

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman kelmarin merasa hairan dengan tindakan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee yang juga calon SAPP pada pilihan raya kecil itu yang mahu memperjuangkan kononnya hak Sabah untuk rakyat Sabah, sedangkan beliau pernah menjadi menteri dan ketua menteri tetapi tidak bercakap soal itu semasa ada kuasa dahulu.
Beliau turut meminta pengundi di Parlimen Batu Sapi memberi peluang kepada calon BN Datin Linda Tsen untuk menjadi Ahli Palimen kawasan itu pada pilihan raya kecil untuk membolehkannya melaksanakan segala janji dan meneruskan kesinambungan perjuangan mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah untuk mem bangunkan kawasan Batu Sapi.
Mengenai Pakatan Rakyat terutamanya PKR, Musa berkata, rakyat dapat menilai sikap mereka yang sebenar, hanya dengan pemilihan calon dan pemilihan parti itu mereka sudah tidak sehaluan sesama ahli parti itu.
Sumber: NST
Musa mengingatkan rakyat di negeri ini khususnya pengundi di kawasan Parlimen Batu Sapi supaya tidak terpengaruh dengan slogan ‘Sabah untuk penduduk Sabah” yang dimainkan oleh pembangkang khususnya Parti Maju Sabah (SAPP).- Musa berkata, slogan yang dijaja oleh SAPP itu tidak relevan dan harus ditolak oleh rakyat Sabah terutamanya para pengundi di Parlimen Batu Sapi pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 4 November ini.
- “Kalau kita terpengaruh dengan apa yang dimainkan oleh SAPP itu, penduduk Sabah dan di Batu Sapi akan rugi dan menghadapi masalah kerana banyak peruntukan seperti membina sekolah, hospital, kemudahan asas lain termasuk jalan raya dan bekalan elektrik merupakan peruntukan daripada kerajaan pusat,” katanya.
- Sambil menyifatkan apa yang dijanjikan pembangkang untuk membela nasdib rakyat di Batu Sapi dalam kempen mereka sebagai cakap bohong dan janji kosong,” semata-mata, beliau mahu rakyat di kawasan itu menolak dan tidak terpedaya dengan apa yang pembangkang janjikan itu.
Beliau turut meminta pengundi di Parlimen Batu Sapi memberi peluang kepada calon BN Datin Linda Tsen untuk menjadi Ahli Palimen kawasan itu pada pilihan raya kecil untuk membolehkannya melaksanakan segala janji dan meneruskan kesinambungan perjuangan mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah untuk mem bangunkan kawasan Batu Sapi.
Mengenai Pakatan Rakyat terutamanya PKR, Musa berkata, rakyat dapat menilai sikap mereka yang sebenar, hanya dengan pemilihan calon dan pemilihan parti itu mereka sudah tidak sehaluan sesama ahli parti itu.


October 29, 2010 9:18 PM
Salam SBT,
mengikut perkiraan saya SAPP punya advantage untuk menang bilamana PKR tersilap meletak calon mereka. sementara itu isu sabah untuk sabah sebenarnya amat signifikan ketika ini terutama bagi pengundi muda kerana kelibat orang seberang memenuhi negeri kita dalam sektor kerajaan amat menjengkelkan dan menunjukkan kita tidak berkelayakan,isu ini sememangnya juga diperjuangkan oleh beberapa pemimpin BN. harus diingat dalam penubuhan malaysia sabah dan sarawak bukanlah negeri dalam malaysia tetapi adalah satu komponen penubuhan malaysia dalam erti katalain malaysia itu terbahagi kepada 3 komponen iaitu tanah melayu, sabah dan sarawak. sepatutnya apa yang malaysia dapat harus dibahagi 3 dimana pembahagian kepada semenanjung sepatutnya sama dengan sabah dan sarawak bukannya sabah sama dengan pahang atau johor. takrif adil adalah meletakkan sesuatu pada haknya.
October 30, 2010 8:31 AM
kita sebenarnya tahu yang semua peruntukan untuk pembangunan di termasuk sandakan hub adalah dari kerajaan pusat dan bukannya dari pembangkang. lihatlah bajet yang dibentangkan baru-baru ni..banyak untuk pembangunan di sabah...
October 30, 2010 8:32 AM
Yong Teck Lee perlu ingat bahawa dia pernah menjadi CM Sabah dan berada bersama BN selama 20 tahun. Mengapa tidak membangkitkan perkara ini bila dia masih berkuasa sebagai CM ataupun membincangkan perkara ini bersama ahli BN yang lain bila dia masih bersama BN?
