

Kajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendapati undi popular Barisan Nasional (BN) tahun ini meningkat 4 peratus kepada 55 peratus berbanding hanya 51 peratus ketika Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) yang lalu.
Kajian yang dilakukan Jabatan Komunikasi, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan itu juga mendapati jumlah rakyat Malaysia yang memilih mengundi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang menurun 12 peratus kepada hanya 37 peratus berbanding 49 peratus diterima pada 2008.
Sumber: Cyber News, BHM.
Kajian yang dilakukan Jabatan Komunikasi, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan itu juga mendapati jumlah rakyat Malaysia yang memilih mengundi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang menurun 12 peratus kepada hanya 37 peratus berbanding 49 peratus diterima pada 2008.
- Bagaimanapun, 8 peratus daripada responden masih tidak pasti parti mana yang mereka akan pilih jika diberikan peluang mengundi pada pilihan raya akan datang.
- Kajian dilakukan antara 1 dengan 18 Ogos lalu membabitkan 1,367 responden Melayu, Cina, India dan kaum lain berusia 21 tahun ke atas seluruh negara.
- Sebelum ini, satu kajian sama bagi melihat pendapat umum dilakukan pada Ogos 2009 membabitkan 1,458 responden.
- Kajian diketuai Encik Azrul Hisyam Wakichan, dari Jabatan Komunikasi dan diselia oleh Profesor Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, yang juga pensyarah kanan jabatan berkenaan.
- Bagaimanapun, sokongan kaum Cina kepada BN dilihat masih rendah tetapi meningkat dua peratus daripada 40 peratus tahun lalu kepada 42 peratus tahun ini.
- Begitu juga sokongan kaum India didapati menurun daripada 63 peratus tahun lalu kepada hanya kepada 59 peratus tahun ini dengan 14 peratus daripada mereka memilih untuk tidak memihak mana-mana parti politik.
Laporan itu menyebut, peningkatan populariti BN didorong oleh beberapa faktor antaranya keberkesanan pelaksanaan pembangunan oleh kerajaan dan keyakinan rakyat BN sudah mulai pulih daripada kemelut masalah dalaman yang dihadapi parti komponen BN selain faktor kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.



October 11, 2010 10:05 AM
keberkesanan perlaksanaan pembangunan merupakan faktor penting dalam meningkatkan sokongan rakyat terhadap BN. usaha perlu terus dilakukan bagi mengekalkan sokongan yang ada dan menarik sokongan golongan yang berada di atas pagar.
October 11, 2010 10:10 AM
Ini sememangnya satu berita yang baik untuk BN. Diharapkan BN teruskan usaha mereka untuk memenangi hati pengundi. Kalau boleh, bubarkan PERKASA untuk kebaikan BN.
October 11, 2010 10:11 AM
Apa2x pun, ia terpulang kepada PRU13 nanti. Semoga semua parti akan bertanding secara bersih dan adil.
October 11, 2010 10:34 AM
satu pencapaian yang baik untuk BN, BN perlu terus berusaha untuk mendapatkan lebih byk sokongan daripada rakyat.
October 11, 2010 11:29 AM
Najib telah mengambil alih kepimpinan negara dalam keadaan yang cukup kritikal dimana beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran. lebih2 lagi dengan serangan pembangkang yang sentiasa berusaha menggagalkan setiap rancangan beliau... mungkin peningkatan ini adalah satu pencapaian yang bagus setelah 19 bulan beliau menerajui kepimpinan negara, namun masih belum cukup baik.
October 11, 2010 11:32 AM
BN masih tidak boleh berbangga dengan pencapaian itu dan jangan terlalu yakin. teruskan usaha memperbaiki terutamanya mana2 perancangan atau dasar kerajaan yang menjadi punca penolakan rakyat terhadap kepimpinan umno/BN.
October 11, 2010 11:58 AM
Tiada apa-apa yang pasti buat masa ini, kita hanya akan tahu keputusan terakhir selepas PRU-13 nanti. Biar rakyat yang menentukannya.
October 11, 2010 11:58 AM
Semoga parti yang terbaik akan muncul sebagai pemenang.
October 11, 2010 2:59 PM
bgslah jika meningkat, teruskan usaha untuk tingkatkan prestasi.
October 11, 2010 4:33 PM
Peningkatan 4% pengundi BN tahun ini sangat menggalakan. Nampaknya usaha BN selama ini tidak sia-sia.
October 12, 2010 10:51 AM
Walaupun sokongan meningkat, tapi BN tidak boleh berasa angkuh. Jangan terlalu yakin dan berhenti berusaha kerana tiada apa yang pasti dalam dunia ini.
Post a Comment