
foto illustrasi Pegawai Imigresen Tinggi diberi surat tunjuk sebab kes sogokan RM60,000

Akhbar setempat melaporkan pada 27 Ogos lalu mendedahkan ada anggota dan pegawai imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan, menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin Indonesia.
Setakat ini, tujuh kakitangan imigresen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk dua pegawai ketika melakukan transaksi wang tunai sebanyak RM26,000 dengan sindiket membawa keluar masuk pendatang asing tanpa izin, di Jeti Port Dickson, Negeri Sembilan.
Selain kakitangan imigresen, lapan orang awam yang berperanan sebagai orang tengah atau 'runner' ditahan.
Sumber: Cybernews
Sindiket yang terlibat dikatakan masih mampu beroperasi dan mengaup wang daripada pendatang tanpa izin walaupun anggota dan pegawai imigresen bertukar ganti kerana mereka ditawarkan 'gaji' lumayan oleh sindiket berkenaan.
Menurut sumber, lebih tiga sindiket beroperasi di pintu keluar masuk negara itu menggunakan modus operandi hampir sama untuk 'memikat' kakitangan imigresen supaya bekerjasama dengan mereka dengan upah bulanan minimum RM30,000 sebulan.- Dikatakan Sindiket pemalsuan dokumen bagi memudahkan urusan keluar masuk pendatang asing tanpa izin dipercayai beroperasi lebih 15 tahun di Jeti Penumpang Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, dengan menawarkan habuan antara RM500 hingga RM3,000 sehari kepada setiap anggota dan pegawai imigresen yang bersubahat.
- Bagaimanapun, jumlah yang diperoleh setiap kakitangan imigresen berbeza setiap hari kerana ia dikira mengikut bilangan pendatang asing tanpa izin yang dibawa keluar atau masuk menerusi jeti berkenaan.
Setakat ini, tujuh kakitangan imigresen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk dua pegawai ketika melakukan transaksi wang tunai sebanyak RM26,000 dengan sindiket membawa keluar masuk pendatang asing tanpa izin, di Jeti Port Dickson, Negeri Sembilan.Selain kakitangan imigresen, lapan orang awam yang berperanan sebagai orang tengah atau 'runner' ditahan.
Sumber: Cybernews



October 8, 2010 9:17 AM
Hal ini perlu disiasat dan sesiapa yang didapati memberi rasuah ataupun menerima sogokan patut dijatuhkan hukuman berat.
October 8, 2010 9:20 AM
Terutamanya sekali pegawai-pegawai kerajaan yang menerima rasuah. Jika didapati menerima rasuah, mereka harus dihukum, dipecat dan semua kebaikan dan juga wang bersara ditarik balik. Tengoklah siapa lagi yang berani menerima rasuah.
October 8, 2010 9:22 AM
kegiatan rasuah kawasan Pulau ketam masih berleluasa, SPRM kena membuat siasatan dan tindakan di dalam mencegah rasuah di kawsan tersebut.
October 8, 2010 9:55 AM
pekara ini perlulah disiasat, jika benar rasuah berlaku dilokasi tersebut tindakan yang tegas perlu diambil.
October 8, 2010 9:57 AM
semua pihak perlu berusaha dalam membantu membanteras rasuah. sesiapa yang mempunyai maklumat perlulah menyalurkan maklumat tersebut kepada SPRM. ini penting bagi mengatasi masalah berkaitan rasuah.
October 8, 2010 10:48 AM
patutlah isu PATI tidak pernah selesai. diharapkan sprm dapat mempergiatkan operasi dipintu2 masuk negara yang berpotensi berlakunya amalan rasuah. tahniah
October 11, 2010 9:16 AM
Tindakan tegas harus diambil terhadap mereka yang mengambil rasuah.
October 11, 2010 9:18 AM
Semua orang harus menjauhikan diri dari kegiatan rasuah! Janganlah tamak..
October 11, 2010 11:12 AM
Rasuah ini punca masalah kritikal dalam negara, ia wajar diatasi sebelum terlambat.
Post a Comment