October 30, 2010 8:34 AM
Bagi pendapat saya, dia hanya mahu memainkan isu ini dan bukan ikhlas mahu menyelesaikan isu ini. Ini persepsi saya.
October 30, 2010 8:36 AM
kenapa nak pertikaikan Sabah hanya untuk penduduk Sabah? adakah Sabah hanya layak didiami rakyat Sabah? sebenarnya apa yang cuba dibuktikan oleh SAPP? hanya undi parti dan pemimpin orang Sabah? kalau saya, saya undi hanya orang yang saya yakin dapat membawa sejumlah kemajuan untuk kawasan saya...
October 30, 2010 9:01 AM
diharapkan semua calon yang bertanding akan berkempen dengan baik dan mengambil tahu keperluan rakyat. pengundi perlulah memilih calon yang boleh menjadi pemimpin yang bertanggungjawab.
October 30, 2010 9:17 AM
ya.. mengapa sekarang baru YTL nak melaung laungkan isu ini. ketika ia berkuasa dan menjadi ketua Menteri, dia tak pernah membangkitkan isu ini. YTL sebenarnya hnya menjadikan isu ini untuk mendapatkan sokongan sahaja.
October 30, 2010 9:35 AM
kerajaan pada masa ini masih berusaha melaksanakan proses borneonisasi.. guru2 Sabahan yang berada di SM akan dihantar pulang, jawatan2 kerajaan negeri dan persekutuan bakal diisi oleh rakyat tempatan,, semuanya memerlukan masa yang lama.
October 30, 2010 9:40 AM
SAPP patut jelaskan apa jaminan dan perancangan beliau bagi merealisasikan slogan tersebut memandangkan isu yang beliau ketengahkan terlalu berat. isu ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan dan mungkin negeri2 lain juga akan turut sama menuntut hak autonomi negeri masing2.
October 30, 2010 10:48 AM
Pada pendapat saya, SAPP membuat kesilapan dalam meletak YTL sebagai calon kerana YTL mempunyai "past performance" yang kurang memuaskan. Saya pasti ramai yang masih ingat bagaimana YTL mengurus atau mentadbir Sabah ketika beliau adalah KM Sabah.
October 30, 2010 10:57 AM
Lagipun, tujuan SAPP untuk mengikuti pilihan raya kecil di Batu Sapi ini semata-mata untuk mengukur kepopulariti mereka. Pada pendapat saya, SAPP hanya menggunkan Batu Sapi.Bukankah ini seperti penghinaan kepada Batu Sapi. Kalaulah SAPP menang, adakah mereka akan menunaikan janji2x yg mereka berikan kepada rakyat Batu sapi?
October 30, 2010 11:02 AM
Oleh itu,pengundi-pengundi batu sapi haruslah membuat penilaian yang bijak.
October 30, 2010 11:02 AM
Semoga calon yang terbaik akan dipilih!
October 30, 2010 9:00 PM
Setakat slogan tu mmg tak hairanlah la.. sekarang ni kan kempen, mestilah slogan pun power2.. hehhee
October 30, 2010 9:01 PM
Bagi saya, yang pentin ialah tindakan.. Tak payah banyak cakap, buat ja apa yang patut:)
October 30, 2010 9:02 PM
Saya tak nafikan,slogan Sabah untuk orang Sabah tu cukup baik... Tapi bagi saya di Sabah ni bukan Sabahan saja yang tinggal malah rakyat di suruh negara pun ada... so bagi saya lebih baik lagi kalau sabah ni untuk warganegara Malaysia dan pelancong/pendatang dengan keizinan sah :)
October 30, 2010 9:03 PM
Tetapi jika slogan ini dijadikan kenyataan, saya yakin ramai pihak pasti gembira.. Cuma jika ia hanya mainan di bibir sempena kemen PRK yang sedang berjalan, baik tak payah!!! huhu
October 30, 2010 9:03 PM
Saya harap pengundi dapat membuat pilihan yang tepat... Jangan mudah terpedaya dengan slogan yang menarik... Buatlah kajian dan analisis sedalam mungkin sebelum membuat pilihan :)
October 31, 2010 6:18 PM
salam SBT,
ramai jug bagi komen posting ni kan...ada juga cakap sekarang ada proses borneosasi, tapi graduan sabah jadi GSTT jer sedangkan guru di sekolah menengah contohnya tempat saya jadi GSTT tahun sahaja sudah 14 orang ditempatkan dan 12orang orang dari semenanjung? rakyat sabah mungkin tak layak ka? atau teluskah pemilihan dalam permohonan DPLI dan ijazah pendidikan? siapa kontrol pemilihan? orang sabahkah? pastilah bukan..kalau YTL jadi wakil di parlimen sekuran2nya dia berani bersuara tentang hak sabah, ketika ini adanya borneosasi juga salah satu tuntutan YTL ketika SAPP dalam barisan lalu disuarakan juga beberapa parti yang lain namun hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
November 2, 2010 11:43 AM
Jika betul-betul ikhlas menangani isu ini, Yong patut membawa perkara ini kepada kerajaan pusat kerana perjanjian ini adalah antara Sabah/Sarawak dengan Malaya.
November 2, 2010 11:44 AM
Hanya kerajaan pusat yang boleh menunaikan perjanjian ini.
November 3, 2010 11:39 AM
Betul, ramai yang tertanya2 tentang tindakan Yong. Kenapa baru sekarang beliau mengatakan semua ini? kenapa semasa beliau masih lagi KM sabah satu ketika dulu , tidak pernah beliau cuba untuk mencari jalan bagi mengetengahkan isu2 yang dibangkitkan. Disini kita dapat melihat beliau hanya inginkan kuasa dan nama, dan jika suda tercapai hasrat itu maka segala janji2 yang ditaburkan akan jadi sia2.
November 3, 2010 8:54 PM
Salam Sdra Watasikadi dan kalian,
Isu ‘Sabah for Sabahan’ ini sebenar nya telah lama diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin Sabah saperti Dr Jeffry dan lain-lain lagi.
Namun hingga kini belum ada kesan nya kepada pentadbiran politik negeri Sabah. Apa lagi kalau hanya setakat laungan beberapa orang individu atau pemimpin politik yang ada di sini. Persoalan nya kenapa?
Mungkin isu-isu saperti ini bertentangan dengan ‘federalism’s ideology’. Disamping itu kira nya , di perbesar-besarkan ia nya menjadi satu elemen yang kurang sehat untuk keselamatan negara.
Dalam pada itu, ada lah normal dan ‘ common understanding’ bagi mana-mana Negara di dunia ini yang merasakan tergugat bilamana kes-kes kenegerian yang dikira sensitif ini di perbesar-besarkan oleh penduduk tempatan.
Negara Amerika atau negara-negara Europa pun akan bertindak tegas untuk mengawal kawasan nya yang berkelakuan bertentangan dengan dasar negara.
Dalam isu yang sama, Dr Jeffry Kitingan pernah menjadi mangsa kerana ditahan dibawah akta ISA. Suka atau pun tidak nya, itu ada lah satu kenyataan.
Dalam perkara yang lain, kini kita sedang berhadapan dengan isu globalization. Dimana, masaalah yang lebih besar harus di tangani bersama oleh masyarakat dunia. Jadi nya, sentimen kenegerian saperti ‘Sabah for Sabahan’ ini atau pun proses borneosasi ini pasti nya akan kurang mendapat sambutan dari Bangsa-Bangsa Bersatu di masa kini.
So bagi saya secara peribadi, saya lebih minat dengan dunia politik yang lebih membantu rakyat Sabah tanpa mengkompromikan keselamatan negara.
Contoh nya menyuarakan hasrat rakyat Sabah kepada kerajaan perseketuan dalam kontek pembangunan negeri Sabah yang maseh jauh ketinggalan kini MELALUI LUNAS-LUNAS DEMOKRASI dsn.
Seterusnya berusaha gigih untuk menyatu-padu kan semua pemimpin Sabah tanpa mengira perbezaan ideologi politik demi untuk memperjuangkan kesejaheteran rakyat Sabah melalui gagasan Malaysia.
Pada FIRASAT saya, selain dari berkerjasama dengan Kerajaan Perseketuan, REALITI hidup orang-orang Sabah ada lah ‘meaningless’ , TIDAK AMAN dan terpaksa berhadapan dengan MASAALAH yang tiada penghujung nya.
Apa-apa pun saya memahami rintihan sdra Watasikadi. ‘At last but not least’ semuga kalian sukses
April 14, 2011 11:49 AM
Selagi pemimpin kita adalah dari kalangan sabahan saya percaya kita masih boleh bertahan. Tidak ada gunanya kita bertengkar sesama sendiri. Seharusnya kita kena bersatu.
Post a Comment