Bagi memastikan kakitangan pejabat daerah sentiasa bekerja dengan telus, satu program yang dinamakan "Mystery Shopping" akan dilakukan ke dearah-daerah bagi melihat dan memantau pelaksanaan kerja di peringkat daerah."Mystery Shopping" ini dijangka akan dianggotai oleh beberapa orang dari pejabat jabatan ketua menteri yang akan melakukan penyiasatan mengejut ke daerah-daerah untuk meneliti cara kakitangan bekerja di samping memeriksa keadaan lain seperti kebersihan pejabat dan sebagainya.
Kenyataan ini di buat oleh Menteri pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Ewon Ebin semasa menghadiri satu majlis sambutan hari raya Aidilfitri dan jasamu di kenang anjuran kementerian itu.
Sumber: NSAT
Kenyataan ini di buat oleh Menteri pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Ewon Ebin semasa menghadiri satu majlis sambutan hari raya Aidilfitri dan jasamu di kenang anjuran kementerian itu.
- Ewon berkata cara itu diharap berkesan bagi memastikan semua kakitangan pejabat daerah akan melakukan kerja dengan berhati-hati setiap masa bagi mengelak daripada menerima tindakan disiplin, tambahnya.
- Dalam masa yang sama,Pegawai dan kakitangan pejabat daerah seluruh negeri disaran agar bekerja kuat, rajin dan komited dengan tugas harian khususnya untuk membasmi kemiskinan.
- Dalam pada itu, isu penaiktarafan dan pembangunan luar bandar perlu ditangani oleh semua kakitangan dengan memastikan setiap perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program dapat disusun, diselaras dan disesuaikan dengan keadaan dan keperluan kumpulan sasar.
- Selanjut nya beliau menyeru agar kakitangan pejabat daerah harus melakukan tugas dengan sebaik mungkin seperti memantau program dan projek yang dilaksanakan berjalan dengan baik dan menepati masa,” katanya.



October 9, 2010 9:28 AM
sistem ini amat baik bagi memastikan sejauhmana kakitangan pejabat daerah menjalankan tugas mereka. ia secara langsung dpt meningkatkan kualiti perkhidmatan pejabat.
October 9, 2010 9:37 AM
jika cara ini dapat memantau dan dapat memastikan kakitangan pejabat daerah bekerja dengan telus, maka ianya memang baik dan patut dilaksanakan.
October 9, 2010 10:35 AM
untuk mengetahui program ini berkesan atau tidak, laksanakannya dahulu. tapi sebaik2nya ketua jabatan wajib memainkan peranan ini bagi menjimatkan kos, tenaga, malah pemantauan boleh dilakukan secara berterusan.
October 9, 2010 11:02 AM
Bunyi macam satu tindakan yang sangat bernas...semoga ini dapat membantu mengurangkan pekerja yang tidak menumpukan perhatian dalam tanggungjawab mereka...
October 9, 2010 11:19 AM
naa bagus la..at least kurang uda pegawai2 & staff2 kerajaan yg suka buang2 masa tidak buat kerja...maksud sya mereka2 yg malas sehinggakan imej malas ini terpalit jg ke atas rakan mereka yg benar2 perform...kalau ada sistem sebegini, staff2 kerajaan akan lebih khuatir utk membuang masa kerana ada orang yg mereka tdk pasti siapa buat checking...
October 9, 2010 11:20 AM
Satu langkah yang baik. Teruskan.
October 9, 2010 3:27 PM
satu langkah yang baik bagi memastikan keberkesanan pentadbiran dan pelaksanaan pembangunan terutama di kawasan luar bandar.
October 9, 2010 3:30 PM
sebagai seorang kakitangan kerajaan. mereka adalah jentera pelaksana semua polisi dan dasar kerajaan..jika jentera ini lali dalam tugas maka segala polisi dan dasar itu juga akan menemui kegagalan. oleh itu adalah wajar langkah ini dipraktikkan oleh pihak kerajaan.
October 9, 2010 3:31 PM
mungkin ada baiknya jika langkah ini turut digunakan di jabatan2 dan kementerian lain bagi memastikan kakitangan menjalankan tugas mereka dengan baik.
October 9, 2010 3:34 PM
mungkin langkah ini juga boleh digunakan bagi memantau wakil-wakil rakyat sama ada menjalankan tanggungjawab mereka atau tidak..sering kali kita dengar di mana terdapat segelintir wakil rakyat yang seolah-olah buta dan pekak kerana isu2 rakyat di kawasan mereka tidak dipedulikan..oleh itu, satu sistem seperti ini mungkin boleh membantu meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan mereka selaku wakil rakyat.
October 9, 2010 8:05 PM
perkara ini adalah wajar dilaksanakan kerana kakitangan kerajaan sering terkenal dengan sikap sambil lewa bekerja. ramai yang hanya mementingkan kerja-kerja luar berbanding menunaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat. akibatnya rakyat terabai, tanggungjawab tidak disempurnakan dan yang dipersalahkan ialah kerajaan...
October 9, 2010 8:08 PM
saya setuju dengan perlaksanaan kaedah 'window shopping' bagi memantau ketelusan kaki-tangan pejabat daerah sabah..barulah menunjukkan sikap 'turun padang' yang sebenarnya!
October 9, 2010 8:11 PM
ketelusan sikap kakitangan pejabat daerah Sabah sering tercemar dengan rasuah. ada duit semua boleh cerita. entah-entah warga asing yang ada duit pun boleh dapat tanah dengan kelulusan 'orang' dari kakitangan pejabat daerah Sabah? wajarlah sistem ni dilaksanakan!
October 11, 2010 9:33 AM
Harap-harap dengan cara ini, kakitangan kerajaan akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan sikap mereka.
October 11, 2010 9:34 AM
Kerajaan tidak sepatutnya terlalu memanjakan kakitangan kerajaan jika mahu memperbaikkan perkhidmatan mereka.
Post a Comment