SUARA BEBAS TUARAN

PRK Parlimen Batu Sapi Akan Menyaksikan Pertandingan 3 Penjuru

Labels:
Seperti dijangkakan, pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), parti pembangkang Sabah Parti Maju Sabah (SAPP) dan parti pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) akan berhadapan dengan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, yang juga bekas ketua menteri Sabah, dan PKR diwakili peguam terkenal Ansari Abdullah, yang juga Ketua PKR Tuaran.
  • Ribuan penyokong hadir berkumpul seawal pukul 5.45 pagi untuk mengiringi calon masing-masing.Dengan penuh bersemangat, mereka kedengaran melaungkan slogan parti masing-masing namun berdisiplin mematuhi arahan pihak berkuasa.
  • Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 9 Okt lalu di Kota Kinabalu.
  • Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai penyokong B Nbersama-sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan para penyokong mengiringi calon parti itu, Tsen di pusat penamaan itu.
Antara pemimpin parti komponen BN adalah Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas dan wakil-wakil parti komponen.
Sementara itu, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengiringi Ansari.
Manakala Yong, yang merupakan calon SAPP, mengetuai sebilangan kecil penyokong ke pusat penamaan calon itu.
Sumber: BERNAMA
16 comments:

pertandingan 3 penjuru ini menyaksikan satu persaingan yang sengit antara ketiga tiga parti. rkyat kena bijak dalam mengundi.


persaingan ini dijangka akan berlangsung dengan sengit. semoga semuanya berjalan lancar dan calon terbaik akan menang.


pengundi perlulah membuat pilihan yang bijak dan tepat. pilihlah calon yang benar-benar berkebolehan dan bertanggungjawab.


Pertandingan 3 Penjuru ini pasti menarik kerana ia melibatkan 2 parti pembangkang vs BN. Pengundi harus mengundi berdasarkan kebolehan calon tersebut. Undilah calon yang terbaik!


Tidak sabar mahu melihat keputusan akhir pilihan raya kecil kali ini.


Diharapkan rakyat akan membuat keputusan terbaik. Selamat mengundi.


jgn lakukan kesilapan semasa mengundi, pastikan pilihan anda tepat.


Rakyat perlulah pandai menilai dan mengundi setelah pertimbangan yang lanjut.


dua parti pembangkang yang menyerang antara satu sama lain akan menyukarkan laluan pihak pembangkang untuk mengambil alih kerusi batu Sapi dari BN.


saya harap penduduk Batu Sapi dapat membuat keputusan untuk memilih calon/parti berdasarkan prestasi dan kemampuan membawa Batu sapi kearah yang lebih baik dari sebelum ini.


PRK di BS memang sengit. Entah siapalah yang bakal menjadi pilihan pengundi nanti.


Saya tak sabar mahu tahu apakah kesudahannya nanti. Terutamanya jawapan kepada persoalan, mampukah Datin Linda menambat hati pengundi.


Setiap pemimpin nyata mempunyai kelebihan sendiri. Jadi pastikan pengundi membuat pilihan yang tepat.


Saya harap para calon akan bertanding dengan adil dan tidak menggunakan sebarang takti kotor utk menjatuhkan lawan.


Apapun, sama2 kita lihat apa kejadiannya nanti dan saya harap semuanya berjalan lancar.


Tak sabar-sabar saya mahu melihat keputusan PRK Batu Sapi pada 4 Nov nanti.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails