ramai yang berani membawa masuk.Ada-ada saja cara mereka. Nasib baik polis membuat pemeriksaan yang teliti.


Semua orang haruslah menjauhikan diri dari dadah!


tahniah kepada pihak polis kerana berjaya menahan dua wanita yang membawa dadah tersebut.


kes seumpama ini perlu dibanteras dengan sehabisnya. jenayah berkaitan dadah adalah berat dan memerlukan komitmen yang tinggi untuk membanterasnya..


Diharapkan pihak polis dan pihak immigresen akan mencuba sedaya upaya untuk menyekat pihak yang cuba membawa benda haram ke dalam negara.


Usaha sebegini harus ditingkatkan..
Congrats.


Jadikan hal ni sebagai pengajaran.. Jauhilah dadh utk masa depan yang cerah.


Jangan memberi peluang, pihak imigresen juga memainkan peranan yang penting untuk menyekat kemasukan warga asing yang membawa benda haram. Semoga terus berusaha.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails