SUARA BEBAS TUARAN

13 Mei Tidak Perlu Jadi Hari Diingati - Najib

Labels:

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak perlu untuk menjadikan peristiwa 13 Mei sebagai hari untuk diperingati.
“Tidak perlu sebab 13 Mei ini kita jadikan satu peristiwa dalam lipatan sejarah sebagai iktibar, sebagai sempadan untuk kita supaya ia tidak berulang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan sidang video bersama masyarakat dan penuntut Malaysia di enam negara sempena Hari Raya Aidiladha di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini semalam.
  • Najib diminta mengulas kolum Cuit Utusan Malaysia baru-baru ini yang mencadangkan supaya 13 Mei dijadikan satu hari peringatan sebagaimana Singapura memperingati peristiwa berdarah rusuhan kaum pada 21 Julai 1964 sebagai Hari Keharmonian Kaum.
  • Kolumnis Zaini Hassan membuat saranan itu setelah kerajaan DAP Pulau Pinang menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim(foto) daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri selama enam bulan hanya kerana mengeluarkan perkataan ‘13 Mei’.
Sumber: Kosmo
18 comments:

13 Mei adalah peristiwa berdarah yang mengorbankan byk nyawa akibat rusuhan kaum. peristiwa yang menyedihkan seperti ini tak perlulah diingati.


saya pun bersependapat dengan Datuk najib. Kenapa perkara 13 mei mahu diingati lagi, biar itu kita jadikan sebagai sejarah yang tidak akan berulang lagi di Negara kita ini. Itu sundah cukup dan tidak perlu dijadikan sebagai hari peringatan.


Perkara yang buruk perlulah kita jauhi dan jangan didekati. Oleh itu kita mengharapkan perkara 13 mei tidak akan berlaku lagi selepas ini. Biarkanlah itu menjadi sejarah untuk selamanya di Malaysia dan tidak ada sejarah baru lagi seperti 13 mei itu. Kita hiduplah dengan keadaan yang aman damai.


Baik kita pandang ke hadapan dan menunpukan perhatian untuk mencapai masa depan yang cerah.


ini bermakna kenyataan atau isu yang dibangkitkan dalam Utusan bukanlah atas pendirian umno sepertimana yang didakwa oleh pembangkang sebelum ini..


samada cadangan itu dilaksanakan atau tidak, sepatutnya ia tidak menjadi masalah jika seluruh rakyat Malaysia dapat berfikir secara matang dan terbuka dalam mengukuhkan dan mengeratkan perpaduan diantara kaum dinegara ini.


May 13 is a part of our history. We must not forget history or we'll be doomed to repeat it.


peristiwa 13 mei tak perlulah diingati, ia mmg peristiwa bersejarah, namun ia amat memerikan untuk dikenang. lebih baik kita ingat peristiwa yang menggembirakan.


Terpulang la pada rakyat untuk mengigatinya ataupun tidak, tapi yang penting jangan la gunakan tarikh ini untuk membuat ancaman.


tragedi 13 Mei merupakan sebahagian dari sejarah malaysia..walaupun tidak perlu dijadikan hari diingati namun peristiwa ini harus dikenang dan dihayati oleh semua dan mengambil iktibar darinya.


biarlah apa yang berlaku pada masa tersebut menjadi batasan kepada kita..oleh itu, isu2 sentimen perkauman tidak harus dipermainkan dan dipolitikkan oleh mana2 pihak seperti PERKASA..


yang pasti, rakyat tidak mahu tragedi yang sama berulang..


yang pasti, rakyat tidak mahu tragedi yang sama berulang..


peristiwa tersebut biarlah menjadi iktibar agar tidak berulang lagi.


yang penting sekarang ini, kita semua perlulah mengekalkan perpaduan yang ada.


Yang penting kita menjadikan 13 Mei sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi perkara yang sama.


Buat apa perlu ingat sesuatu yang tidak ada baiknya??


Kita hanya perlu ingati pengajaran disebalik peristiwa Mei 13 supaya sejarah tidak diulangi.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails