SUARA BEBAS TUARAN

Protes Besar Bantah Projek Warisan Merdeka Di Facebook?


Kira-kira 200,000 rakyat Malaysia melahirkan protes mereka, bukan melalui bantahan beramai-ramai di jalanan tetapi menerusi laman rangkaian sosial Facebook, berhubung rancangan kerajaan negara itu membangunkan projek menara 100 tingkat, Warisan Merdeka, lapor sebuah laman berita tempatan.
  • Muka laman Facebook, 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower, yang dimulakan secara 'tanpa nama' sejurus selepas pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengenai bangunan baru PNB itu dalam ucapan beliau bagi membentang belanjawan 2011 itu, memaparkan bantahan akar umbi yang semakin meningkat pada anggaran kadar 1,000 setiap jam terhadap rancangan tersebut.
  • Seterusnya The Malaysian Insider, dalam laporannya pagi semalam, berkata sejauh ini 181,193 'peminat' muka laman itu telah menyertainya.
  • Para pencipta muka laman tersebut mendakwa wadah itu adalah bantahan besar-besaran pertama secara dalam talian di dunia, dan berusaha mendapatkan lebih ramai penyertaan dengan mengetengahkan kelebihannya berbanding bantahan-bantahan di jalanan, termasuk kurangnya risiko campur tangan secara fizikal daripada pihak berkuasa, menurut laman berita itu.
  • Berbanding dengan kira-kira 40,000 pembantah yang dihimpunkan dalam protes besar-besaran kumpulan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur sekitar tiga tahun lalu, bantahan dalam talian anti-Warisan Merdeka itu menjana sambutan empat kali ganda selang 10 hari selepas Datuk Seri Najib mengumumkan projek berkenaan.
Sebaliknya, dua muka laman pro-Warisan Merdeka di Facebook dengan tajuk, Kami Sokong Menara Warisan dan I see the benefits of PNB's 100 storey tower, hanya meraih 2,105 peminat sehingga kelmarin.
Sumber: CyNews
12 comments:

Kerajaan patut mendengar pendapat rakyat dalam hal ini, diharapkan kerajaan akan mempertimbangkan perkara ini kerana bantahan kebanyakan rakyat.


Sila mendahulukan apa yang penting dan lebih diperlukan sebelum meluluskan projek yang tidak diperlukan.


ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong projek ini. harap kerajaan akan membuat pertimbangan sebaiknya.


jika projek ini benar-benar diperlukan bagi memacu ekonomi negara, kerajaan perlu menjelaskan bagaimana ianya dapat membantu ekonomi negara pada masa akan datang.


nampaknya ramai yang membantah pembinaan menara tersebut, kerajaan kena menimbang semula pembinaan ini, lebih baik gunakan wang yang ada untuk membantu rkyat.


200 ribu rakyat malaysia yang membantah jika disertakan dengan alasan yang kukuh dan idea2 kreatif sebagai ganti warisan merdeka, cukup untuk mendesak kerajaan supaya mempertimbangkan dan membuat pilihan yang terbaik berdasarkan suara majoriti.


Nampaknya PM perlu mempertimbangkan niatnya untuk membina projek warisan merdeka .


Diharapkan PM akan mengutamakan permintaan rakyat Malaysia.


realitinya, semakin pesat sesebuah negara membangun, semakin banyak bangunan pencakar langit diperlukan. tanah tidak akan pernah cukup untuk memenuhi tuntutan pembangunan. sampai masanya kita akan tetap memerlukan bangunan seperti warisan merdeka..


Nampaknya ramai rakyat yang tidak setuju dengan bangunan mega ini yang dicadangkan oleh PM. tapi kita akan tunggu keputusan dari PM apa tidakkan susulan berhubung bangunan tersebut.


Diharapkan kerajaan akan membuat keputusan yang baik.


Bagi pendapat saya sendiri, saya menyokong untuk projek ini dilakukan. Hal ini kerana, jika kita melihat akan kesan atau pulangan jangka panjang yang telah digariskan, projek ini tidak akan menjadi sia2. Kita kena lihat masa depan dan berani berhadapan dengan apa juga masalah yang akan dihadapi. Lagipun saya yakin bahawa kerajaan sudah menggariskan beberapa backup jika matlamat sebenar tidak tercapai. Kata orang shoot for the star and if you fall, you landing on the moon...


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails